Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 30, 2013

Peneroka Felcra Sri Makmur Terima Geran


PEKAN - Sebanyak 186 peserta Felcra Sri Makmur 1 dan 2, dekat sini bersyukur apabila menerima geran hak milik tanah masing-masing.

Penyerahan geran tanah seluas 3.24 hektar kepada setiap peneroka berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada satu majlis di sini semalam.

Peneroka Felcra Sri Makmur 1, Mohd Yusuf Unus, 70, amat gembira dengan penyerahan geran tanah itu yang ditunggu lebih 40 tahun.

"Buat masa ini tanah tersebut ditanam kelapa sawit dan saya menerima imbuhan RM600 setiap bulan selain dividen yang diberi Felcra empat kali setahun," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis tersebut.

Mohd Yusof Awang Hussin, 71, yang menyertai Felcra Sri Makmur 2 pada 1973, turut berkongsi kegembiraan itu berkata beliau merasa lega selepas menunggu sekian lama janji pihak Felcra akhirnya ditepati dengan pemberian geran tersebut.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Felcra atas penyerahan geran tanah ini...saya akan terus mengusahakan tanaman kelapa sawit ini yang telah banyak membawa pulangan buat saya dan keluarga," katanya sambil menambah seorang daripada enam anaknya juga peneroka Felcra.

Adnan ketika berucap pada majlis itu menasihatkan peneroka mengusahakan sendiri tanah milik mereka dan tidak menggadai atau menjualnya kepada pihak ketiga.

Katanya, tanah berkenaan sepatutnya menjadi sumber rezeki dan diwariskan kepada generasi kedua untuk memastikan pembangunan dirancang kerajaan di kawasan berkenaan dapat diteruskan.

"Adalah menjadi harapan kerajaan untuk memastikan semua warga peneroka dapat terus menikmati hasil daripada usaha mereka mengerjakan ladang Felcra... yang sebelum ini bukan milik mereka.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab...untuk membuktikan kita ini kerajaan yang menetapi janji, hari ini kita serahkan surat hak milik kepada peneroka Felcra Sri Makmur 1 dan 2, seperti dijanjikan sebelum ini," katanya.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Felcra Datuk Abdul Fattah Abdullah. - Bernama

Read more »

Pembangkang Memang Zalim


BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA - Pada awalnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di kawasan Dun Jengka dijangka berlangsung dengan bersih, namun kini terdapat tangan-tangan 'syaitan' cuba mencemarkan perjalanan kempen PRU di sini.

Timbalan Pengerusi Logistik dan Peralatan BN Dun Jengka, Mohd Azman Mohd Tahar berkata, jentera Barisan Nasional (BN) dikejutkan dengan kejadian replika kereta kebal dibina mereka, dibakar menggunakan bom petrol sekitar jam 1.45 pagi kelmarin.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari mereka setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam.

“Saya menerima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu replika kereta kebal kami bina, dibakar seseorang.

“Apabila sampai, api masih lagi membakar bendera digunakan untuk membina replika ini. Lalu, kami memadamnya menggunakan lebihan air daripada botol mineral terdapat di sekitar kawasan itu,” katanya.

Setiausaha Bilik Gerakan Dun Jengka, Mohammad Razali Mamat pula berkata, tinjauan mereka di sekitar kawasan itu mendapati, replika tersebut dibakar menggunakan bom petrol buatan sendiri.

“Kami tidak tahu sama ada mereka menaiki motosikal atau kereta, malah tidak mengetahui dalang perbuatan ini memandangkan kami hanya menerima aduan daripada orang awam.

“Kerja membina replika ini bermula sejak awal penamaan calon lagi. Ia siap sepenuhnya sekitar jam 12.30 tengah malam hari sama sebelum dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab pada jam 1.45 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerak Gempur Pemuda Dun Jengka, Hillmi Mohamed berkata, mereka sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Kita tidak mahu menuduh sesiapa. Sekiranya itu kerja pembangkang, kita harap mereka mengawal anak buah masing-masing daripada terus bertindak sedemikian. Kita juga harap kempen PRU ini berlangsung dengan lebih berhemah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Bagi Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nadi Kota, Othman Abdul Hamid pula, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di bandar ini.

“Belum pernah berlaku kejadian sebegini, malah PRU kali ini memperlihatkan beberapa kejadian kurang enak berlaku. Saya harap perkara sama tidak berlaku lagi selepas ini,” katanya.

Read more »

PAS Jual Agama Untuk Kepentingan Dunia


KALI ini serentak Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Dr. Haron Din menyatakan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan kalau Pakatan Rakyat memerintah. Ia cepat dijawab oleh Lim Guan Eng, perkara hudud tidak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Seperti biasa Karpal Singh pula tetap menyatakan bangkangannya terhadap hudud.

Mengapa isu hudud dipermainkan sebegitu rupa oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan Pas. Sejak dulu Pas apabila menjelang pilihan raya isu hudud dibangkitkan sebagai suatu cara untuk mencari pengaruh dalam politik. Bagi DAP, ini tidak mungkin diterima kerana bimbang hilang pengaruh dalam kalangan orang Cina.

Pertentangan dalam kalangan mereka adalah pertentangan isu prinsip. Penyokong Pas tetap mahukan negara Islam dan hudud sedangkan DAP menolak. Anwar Ibrahim pula menjadi pening kepala kerana dia tidak mampu memberikan jawapan mengenai isu hudud kerana dilihat sensitif.

Tetapi mengapa Pas masih berkeras mahukan hudud sedangkan DAP menolak. Apakah hudud adalah segala-galanya bagi hukumah Islamiah. Banyak perkara lain di luar hudud yang amat penting dalam melaksanakan syariah.

Bagi Pas, Islam itu hudud dan hudud itu Islam. Sedangkan Syariah Islamiah itu amat luas. Bukan bermakna belum melaksanakan hudud sesebuah negara ditolak sebagai negara Islam. Melaksanakan syariat dalam muamalah, ekonomi, tijarah, industri halal, sukuk, waqaf dan lain-lain adalah sebahagian dari binaan negara Islam.

Umat Islam harus mengimani dan meyakini bahawa hudud adalah suatu juzuk dalam hukumah Islamiah. Malangnya, Pas bercakap mengenai hudud sudah bertahun-tahun tetapi melaksanakannya tidak.

Lebih pelik nantinya bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat kalau menang berupaya melaksanakan hudud dalam soal membangun polisi perundangan syariah kerana belum tentu Pas menang dengan majoriti besar.

Kalau DAP menang lebih kerusi atau PKR lebih dominan belum tentu DAP bersetuju dan Anwar yang sehingga kini belum menyatakan sikap jelas terhadap hudud.

