Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, September 2, 2013

SEMAI SEMANGAT PATRIOTIK - ROSMAH


TEMERLOH - Masyarakat terutama generasi muda disaran menyemai semangat patriotik dengan menyertai program yang dapat menaikkan semangat cinta kepada negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dalam usia kemerdekaan yang melebihi setengah abad, masih terdapat sebilangan masyarakat khususnya golongan muda kurang arif mengenai peranan serta erti kemerdekaan sebenar.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menyemai kembali semangat patriotik dan cintakan negara khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Anjurkanlah program serta aktiviti yang bermanfaat. Namun, perlu diingat bahawa sebarang program hendaklah mengikut rentak anak muda masa kini supaya dapat menarik minat mereka menyertainya dan seterusnya menanam semangat patriotisme," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Temerloh dan Penyampaian Kain Ihram Kepada Bakal-Bakal Haji 2013 di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.

Rosmah berharap generasi muda tidak terlalu taksub dengan fahaman atau sebarang ideologi yang akan membinasakan negara kelak.

Dalam pada itu, beliau memuji usaha Dewan Undangan Negeri Lanchang menyumbangkan kain ihram kepada 55 bakal haji bagi meringankan beban perbelanjaan para jemaah.

"Hakikatnya, membantu para jemaah dalam menunaikan ibadat haji merupakan satu usaha murni di sisi Islam," ujarnya.

0 comments:

share2