Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 19, 2014

BUKTIKAN SOKONGAN KEPADA DS NAJIB


Pencarian pesawat MH370 masih menemui jalan buntu. Namun sekurang-kurangnya kesimpulan dapat dibuat bahawa MH370 tidak terhempas dan kesemua yang berada didalamnya tidak terkorban akibat kemalangan.

Kerajaan tidak menolak ianya dirampas, ada beberapa teori mengenainya namun apapun yang pasti dianya dilarikan ke suatu destinasi yang masih belum diketahui secara specifik. Bagaimanapun berdasarkan kemampuan terbang dengan kelajuan minima dan maksima serta berdasarkan kepada bekalan minyak yang ada, kesimpulan sudah dapat dibuat bagi mengecilkan fokus pencariannya.

Kerajaan juga sedang mengkaji simulator yang dimiliki oleh juruterbang dan mengenalpasti 5 lokasi pendaratan yang diprogramkan didalam simulator berkenaan untuk memastikan kemungkinan dimana pesawat bercadang untuk didaratkan.

Soalnya kenapakah negara dimana pesawat itu didaratkan tidak menyedari atau mengetahui bahawa pesawat berkenaan didaratkan? Keraguan juga ada kepada pasukan pencari dari Amerika yang kononnya lengkap dan serba canggih namun tidak juga dapat mengesan dimana MH370 dihilangkan.

Terdapat banyak teori dan spekulasi di kiri-kanan kita ketika ini yang mengaitkan konspirasi. Namun tiada siapa yang tahu akan kebenarannya. Bahkan ada yang mengatakan bahawa adanya penglibatan seseorang yang disabit dengan kesalahan dan akan dipenjarakan yang bertujuan untuk medesak dan menekan kepimpinan negara.

Walau apapun, inilah masa dan ketikanya bagi kita sebagai rakyat Malaysia mesti berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri dan membuktikan sokongan penuh terhadap kepimpinannya tanpa mengira apa fahaman politik kita bagi menolak pengaruh dan kuasa asing dalam penjajahan moden.

Editor.



0 comments:

share2