Kalau begitu apa sebenarnya maksud pemimpin Pas membangkitkan isu hudud sedangkan agenda Pakatan tidak lebih masing-masing parti menggunakan pengaruh parti lain untuk memenangi lebih kerusi dan kalau takdirnya membentuk kerajaan nanti isu-isu dasar dalam membina negara saling bercanggah dan akhirnya parti masing-masing akan memilih jalan hidup sendiri.

Pas janganlah membohongi masyarakat dengan isu hudud ini. Bukan salah kepada hudud tetapi Pas menjadikan isu hudud sebagai pertaruhan untuk mendapatkan pengaruh dan DAP juga menolak isu hudud sebagai sumber mendapatkan sokongan. Pada hakikatnya DAP tidak mahu apa saja berbau Islam.

Umat Melayu tidak harus terbuai-buai dengan permainan politik Pas dan juga tidak harus terjebak dengan permainan DAP. Umat Islam tidak harus membina harapan kepada Anwar kerana sikapnya tidak jelas sama ada bersetuju atau tidak akan isu hudud.

Antara sikap Anwar yang tidak jelas dan sikap Pas yang mahukan hudud dan DAP yang menolak hudud khalayak boleh membaca senario Pakatan Rakyat yang tidak mahu berpakat atas soal pokok bagi Pas. Ini bermakna masa depan Pakatan Rakyat pasti dalam perbalahan kerana tidak ada persefahaman dalam isu-isu.

Lebih-lebih lagi percaturan dengan Guan Eng dan Abdul Hadi mengenai isu kalimah Allah. Guan Eng pada 25 Disember 2012 mendesak supaya kalimah Allah digunakan dalam versi Bible bahasa Melayu dan Abdul Hadi dituduh oleh Anwar menyediakan persetujuan dan rasional terhadap kalimah Allah sedangkan Majlis Syura kuasa tertinggi dalam membuat keputusan menolak keputusan Pakatan Rakyat mengenai kalimah Allah, 12 Januari 2013.

Kalau parti Pas sendiri berbelah bagi dengan isu kalimah iaitu isu pokok dalam anutan Islam yang sifatnya tauhidik, bagaimana Pas membina konsep kesatuan ummah berasaskan kesatuan akidah (tauhidik), kesatuan ibadah dan syariah yang dilandas faktor tauhidik kerana kalimah Allah bukan sekadar istilah tetapi ia terkandung makna dan hakikat.

Dan bagaimana Pas nanti berupaya mengolah dasar-dasar penting Islam sedang ianya terkait dengan isu tauhidik ini. Asas Qurani innaddi na'indallah hilIslam dan laqum deenukukum walya deen adalah yang sangat hebat memahami kewujudan kelainan agama dan bagaimana umat Islam menyantuni agama lain.

Yang berbeza ia tetap berbeza. Nilai-nilai interaktif yang diambil dari sumber yang sifatnya tidak menyalahi boleh digunakan dan sifat rahmah alamiah Islam harus memberi manfaat kepada yang Islam dan bukan Islam juga.

Read more »

Monday, April 29, 2013

BN Pahang Bakal Lancar Akujanji


BENTONG –  Barisan Nasional (BN) Pahang akan melancarkan akujanji Selasa ini demi membela rakyat dan membangunkan negeri ini ke arah lebih baik sekiranya terus diberi mandat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, akujanji perlu dilancarkan pada waktu tepat iaitu beberapa hari sebelum hari pengundian supaya ia mudah diingati.

Menurutnya, manifesto yang mengandungi pelbagai perkara itu ringkas, padat dan mudah difahami semua rakyat negeri ini.

“Antara yang dimasukkan di dalamnya adalah pemberian air percuma sejumlah 30 meter padu kepada semua rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

“Bekalan air itu boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga dalam lingkungan tiga atau empat orang dalam tempoh tiga minggu atau sebulan jika digunakan dengan betul,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Bantuan Persekolahan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman. Selain pemberian air percuma, antara dimasukkan di dalam Aku Janji itu juga  adalah berhubung pemberian hak milik geran tanah rumah ibadat bukan Islam.

Katanya, selama ini, kebanyakan rumah ibadat seperti kuil dan tokong dibina atas tanah rizab kerajaan dan tanah persendirian.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat disebarkan pada masa kini tanpa merujuk kepada sumber sah.

Beliau berkata, pada zaman dahulu penggunaan surat layang dipraktikkan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kepada jabatan atau kerajaan, bagaimanapun pada masa kini, pendekatan lain seperti medium internet digunakan secara meluas untuk tujuan itu.

Read more »

Produk Lynas Majukan Negara


Nadir bumi yang dihasilkan oleh kilang Lynas di Kuantan, Pahang mampu membawa Malaysia ke dalam sektor perindustrian berteknologi lebih tinggi, kata pakar nadir bumi terkemuka dari United Kingdom (UK), Prof. Dr. David Bradley.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang bergantung kepada sektor perindustrian untuk memacu pertumbuhan ekonomi, Malaysia boleh melangkah ke sektor industri abad akan datang melalui produk yang dihasilkan oleh Lynas.

''Tidak timbul isu berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan awam dan alam sekitar kerana loji Lynas atau nama penuhnya Lynas Advance Material Plant (LAMP), dibina dengan tahap piawaian tinggi dan mematuhi piawaian keselamatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)''.

''Jika bercakap mengenai risiko, kita sebenarnya terdedah kepada pelbagai bentuk ancaman (risiko) lebih besar dalam kehidupan harian berbanding radiasi yang didakwa terhasil daripada nadir bumi," tegas Profesor Radiasi dan Perubatan Fizik dari University Surrey, UK dalam satu pertemuan di sini baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada isu loji Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, yang memproses pati lantanida merah yang diimport dari Mount Weld di Australia Barat untuk menghasilkan nadir bumi oksida dan karbonat.

Nadir bumi merupakan sekumpulan 17 mineral yang penting dalam pelbagai teknologi moden umpamanya dalam penghasilan bateri untuk kegunaan kereta hibrid sehinggalah kepada mentol yang menggunakan tenaga rendah.

Kewujudan loji Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng mendapat tentangan daripada penduduk setelah ia didalangi oleh ahli politik yang mempunyai agenda tersendiri dengan membangkitkan pelbagai dakwaan.

Bagaimanapun Mahkamah Persekutuan membenarkan Lynas meneruskan operasi memproses nadir bumi.

Sehubungan itu, Bradley menegaskan, orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan loji tersebut tidak seharusnya khuatir dengan risiko yang kononnya terhasil akibat operasi loji Lynas kerana ia adalah jauh lebih kecil berbanding risiko kehidupan harian.

''Umpamanya jika berlaku sesuatu kemalangan, kita akan menggunakan telefon mudah alih untuk menghubungi ambulans dan apabila tiba untuk menerima rawatan, pesakit akan diimbas menggunakan mesin X-ray. Ini adalah contoh peralatan moden menggunakan nadir bumi," katanya.

