Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 19, 2014

MB PAHANG RASMI PELANCARAN PENGUNAAN BIODIESEL SAWIT




Kuantan  - YAB Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Pelancaran Penggunaan Biodiesel Sawit Wilayah Timur dan Utara dan Penyempurnaan di Peringkat Semenanjung di hotel M.S. Garden Kuantan pada Selasa, 18 Mac 2014 jam 11.00 pagi. Majlis turut dihadiri oleh YB. Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Perusahan Perladangan dan Komoniti.

Progran B5 adalah adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum telahpun dilaksanakan di sektor bersubsidi di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka bermula 1 jun 2011 lalu dan diperluaskan ke Wilayah Selatan di Negeri Johor bermula 22 Julai 2013.

Perlaksanaan di Wilayah Tengah dan Selatan melibatkan peruntukan sebanyak 150,000 tan biodiesel sawit setahun di lebih 1,565 kioks petroleum.

Komitmen Kerajaan untuk meneruskan dasar penggunaan mandatori biodiesel sawit dalam negara, justeru program ini diperluaskan ke Pahang, Terengganu da Kelantan bermula Februari 2014. Perlaksanaan di sektor bersubsidi Wilayah Timur ini melibatkan penggunaan tambahan biodiesel sawit sebanyak 34,938 tan setahun dan menyumbang kepada penjimatan penggunaan diesel sebanyak 40.4 juter liter setahun.

Bermula Mac 2014, sebanyak 789 stesen minyak di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang akan menjual biodiesel sawit yang penggunaannya sebanyak 64,324 tan setahun . Secara keseluruhannya hampir 288.1 juta liter penggunaan diesel fosil dapat dijimatkan menerusi Program B5 di seluruh Semenanjung dalam tempoh setahun.

Fasa terahir Program B5 akan dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Labuan serta sektor tidak bersubsidi mulai Julai 2014 nanti. Ini akan menyumbang kepada penggunaan biodiesel sawit sebanyak 500,000 tan setahun bagi kedua-dua sektor bersubsidi dan tidak bersubsidi.

Kerajaan juga sedang merangka pelan perlaksanaan program B7, iaitu adunan 7% metil ester sawit dengan 93% diesel petroleum dan mengumpul maklumbalas daripada stakeholder seperti Japanese Automobile Manufacturers Association, Malaysia Automotive Assicoation, pengeluar kenderaan, SIRIM Technical Committee dan Malaysian Biodiesel Association. Pandangan mereka akan diberikan pertimbangan wajar sebelum program tersebut dilaksanakan pada tahun 2015 nanti.

Dalam ucapan YB. Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Menteri Perusahan Perladangan dan Komoniti menyatakan bahawa di negeri Pahang terdapat 3 buah kilang biodiesel sawit dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 450,000 tan setahun disamping 3 depoh pengadunan petroleum. Ini menyumbang kepada kedudukan negeri Pahang sebagai negeri terbesar dalam penggunaan biodiesel sawit Wilayah Timur.

Selain itu ia juga merupakan penghargaan Kerajaan ke atas inisiatif negeri pahang dalam mebangunkan kelompok Industri Minyak Sawit dibawah East Coast Economic Region Development Council dengan kos RM89.34 juta.




0 comments:

share2