Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 16, 2014

UCAPAN SHAHANIZA HANGATKAN PENGGIAT MEDIA SOSIAL



Raub, 14 Feb - Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita & Keluarga, Komunikasi & Multimedia telah merasmikan penutupan program 'Teweet-Up PahangKu #panoramicpahang' yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Bukit Fraser dengan kerjasama PahangKu Media dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

Ucapan penutup beliau yang dianggap sedikit keras oleh sebahagian peserta sebenarnya telah memberikan sedikit sebanyak semangat kepada pengamal media sosial agar terus berjuanga tanpa rasa jemu dalam menangkis tohmahan jahat dari pihak pembangkang.

'Sejak dulu lagi, semasa PRU11, pihak pembangkang telah menggunakan media sosial dengan bebasnya bagi menyebar fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin kerajaan dalam mempengaruhi fikiran rakyat untuk mendapatkan sokongan'.

'Rakyat terutama golongan muda sudah semakin sedar dan tidak lagi ingin terus ditipu dan diperalatkan hanya bagi memenuhi cita-cita politik pemimpin pembangkang. Kini sudah tiba masanya golongan muda penyokong kerajaan melakukan sesuatu dengan menguasai media sosial dn menangkis segala fitnah dan tohmahan pembangkang' - tambah beliau.

Sebelum itu satu forum bertajuk 'Perang Persepsi' telah diadakan dengan disertai ahli panel yang terdiri dari Hj Zakaria Abdullah, ahli pemikir Jasa dan 2 blogger negeri Pahang, Sri Tri Buana dan Semut Hitam dengan blogger 'Braveheart' bertindak sebagai moderator.

Program tersebut disertai seramai 160 orang penggiat media sosial yang dikenalpasti aktif dalam blog, facebook, tweeter dan instagram. Sebelum itu pihak SKMM telah memberikan taklimat dan penerangan berkaitan akta dan kesalahan yang melibatkan multimedia dalam slot 'Klik Dengan Bijak' bertujuan memberikan pendedahan berkaitan dengan undang-undang dan tindakan yang boleh dikenakan jika disabitkan dengan kesalahan.




0 comments:

share2