Beliau yang turut melakukan pemantauan tahap keselamatan di loji Lynas juga berpendapat kerajaan Malaysia telah mengambil langkah perlu untuk memastikan tidak berlaku pencemaran sebagaimana yang disyaratkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Bradley berpendapat Malaysia telah memperkenalkan syarat ketat dan amat konservatif untuk melindungi kepentingan orang ramai bagi memastikan operasi Lynas tidak menimbulkan masalah kepada alam sekitar.

Profesor dari Universiti Surrey itu mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang perlindungan dan fizik radiasi selain mengendalikan lebih 200 penyelidikan dan penerbitan berhubung perlindungan radiasi dan fizik perubatan.

Selain itu, Saintis Perunding Alam Sekitar, perkhidmatan radiasi Australia, Dr. Malcolm Coopers pula berkata, beliau percaya keputusan membina loji Lynas di Kuantan adalah didorong oleh faktor kos pengeluaran yang lebih rendah di Malaysia berbanding di negaranya di mana bahan galian itu di lombong.

''Pada pemantauan saya, dakwaan kononnya loji Lynas akan mengakibatkan berlakunya masalah alam sekitar tidak timbul kerana ia dibina mengikut tahap piawaian antarabangsa tertinggi.

''Selain itu, banyak badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa memantau operasi syarikat terbabit dari semasa ke semasa untuk menjamin tahap keselamatannya," jelas beliau.

Nadir bumi ialah sekumpulan 15 unsur kimia yang cukup istimewa sifatnya dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri seperti elektronik, paparan komputer dan telefon bimbit, bahan magnet untuk bateri hibrid, turbin angin bagi menghasilkan elektrik, bahan superkonduktor dalam kegunaan kereta api 'peluru' serta perkakasan ketenteraan dan pertahanan.

Unsur nadir bumi amat berguna dalam produk teknologi tinggi dan teknologi hijau.

Projek LAMP yang bernilai RM2.5 bilion dijangka mampu memenuhi 30 peratus daripada keperluan nadir bumi di pasaran dunia, selain pasaran China.

Read more »

Friday, April 26, 2013

Permatang Pauh - Anwar Semakin Tertekan


Amat menarik pertarungan politik Dr. Mazlan Ismail- Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh. Latar belakang tokoh yang mempertaruhkan diri dengan seorang tokoh kontroversial Anwar wajar diberikan fokus.

Dr. Mazlan, seorang profesional dan memiliki jiwa agama yang tinggi, boleh menjadi imam dan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang. Beliau orang profesional dan memiliki kelulusan akademik yang tinggi.

Beliau anak tempatan dan telah lama mengenali kampung halamannya dan derita rakyat di situ. Beliau tahu sejak Anwar menjadi wakil rakyat, kekerapan kembali ke kawasan boleh dibilang. Orang Melayu Pulau Pinang menghadapi pelbagai kesulitan dan tekanan. Puncaknya ialah pengunduran Mohammad Fairuz Khairudin daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Anwar kini sedang tertekan dengan situasi politik pakatan pembangkang. Pas diketahui semacam menolak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Lim Kit Siang akhirnya tahu bahawa meletakkannya bertanding di Parlimen Gelang Patah sesuatu yang tidak mengenakkan. Anwar yang patut bertanding di luar kawasan Permatang Pauh tiba-tiba kembali semula ke Permatang Pauh.

Hasratnya ingin keluar dari Permatang Pauh mungkin menyedari Dr. Mazlan akan bertanding di situ. Dr. Mazlan bukan calang-calang calon. Dengan latar belakang Pas yang ada padanya, kalau tidak semua penyokong Pas menyokongnya sebahagian akan membantu, sokongan daripada warga BN akan membantunya dan ia boleh menimbulkan upset di Permatang Pauh.

Ada orang memberi analisis bahawa Pas semacam tidak memperlihatkan tentangan terhadap kehadiran Dr. Mazlan di situ. Apakah bila Pas tidak setuju Anwar menjadi Perdana Menteri maka lebih bijak mengalahkannya di Permatang Pauh daripada kalau menang nanti menentukan calon Perdana Menteri menjadi lebih sukar pula.

Ada khabar mengatakan DAP mahukan Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri. Kalau khabar ini jelas, ia suatu pukulan kepada Anwar kerana cita-cita peribadinya itu bakal berakhir di Permatang Pauh saja.

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bekas rakan lama Anwar khabarnya akan berkampung di Permatang Pauh. TIBAI, Jati, Muafakat dan banyak lagi akan berada silih berganti di Permatang Pauh. Anwar tentu tidak akan duduk diam, antara meraikan undangan di tempat lain di seluruh negara dengan menjaga kawasan sendiri, Anwar kena membuat pilihan bijak.

Bagi Dr. Mazlan menganggap perlawanannya dengan Anwar adalah suatu jihad untuk mengembalikan imej pemimpin berintegriti supaya arah pimpinannya jelas dan berwibawa. Imej Anwar terlalu banyak tercalar.

Dalam kalangan yang sudah tahu mengambil tekad meninggalkannya. Dr. Mazlan tentu berada dalam kalangan yang tahu dan membuat ijtihad menentangnya. Ini suatu keberanian yang tinggi martabatnya.

Politik Malaysia memerlukan tokoh yang cakapnya serupa bikin. Pemimpin Malaysia yang dikehendaki ialah pemimpin yang tidak dilingkari seribu satu calaran imej yang tidak mampu dileraikan dan memiliki imej berlakon yang melampau.

Lebih-lebih lagi pemimpin yang dikaitkan dengan pluralisme agama, LGBT, menyalahgunakan kalimah Allah, mempunyai kaitan dan rangkaian hubungan dengan pihak luar negara dan suatu ketika dalam ABIM bercakap tentang Islam dan dalam UMNO mengkritik pihak di luar UMNO dengan kritikan yang pedas dan bila berada dalam Pakatan membidas UMNO dan BN dan didapati bercanggah dengan apa yang diucapkan dulu.

Orientasi politik Malaysia bukan orientasi politik jalanan atau cita-cita membawa faham Arab Spring ke Malaysia. Perubahan rejim yang diinginkan oleh Anwar tidak serasi dengan iklim politik Malaysia yang stabil dan maju.

Oleh itu Dr. Mazlan mempunyai bahan kempen yang terlalu banyak sama ada merujuk kepada fahaman tiga parti dalam Pakatan yang satunya memperjuangkan negara Islam, yang satu lagi memperjuangkan fahaman sosialis demokratik chauvanis ala Malaysian Malaysia dan yang satu lagi mendukung fahaman liberal dan pluralisme agama.

