Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 16, 2014

'PAHANGKU MEDIA' TANDATANGANI MOU DENGAN 'PKBF' PROMOSIKAN PELANCONGAN



Raub 13 Feb - PahangKu Media (PahangKu) dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Tourism Pahang) telah menandatangai mou bagi menjalin kerjasama dimana pihak PahangKu akan bertindak sebagai entiti yang akan mempromosikan destinasi pelancongan Pahang melalui media sosial.

Persefahaman kerjasama berkenaan ditanda-tangani bersama oleh En. Abd Azam Abd Rahman, CEO 'PahangKu Media' dan En. Ishak Mokhtar 'Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser' dengan disaksikan oleh Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia dan Dato' Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Kebudayaan dan Pelancongan Pahang di Bukit Fraser.

Turut hadir dimajlis berkenaan Dato' Saharuddin Ab. Moin, Exco Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan, Dato' Aziz Kiram Adun Batu Talam, Hj. Edros Yahya, Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang dan tetamu undangan.

Majlis berkenaan sempena program Pelancaran #Panoramic Pahang, 'PahangKu Tweet-Up # PanoramicPahang' yang turut disertai seramai 160 penggiat media sosial seluruh Pahang selama 2 hari 1 malam.








0 comments:

share2