BEGITU berbeza sekali reaksi masyarakat antarabangsa apabila berhadapan dengan peristiwa kematian dua pemimpin iaitu Nelson Mandela dan Ariel Sharon yang berlaku hanya berselang beberapa minggu sahaja.
Pemimpin dunia tanpa segan silu mempamerkan penghargaan kepada Mandela yang lebih dikenali dengan panggilan Tata yang membawa maksud Bapa dalam bahasa suku kaum beliau iaitu Xhosa. Mandela juga dianggap sinonim dengan jolokan Bapa Kebebasan kerana membebaskan Afrika Selatan daripada belenggu amalan aparteid.
Tetapi agak berbeza pula dengan Sharon. Walaupun dalam kalangan rakyatnya beliau dikenali sebagai Bapa Pengasas Israel, masyarakat antarabangsa mempunyai pandangan yang bercampur-baur mengenai peranan beliau terhadap keamanan dan kestabilan rantau Asia Barat.
Memang tidak dapat dinafikan Sharon cocok dengan gelaran itu kerana Israel pada hari ini sebahagian besarnya terbentuk kerana pengaruh beliau bukan sahaja sebagai ahli politik bahkan sebagai seorang tentera rejim tersebut.
Sudah menjadi begitu lazim bahawa tentera dan politik tidak boleh dipisahkan jika Asia Barat diambil kira tetapi tidak keterlaluan jika diandaikan Sharon ialah antara pemimpin yang paling ketara mempergunakan kedua-dua ciri ini untuk menjadikan Israel seperti hari ini.
Sepanjang karier Sharon daripada seorang anggota tentera sehinggalah ke ahli politik, setiap tingkah lakunya hanya berasaskan kepada pegangan bahawa rejim Israel perlu mewarnai geopolitik Asia Barat menggunakan kuasa ketenteraan. Tidak wujud dalam prinsip Sharon bahawa diplomasi mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi Tel Aviv.
Setiap tindakan Sharon sama ada sebagai anggota tentera atau ahli politik boleh disifatkan melulu tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi oleh pihak lain dan paling merosakkan adalah kepercayaan beliau bahawa rejim Israel mampu bertindak bersendirian.
Sharon lebih dikenali sebagai Bapa Penyembelihan kerana ketika menjadi Menteri Pertahanan, rejim Israel telah menceroboh Lebanon pada 1982 dengan hasrat untuk menghapuskan Pertubuhan Palestin (PLO) yang pada ketika itu mempunyai kekuatan di Beirut.
Ketaksuban Sharon untuk menghapuskan PLO menyebabkan beliau membiarkan sahaja berlaku apa yang dipanggil sebagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila oleh kumpulan separa tentera Phalangist. Walaupun Suruhanjaya Siasatan Kahan yang ditubuhkan oleh Tel Aviv mendapati Sharon bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut, tetapi masyarakat antarabangsa gagal mengheret beliau ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sharon juga dianggap pencetus dan perancang utama dalam pembinaan pos peninjau dan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan juga Genting Gaza yang kini menjadi masalah utama dalam mencari penyelesaian kemelut Palestin-Israel. Ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Perumahan pada 1990-an, pembinaan penempatan Yahudi berjalan begitu rancak sekali.
Itulah sifat Sharon yang akan menggunakan kesempatan dan kuasa yang ada tidak kira sama ada sebagai seorang anggota tentera, Menteri Perumahan, Menteri Pertahanan dan juga Perdana Menteri.
Ada juga pemimpin dunia yang cuba menggambarkan Sharon sebagai pemimpin yang patut disanjungi kerana sebagai Perdana Menteri beliau telah mengarahkan tentera rejim Israel berundur secara keseluruhannya dari Genting Gaza pada 2005. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakyat, tentera dan ahli politik Israel, beliau tetap meneruskan perancangan tersebut.
Begitu ironis sekali kerana Sharon turut terlibat sebagai komander tentera Israel dalam perang 1967 dengan Mesir, Jordan dan Syria yang mengakibatkan Genting Gaza dijajah oleh rejim Israel. Tetapi jika diteliti niat sebenar Sharon mengarahkan pengunduran dari Genting Gaza adalah kerana perancangan untuk memiliki Tebing Barat yang lebih berharga kepada Israel.
Pembinaan tembok batu yang memisahkan rakyat Palestin di Genting Gaza dan Tebing Barat sebaik sahaja proses pengunduran tentera Israel tamat telah mengesahkan niat sebenar Sharon yang mahu membolot hampir satu pertiga wilayah Tebing Barat. Lebih mengaibkan lagi adalah kawasan yang menjadi idaman Sharon antara yang paling subur dan produktif di Tebing Barat.
Setiap tingkah laku Sharon begitu licik dan sentiasa mempunyai maksud tersirat. Beliau begitu arif bahawa Hamas akan menjadi bertambah kuat di Genting Gaza apabila Israel berundur. Niatnya supaya Hamas menjadi kuasa pengimbang terhadap kekuatan Fatah yang menguasai Tebing Barat. Hakikatnya adalah Palestin menjadi kucar-kacir kerana pertelagahan antara Hamas dan Fatah yang melanda hari ini.
Begitu jua pada tahun 2000 ketika terumbang-ambing dalam dunia politik Israel, Sharon ketika menjadi pemimpin Parti Kadima membuat lawatan ke Baitulmaqdis Timur milik Palestin dan mengisytiharkan Masjid Al-Aqsa adalah milik Israel. Pengisytiharan tersebut dikatakan menjadi penyebab kebangkitan Intifada kedua rakyat Palestin.
Tetapi menjadi lebih menarik lagi ekoran lawatan Sharon itu, beliau menjadi bertambah popular dalam kalangan rakyat Israel kerana dianggap sebagai pemimpin yang boleh menjamin keselamatan negara mereka. Pada pilihan raya Perdana Menteri pada tahun berikutnya, Sharon menewaskan penyandang jawatan tersebut iaitu Ehud Barak daripada Parti Buruh.
Begitulah legasi Sharon yang akan melakukan apa sahaja untuk menghapuskan tentangan supaya Israel mendapat manfaat daripada kelemahan Palestin. Walaupun beliau sudah tiada tetapi legasi tersebut tetap diteruskan sama ada secara tersurat atau tersirat oleh Perdana Menteri Israel berikutnya.

0 comments:
Post a Comment