Dengan dukungan rakan-rakan setempat dan NGO dari luar, Dr. Mazlan bakal mempunyai isu yang banyak tidak saja domestik Permatang Pauh tetapi juga isu-isu nasional dan antarabangsa yang sangat sensitif bagi keselamatan dan integriti Malaysia masa depan. Didoakan Dr. Mazlan mampu melakukan suatu kejutan.

Read more »

Tidak Gadai Agama Untuk Politik Dunia - Najib Razak


PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak akan sesekali mengorbankan prinsip Islam semata-mata untuk meraih keuntungan politik seperti dilakukan pembangkang.

Mengambil contoh sokongan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan pertikaian status syahid wira negara yang terkoban di Sabah oleh pembangkang, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku kerana pihak lagi satu lebih mengutamakan politik daripada kebenaran.

''Dalam isu kalimah Allah, kita pertahankan agama, kita tidak berdolak-dalik dalam hal ini. Kita tak main politik walaupun ada orang kata rugi kalau tidak ketepikan prinsip tersebut bagi meraih undi.

''Bagi saya kebenaran itu tetap kebenaran. Kita tidak boleh lari daripada mencari kebenaran kerana akhirnya Allah akan memihak kepada mereka yang meneruskan perjuangan berdasarkan kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Wacana Pembangunan Ummah peringkat negeri yang turut dihadiri tetamu khas, Imam Masjid An-Nabawi Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam pada itu kata Najib, keputusan beliau mengangkat manifesto sebagai aku janji dibuat berlandaskan tuntutan Islam seperti mana yang disebut Allah dalam surah al-Israa ayat ke-34.

Menurut Perdana Menteri, dalam ayat tersebut janji dituntut untuk disempurnakan sama ada dengan Allah atau manusia.

Read more »

Thursday, April 25, 2013

Kerajaan Peranchis Sahkan SUARAM Menipu Rakyat Malaysia


Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.

Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut? Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...

Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk 'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh  Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.

Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan 'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian Pertahanan.

Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar. Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah kerana misi mereka masih belum selesai.

Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak lama lagi.

Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia.

Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai hubungan bersama Zionis-zionis tersebut.

Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.

Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi Israel.

Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai hubungan dengan musuh Israel.

Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah dijangka.

'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.

Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri sidang akhbar tersebut.

Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.

Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.

Read more »

PKR Lanchang Dibubarkan ?


Masalah PKR di Pahang ini bukan lagi satu isu kecil malah ianya sudah diketahui satu Malaysia. Perbalahan sesama ahli sehingga Pengerusipun boleh diejek secara terbuka oleh ahli ahli PKR sendiri di Indera Mahkota.

Fauzi Abdul Rahman yang merupakan calon PKR bagi Parlimen Indera Mahkota telah ditolak secara terang - terangan oleh ahli - ahli PKR sendiri dihadapan Anwar Ibrahim. Dan sekarang, giliran Timbalan Pengerusi pulak dimalukan oleh para pengikut PKR apabila bantahan tersebut mula hangat diperkatakan.

Mereka menganggap tindakan PKR Pusat menamakan calon dikawasan - kawasan seluruh Pahang hanya ibarat calon 'Tangkap Muat' dan meminggirkan pemimpin tempatan. Di Dewan Undangan Negeri Lanchang, perbalahan semakin parah apabila orang luar diangkat sebagai calon sedangkan anak tempatan disingkir.

Bagi mereka, ianya satu penghinaan apabila pemimpin tempatan tidak langsung dipandang oleh kepimpinan PKR Pusat. Bagaimana mereka mahu memperjuangkan rakyat? Selain menganggap Nizam Hamid sebagai 'Orang Luar', mereka juga turut mendakwa Nizam tidak pernah duduk sepentas dengan mana - mana orang PAS sebelum ini.

"Kenapa janji tidak ditepati macam sebelum ini . Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak KEADILAN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” dan orang Lanchang tidak kenal pun.

"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan penyokong tegar parti keadilan dan Pas di Lanchang . Kami akan pastikan calon Keadilan kalah teruk ," tambahnya lagi

Malah, kata mereka, Nizam juga merupakan diantara mereka yang kuat membantah pemindahan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS sebelum ini.

Perbalahan yang kian meruncing ini menyebabkan Anwar terpaksa datang ke Lachang petang tadi. Tetapi rasanya keputusannya tetap sama. Ahli PKR Pahang sudahpun berkerat rotan dengan Anwar. Malah sudah berikrar akan membantu bekas ahli PKR anak tempatan yang bertanding sebagai diatas tiket bebas

Read more »

Ariff Sabri Bakal Ditalkinkan Di Raub


Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu, 43.51% pengundi Cina, India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya, Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP.

Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAP sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam PRU 13, justeru itu untuk merealisasikannya DAP menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.

Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon DAP akhirnya berbaloi dengan pengesahannya sebagai pembawa panji DAP bagi Parlimen Raub.

Namun harapannya untuk menang hakikatnya terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri, apatah lagi bekas ADUN Pulau Manis (2004-2008) itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya.

Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal pun jasa baktinya tak terasa dek rakyat setempat dalam DUN Pulau Manis, inikan pula mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar dalam Parlimen Raub.

Lawannya di Parlimen Raub iaitu EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Hoh Khai Mun bukannya kecil anak, sebaliknya merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana kerja buatnya yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira kaum.

Hoh Khai Mun yang juga merupakan bekas ADUN Bilut dan kini adalah Ketua MCA Bahagian Bentong dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar pada PRU kali ini.

Berdasarkan trend sokongan semasa, BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa selain memberi tentangan sengit kepada DAP di kerusi DUN N7 Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti kemenangan DAP di situ.

Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun, trend sokongan umum yang semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub, tidak syak lagi ia merupakan mimpi ngeri untuk DAP dan Ariff Sabri pastinya akan terkubur di Raub sekaligus menjadi noktah akhir hayat politiknya.

Read more »

Karpal Sindir Anwar Bila Mat Taib Masuk PAS


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

"Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

"Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

"Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas... saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

Memang betul Mat Taib ada masalah rekod tetapi apa kurangnya dengan Anwar Ibrahim ? Malah Anwar diangkat menjadi Ketua Pembangkang dan Karpal sendiri bersusah payah membela Anwar sedangkan dia sendiri tahu Anwar bersalah dalam isu liwat.

Dalam diam Karpal sindir Anwar rupanya.

Read more »

Siew Fook Hina Perdana Menteri


Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai dengan mengeluarkan perkataan biadap, "dia (Najib) ingat, Malaysia ini bapak dia punya".

Dengan tidak ada lagi hormat kepada pemimpin negara itu, Siew Fook benar-benar melepaskan dendam kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.

"Antara dua pilihan siapa yang kita mahu sebagai perdana menteri? Najib orang senang, dia punya bapa Perdana Menteri sekarang dia Perdana Penteri. Dia ingat ini Malaysia bapak dia bagi punya?.

"Kita mahu beritahu betul bapa dia bekas Perdana Menteri tapi bukan bapak dia punya. Ini 28 juta rakyat di Malaysia, milik rakyat, bukan bapak dia punya,'' katanya.

Malah tanpa ada selindung lagi, Siew Fook menghina pula, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat sebagai `lembu' kerana terlibat dalam skandal Pusat Fidlot Negara (NFC) biarpun kes berkenaan telah diselesaikan.

"Kalau kita pilih BN mereka akan berkuasa siapa pemimpin dalam BN... Ini betul lembu ini (Shahrizat). Ini menteri lembu mahu sapu semua.

"Ooo...dia sapu itu duit lembu dengan suami dia punya, syarikat sudah kena saman dan kena tuduh di mahkamah lagi mahu marah orang,'' katanya.

Ucapan kurang ajar pemimpin DAP negeri ini yang berhasrat menawan Negeri Sembilan dan berbangga dengan sokongan kaum Cina dalam kempennya itu menghina pula Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sebagai `katak celaka' kerana bersifat rasis dan perkauman tetapi disokong oleh Barisan Nasional.

"Ini saya mahu cakap sikit, ini celaka Ibrahim `katak'. Ini macam punya orang sifat perkauman, tetapi dia ini disokong oleh Barisan Nasional kita mesti menolak orang seperti ini,'' ujar Siew Fook.

Ini bukan kali pertama Siew Fook menghina pemimpin BN dan perbuatan beliau malam tadi adalah kemuncak sikap kurang ajarnya.

Dalam ucapan yang sama itu juga, Siew Fook telah menggambarkan dirinya sebagai `hero' kerana membuat keputusan bertanding di kerusi Parlimen Seremban pda Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam bertindak melarikan diri ke Parlimen Rasah.

Dengan ego, Siew Fook berkata, keputusannya untuk bertanding di Parlimen Seremban itu adalah untuk meneruskan cengkaman DAP di situ, sekali gus menjadikan ia simpanan tetap pakatan pembangkang ke Putrajaya selepas PRU-13.

Read more »

Wednesday, April 24, 2013

TR1Ma 2.0 - Bukti Kerajaan BN Bantu Rakyat


Pemandu teksi individu atau yang memegang status sebagai 'pemandu pertama' dipelawa untuk memohon program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma 2.0) bagi mendapatkan subsidi tayar yang mula dibuka hari ini.

Pengurus Bahagian Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Noor Hisham Mohd. Taha berkata, pemandu teksi yang layak menerima TR1Ma 2.0 adalah warganegara Malaysia dan berstatus 'pemilik' atau 'pemandu pertama'.

"Bagi pemandu di Sabah pula perlu mengemukakan kad pengenalan dan permit teksi yang berdaftar dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pemohon perlu mengemukakan kad pengenalan dan kad pemandu sahaja semasa memohon.

"Pengambilan baucar boleh dilakukan di pejabat wilayah dan negeri SPAD atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) negeri kecuali (UTC Pudu) dan semua pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.

"Sekiranya mana-mana pemandu tidak memiliki kad pemandu atau telah luput, permohonan atau proses memperbaharuinya boleh dilakukan di pejabat SPAD secara percuma, hanya bagi pemandu di Semenanjung walaupun terdapat saman yang belum diselesaikan,'' katanya.

Jelasnya, baucar akan diberi pada hari yang sama dan tidak perlu menunggu sehingga dua minggu bagi mendapatkan tayar seperti TR1Ma 1.0.

"Kini pemandu teksi boleh terus ke kedai pilihan mereka dan menukar tayar dengan segera,'' kata beliau.

Sementara itu, kata Noor Hisham, pada TR1Ma 1.0 telah berjaya membantu lebih 76 peratus atau 51,277 orang daripada 67,470 pemandu teksi di seluruh negara.

"Program ini bertujuan meringankan beban kos penyelenggaraan teksi, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan teksi di negara ini.

"Semua pemandu yang masih belum mendapatkan baucar tayar pada program pertama disarankan membuat permohonan dengan kadar segera kerana penebusannya perlu dilakukan sebelum 30 September ini,''

Read more »

RISDA Bantu Ringankan Beban Pekebun Kecil


Seramai 162,448 orang daripada kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan menjadi kumpulan pertama menerima agihan insentif khas RM500 dalam masa terdekat sebagai usaha RISDA meringankan kos hidup mereka.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, sebagai permulaan pemberian yang dibuat ekoran kejatuhan harga getah di pasaran dunia, akan bermula di Segamat, Johor esok.

Secara keseluruhan, RISDA telah membuat keputusan untuk menyalurkan sejumlah RM160 juta bantuan insentif tersebut kepada kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara yang terjejas berikutan penurunan harga getah kebelakangan ini.

Wan Mohamad Zuki Mohamad menambah, agihan insentif tersebut akan dibuat secepat mungkin dan secara berperingkat.

"Senarai nama dan data pekebun yang layak telah ada bersama kami dan kita akan mulakan pemberian insentif itu di Segamat, Johor esok yang kemudiannya diagihkan di kawasan lain.

"Pada permulaan agihan, kita akan berikan kepada 162,448 pekebun kecil dahulu dan kemudian baharulah menguruskan pemberian insentif kepada semua yang layak," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian watikah kenaikan pangkat kepada 46 kakitangan RISDA dari seluruh negara di Ampang dekat sini hari ini.

Menurut beliau, insentif itu akan meringankan beban pekebun getah yang turut terkesan daripada penurunan harga komoditi itu.

Antara kriteria pekebun kecil yang layak menikmati insentif itu ialah mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai kebun getah kurang daripada 2.5 hektar serta ia diusahakan sendiri.

"Meskipun begitu, jika terdapat nama pekebun kecil yang tidak tersenarai, kita minta mereka kemukakan rayuan kepada pihak RISDA secepat mungkin," katanya.

Wan Mohamad Zuki juga berkata, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melancarkan proses itu selain bertindak membantu pekebun getah mencari peluang menjana ekonomi dan program tambahan termasuk aktiviti pertanian dan penternakan.

Read more »

PAS Hina Kalimah Allah


KUANTAN – “Saya kesal dan sedih melihat kain rentang yang tertera kalimah ‘Allahuakbar’ di bahagian bawah  kain rentang Pas sedangkan itulah kalimah yang umat Islam  harus agungkan dan diletakkan di tempat tertinggi,” kata Nor Azman Ismail, 54 yang tinggal di Sungai Isap Damai di sini.

Menurutnya, kain rentang tersebut sememangnya menyentuh sensitiviti umat Islam apabila sengaja meletakkan  kalimah tersebut seolah-olah untuk memancing undi.

“Saya bukan orang politik, tetapi atas dasar seorang Islam, saya sememangnya kesal melihat kain rentang yang tidak melambangkan perjuangan Islam sebenar.

“Kenapa kalimah tersebut diletakkan di bahagian bawah gambar calon, sedangkan bahagian atas masih kosong,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kini musim pilihan raya, tetapi hal sensitif seumpama ini harus diambil berat oleh semua parti.

Sehubungan itu, Nor Azman membuat aduan kepada pihak berkuasa agar memantau kain rentang seumpama itu yang mula dipasang di serata tempat untuk memancing undi.



Read more »

Bom Meletup Di Ceramah BN


NIBONG TEBAL – Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini Selasa malam.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

“Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.

Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah. Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.

Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.

“Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya,” katanya.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta. – BERNAMA

Read more »

Jengka Sentiasa Dimajukan


KUALA KRAU  - Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka memang amat sinonim dengan kawasan Felda. Sebut sahaja Jengka, pasti yang terbayang adalah sebuah kawasan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit.

Namun, pembangunan di kawasan tersebut tidak pernah dilupakan oleh kerajaan. Pelbagai kemudahan disediakan bagi membantu penduduk Felda seiring dengan masyarakat lain.

Antaranya adalah memperuntukkan RM250 juta untuk membangunkan Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang memberi manfaat kepada para peniaga yang majoritinya adalah bumiputera.

Projek ini termasuklah pembinaan kompleks sukan dan stadium membabitkan kos berjumlah kira-kira RM87.9 juta dan fasa pertama kini telah pun bermula.

Selain itu, projek perumahan generasi baharu juga telah mula dilaksanakan di beberapa rancangan iaitu Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka Sebelas, Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Projek perumahan generasi baharu di Felda Siantan Jengka 19 telah pun siap dan sedang berada di tahap terakhir sebelum diserahkan kepada mereka yang bertuah.

Kerajaan juga sedang membina kompleks terminal pengangkutan bersepadu menerusi peruntukan sebanyak RM10 juta dan telah siap 90 peratus.

Peruntukan RM5 juta membina Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) Bandar Tun Abdul Razak Jengka telah beroperasi awal Februari lalu.

Namun, isu utama yang sering dimainkan oleh pembangkang DUN Jengka adalah pemberian geran dalam kalangan peneroka.

Tetapi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menepati janji tidak pernah melupakan golongan peneroka.

Terbaharu seramai 116 peneroka Felda Jengka 14 mendapat hak milik tanah secara rasmi.

Bagi seorang penerima, Meli Muhammad, 68, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya kerana telah lama menantikan geran berkenaan sejak 30 tahun yang lalu.

"Alhamdulillah kini semuanya dah selesai dan saya anak beranak rasa lapang dada dan gembira serta terharu.

"Bagi kami, geran hak milik tanah Felda ini amat besar ertinya kepada kami semua. Siapa pun yang menyampaikannya, ia adalah satu pemberian yang cukup bermakna dan tiada nilainya jika dibandingkan dengan keringat yang tumpah ketika mengusahakannya," kata Meli.

Alaili Kassim, 57, pula memberitahu, dia menunggu detik gembira itu sejak 25 tahun lalu dan pastinya pemberian geran hak milik tersebut adalah anugerah yang sangat dinanti-nantikan.

"Saya bersyukur kerana menerima geran ini ketika umat Islam menanti kedatangan Ramadan. Terima kasih kepada kerajaan kerana menjadikan impian ini sebagai kenyataan," ujarnya.

Generasi kedua Felda, Sharifah Sahara Syed Alwi, 39, berkata, usaha ayahnya yang meneroka tanah di situ kira-kira 30 tahun lalu berbaloi kerana kini mereka memilik geran hak milik sah ke atas tanah berkenaan.

"Hasil titik peluh ayah saya selama ini berbayar dengan geran hak milik tanah yang lama diidamkan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Tahir Ahmad, 65, pula berkata, biarpun banyak tuduhan dilemparkan kepada pentadbiran Felda, sebagai peneroka, dia tahu jasa yang telah diberikan oleh agensi itu kepada masyarakat peneroka.

"Felda telah banyak membela nasib kami. Betul kami kena jelaskan hutang tetapi jumlahnya kecil dan tidak setanding dengan keluasan tanah yang diberikan. Terima kasih semua," jelasnya.

Romeli Othman, 65, pula berkata, dia berharap agar peneroka sentiasa menjaga geran tersebut.

"Bila bersama Felda, kita sudah pun meraih kejayaan. Jadi jagalah elok-elok geran yang akan diterima esok. Geran itu merupakan anugerah yang tidak terhingga. Jangan ada yang menggadaikan geran itu untuk mendapat keuntungan segera," jelasnya.

Read more »

Tuesday, April 23, 2013

Transformasi Atasi Reformasi


PADA penghujung 1998 laungan reformasi yang lebih bermaksud gulingkan Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan kerajaan yang akan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi jalan-jalan utama terutama di ibu negara. Namun laungan berbaur retorik dan hanya memperjuangkan kepentingan individu itu gagal menggugat keyakinan rakyat apabila BN terus mengekalkan kuasa, malah mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU-10) 1999.

Bermula daripada pemecatan Anwar daripada UMNO, laungan reformasi tidak pernah berhenti. Laungan itu bergema dan terus bergema yang sekali-sekala membawa kepada rusuhan jalanan hingga mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta benda, namun itu semua tidak mampu menggugat kepercayaan rakyat kepada BN.

Pada 2003 Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Peralihan pucuk pimpinan itu seolah-olah mengukuhkan lagi kedudukan BN apabila mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada 2004. Namun momentum itu gagal dikekalkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 yang menyaksikan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Tsunami politik 2008 itu menyaksikan BN kehilangan tiga lagi negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta kehilangan Perak selama 11 bulan. Tsunami itu juga secara tidak langsung memaksa Abdullah mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan negara.

Ramai yang berpendapat Najib mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, BN dan seterusnya negara pada masa yang salah. Pada mereka, Najib berhadapan dengan beban yang cukup berat kerana menerajui UMNO dan BN ketika parti itu berada dalam keadaan cukup lemah dan ketika laungan reformasi semakin lantang.

Sewaktu Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam, ramai yang berpendapat beliau bakal tenggelam di badai tsunami reformasi. Tetapi ramalan itu nyata meleset apabila sejak hari pertama menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib telah merangka pelbagai program dengan rakyat didahulukan. Najib tidak duduk diam. Dia membawa pelbagai penambahbaikan dan bermacam perubahan positif. Istilah transformasi yang sering beliau gunakan sejak menerajui negara pada 2009 nyata meninggalkan kesan yang cukup besar kepada rakyat. Nyata, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, transformasi yang dibawa oleh Najib telah mengatasi reformasi jalanan Anwar yang adakalanya menyebabkan rakyat bimbang dan ketakutan.

“Reformasi Anwar terus menjadi tanda tanya apabila ‘reform’ yang dia lakukan hanya pada situasi sosial rakyat Malaysia.

“Anwar hanya pandai untuk ‘reform’ budaya Malaysia daripada aman ke demonstrasi jalanan," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Mohd. Razlan Rafii.

Satu lagi ‘reform’ yang dibawa oleh Anwar dan rakan-rakan dalam pakatan rakyat katanya adalah budaya penafian dan dolak-dalik apabila sesuatu isu itu tidak memihak kepada mereka.

“Budaya ini jelas apabila kejadian video yang didakwa membabitkan seorang pemimpin Pas baru-baru ini terus dinafikan tanpa usul periksa," katanya.

Transformasi Najib itu juga jelas pada PRU-13 ini apabila mengetengahkan calon-calon muda dan baru yang komited untuk terus membela nasib rakyat.

“Sebanyak 33 peratus Parlimen keseluruhannya adalah muka baru. Begitu juga Dewan Undangan Negeri (DUN) 49 peratus menampilkan muka baru. Sebanyak 90 peratus calon di Wilayah Persekutuan, 80 peratus di Selangor, 65 peratus di Pulau Pinang, dan 30 peratus di Kedah juga merupakan muka baru," kata Mohd, Razlan.

Ini jelas menunjukkan transformasi yang dijanjikan oleh Najib adalah menyeluruh termasuk dalam saf kepimpinan dan barisan calon wakil rakyatnya.

Kata Mohd. Razlan, situasi itu berbeza dengan reformasi yang dilaung-laungkan oleh Anwar yang terus bergantung harap kepada muka-muka lama yang telah terbukti gagal membawa pembaharuan kepada rakyat.

“Mereka terus mengekalkan legasi dinasour apabila mengekalkan Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Mohamad Sabu, Datuk Seri Azizan Razak dan ramai lagi yang sudah tua serta tidak boleh bekerja" katanya.

Sehubungan itu rakyat perlu menilai antara transformasi yang dibawa oleh Najib yang hasilnya sudah boleh dirasai berbanding reformasi Anwar yang lebih banyak mengundang masalah berbanding kebaikan. Buktinya, reformasi yang dijanjikan melalui manifesto pakatan pembangkang pada PRU-12 terutama di Selangor gagal di laksanakan.

Ketika Najib menunaikan satu demi satu janjinya kepada rakyat, penduduk-penduduk di negeri di bawah pentadbiran pakatan tidak berdaftar PKR, Pas dan DAP terus gundah gulana hingga ada yang tampil menyaman kerajaan negeri bagi menuntut apa yang telah dijanjikan.

Persediaan BN untuk PRU-13 juga jauh berbeza dengan 2008 apabila Najib terus bekerja tanpa mengenal lelah demi mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat. Dr. Mahathir sendiri mengakui Najib bekerja lebih keras daripada apa yang beliau lakukan ketika menjadi Perdana Menteri. Semua itu demi memastikan transformasi yang dijanjikan dapat dinikmati rakyat.

Apa yang dilaungkan oleh Najib itu bukan satu retorik kerana sepanjang empat tahun beliau mengambil alih teraju pemerintahan negara sudah banyak perubahan yang memanfaatkan rakyat telah dilakukan.

Yang paling penting, dalam setiap program transformasi itu, tidak ada sesiapa yang terpinggir atau diketepikan. Setiap program yang dilaksanakan membabitkan setiap peringkat rakyat sama ada yang miskin, tua dan muda, malah yang di bandar serta luar bandar tanpa mengira latar belakang kaum dan fahaman politik.

Bagi rakyat yang berfikiran waras dan matang, mereka tentu dapat melihat dengan jelas transformasi yang dibawakan Najib dalam tempoh empat tahun menjadi Perdana Menteri - jauh mengatasi reformasi retorik puak pakatan.

Read more »

Lim Guan Eng Punca Kekalahan DAP


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikatakan angkuh selepas bertindak memekakkan telinga terhadap bantahan ahli-ahli akar umbi parti itu berhubung pemilihan calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong, parti cauvinis Cina itu juga dilihat membelakangkan Perlembagaan parti tersebut selepas bertindak menempatkan ahli-ahli tidak berpengalaman sebagai calon.

"Dalam Perlembagaan DAP, seseorang yang akan bertanding di bawah parti itu perlu mempunyai tempoh keahlian sekurang-kurangnya 24 bulan atau dua tahun. Meskipun termaktub dalam Perlembagaan DAP, Guan Eng dengan angkuh membelakanginya dengan meletakkan calon yang menyertai parti tersebut tidak sampai dua tahun," katanya.

Beliau mengulas tindakan kira-kira 100 ahli DAP yang mengadakan demonstrasi semalam bagi membantah pengguguran penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa dalam pilihan raya umum akan datang.

Jenice semalam disahkan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN tersebut.

Jelas Lum Yong, kepincangan DAP dalam percaturan pilihan raya umum kali ini semakin jelas selepas berlaku penolakan besar-besaran ahli-ahli akar umbi yang prihatin dengan nasib parti tersebut.

Menurutnya, kepimpinan parti itu sepatutnya mendengar suara hati ahli mereka dan bukan terus menyombong diri serta meneruskan polisi-polisi mementingkan diri dan kroni mereka semata-mata.

"Pemimpin DAP perlu sedar parti itu semakin pincang, mereka tidak perlu bersikap bongkak kerana ego masing-masing, sebaliknya mengakui kesilapan percaturan sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli akar umbi," katanya.

Read more »

PAS Sudah Main Belakang Anwar


Baru beberapa hari berlalunya penamaan calon, orang PAS dan PKR sudahpun bertempur dibeberapa tempat. Ada calon PKR, PAS pun letakkan calon. PAS lakukan semua ni atas alasan, wakil PKR itu penjual pil kuda, pemuja komunis dan lain lain.

Malah Hj hadi sendiri mendakwa tindakannya adalah untuk menyelamatkan Pakatan, menghalang syaitan syaitan masuk didalam Pakatan. Tapi yang menggelikan hati, tidakkan Hj Hadi sedar, yang Bapak Syaitan sudahpun menjadi ketua didalam Pakatan. Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim.

Malah didalam PAS juga ada syaitan. Syaitan tua yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu cuma budak kampung biasa, syaitan yang bertopengkan manusia menghenjut janda, syaitan yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan Baginda dengan video lucah.

Hj Hadi juga menggadaikan kalimah Allah s.w.t kepada pihak nasrani. Tidakkah dia sedar dia juga sudah menjadi salah satu syaitan didalam Pakatan ?

Nik Aziz juga mengaku sanggup terima bantuan syaitan apa cerita ?

Read more »

Pelajar UMP Lemas


Kegembiraan tiga pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama berakhir dengan tragedi selepas dua daripada mereka mati lemas di Pusat Rekreasi Air Terjun Berkelah di Maran petang ini.

Mangsa ialah Amir Fahmi Othman dari Pulau Pinang dan Mohd. Kamal Ismail dari Pasir Gudang, Johor, yang kedua-duanya berusia 20 tahun.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang.

Katanya, sebanyak enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dikejarkan bagi menjalankan operasi menyelamat dengan dibantu Unit Penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.

"Kedua-dua mangsa ditemui di lokasi kejadian pada pukul 6.05 petang. Salah seorang mangsa yang juga rakan mereka dipercayai trauma akibat kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) di sini untuk bedah siasat manakala rakannya yang trauma juga dihantar ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan.

Read more »

Monday, April 22, 2013

ALBUM: PENAMAAN CALON DI PARLIMEN LIPIS

Calon-calon BN bagi kerusi Parlimen dan dun-dun di parlimen Lipis



P.79 - LIPIS : ABDUL RAHMAN BIN MOHAMMAD 
N3 - PADANG TENGKU : MUSTAFAR LONG
N4 - CHEKA : FONG KOONG FUEE 
N5 - BENTA :MOHD SOFFI BIN ABDUL RAZAK


Calonp-calon mutakhir bagi kerusi-kerusi parlimen dan dun-dun di parlimen Lipis adalah sebagaimana diatas. Ada berlaku sedikit perubahan disaat-saat akhir dimana calon yang telah diwatikahkan telah bersetuju mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada Ketua UMNO Bahagian untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Lipis.

Dato' Shahrom Osman yang telah menjadi ahli Parlimen Lipis selama 2 penggal telah bersetuju memberikan laluan kepada Dato' Abdul Rahman yang sebelum ini dicalonkan di DUN padang Tengku. 









Pemerhati yang nekad berada dibumbung Balai Polis Kuala Lipis

 Kawalan keselamatan yang terjamin





 Cikgu Ahmad Sudin, orang kuat yang akan memastikan undi dun Cheka 
sepenuhnya menjurus kepada calon BN di dun dan parlimen





 Dato' Suhaimi turut hadir memberikan sokongan



Penyokong pembangkang yang taksub kepada parti































Read more »

KHALID SAMAD DITOLAK PAS SHAH ALAM




Shah Alam - Khalid Samad, calon Pas kerusi Parlimen Shah Alam kelihatan cuba menyalahkan pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Mohd. Jaafar Atan di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam Sabtu lepas.

Ini berlaku apabila pengumuman namanya oleh Mohd. Jaafar di pekarangan dewan itu tidak disahut langsung dengan laungan 'takbir' atau sorakan daripada para penyokongnya sendiri. Tetapi sorakan sokongan daripada para penyokong BN kepada saingannya, Zulkifli Noordin lebih ketara.

Ini menyebabkan Khalid kelihatan 'naik angin' sambil perlahan menyebut 'please respect' (tolong hormat) untuk penyokongnya. Dan pada masa sama Mohd. Jaafar dengan riak kurang selesa, sekadar berbisik kepada staf Suruhanjaya Pilihan Rayanya: "Rasanya mereka (penyokong Khalid) dengar sebab (masing-masing kumpulan penyokong parti) dalam had 50 meter dah."

Khalid, 55, diakui agak 'tersepit' di Shah Alam. Ketika wartawan menghampiri Zulkifli menanyakan kepincangan-kepincangan yang telah Pas lakukan kepada penduduk Shah Alam, peguam itu sekadar berkata: "Apa nak saya ceritakan lagi, saya fikir penduduk Shah Alam sudah tahu apa yang Pas khususnya Khalid Samad, DAP dan PKR lakukan dalam lima tahun di sini. Saya tak akan menyebut lagi apa kepincangan Pas, sebaliknya saya lebih suka menawarkan apa yang ingin kita (BN) berikan kepada penduduk Selangor terutama Shah Alam."

Zulkifli, 50, nampak tidak tertekan dengan kehadiran para penyokong Pas dan PKR. Malahan suatu ketika dalam menghargai kehadiran penyokong BN yang memenuhi jalan di depan sebuah restoran nasi kandar berdekatan, dia dijulang pula oleh sekumpulan penyokong India. Ia merupakan kumpulan sama yang 'menyoraknya' di Seksyen 11 Khamis lalu.

Khalid realitinya akan menerima tentangan sengit daripada Zulkifli. Nama Khalid agak tercalar apabila bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini mendedahkan dialah yang selama ini menjadi 'parasit' dalam Pas.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam itu didakwa oleh Hasan yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor pada 13 Januari 2012 sebagai sering dilihat mengeluarkan kenyataan kontroversi tentang Islam. Malahan selain itu Khalid merupakan individu paling lantang menentang usaha Hasan untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit dan serbaneka di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Khalidlah juga yang beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai sebuah gereja. Bukan Hasan sahaja mempunyai persepsi begitu terhadap Khalid, Zulkifli demikian juga.

Zulkifli sebelum ini pun meluahkan rasa kesalnya dengan kenyataan Khalid yang menyuarakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 - yang membenarkan permohonan kumpulan Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan Allah bagi ganti nama God dalam penerbitan mereka.

Dan nada sama diluahkan terhadap ungkapan Khalid yang cuba 'memajukan idea' bahawa kematian anggota-anggota keselamatan di perbatasan di Lahad Datu dan Semporna tempoh hari sebagai 'skrip UMNO dan BN untuk terus berkuasa'. Ini juga dibidas banyak pihak.

Barangkali penduduk Shah Alam, yang didiami masyarakat pelbagai taraf pendidikan memahami rentak dan taktik parti-parti yang bertanding untuk meraih undi mereka.

Tapi hakikatnya Shah Alam tidak seperti lima tahun dulu. Pusat hiburan dan hotel- hotel bajet semakin bercambah. Pawagam tujuh panggung pun sudah ada. Satu undi amat berharga bagi penduduk Shah Alam.

Read more »

Sunday, April 21, 2013

ALBUM PENAMAAN CALON PARLIMEN RAUB


P80 Raub Datuk Hoh Khai Mun
N6 Batu Talam Datuk Abdul Aziz Kiram
N7 Tras Wing Lay Hiang
N8 Dong Datuk Shahiruddin Ab. Moin






Sokongan orang Raub kepada calon BN memberi tamparan hebat kepada calon melayu DAP, Arif Sabri AKA SuckMongkol yang bertanding kerusi Parlimen, menentang calon BN, Datuk Hoh Kai Mun.

Read more »

share2