KUANTAN - Pelaksanaan program dan projek di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) perlu diperluaskan di luar Zon Khas ECER (ECER SEZ) yang membabitkan tiga kawasan utama iaitu Kuantan, Pekan dan Gambang.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu penting demi memastikan seluruh rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada program dan projek yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
"Pertumbuhan ekonomi oleh ECER SEZ membabitkan beberapa kawasan seperti Taman Petrokimia Bersepadu Gebeng dan Taman Industri Halal Gambang bukan sahaja menarik pelabur asing tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
"Oleh itu, ECERDC mungkin boleh memperluaskan program tersebut untuk memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menikmati faedah," katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat anjuran ECERDC.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.
Adnan berkata, tumpuan terhadap pembangunan sosio-ekonomi akan dapat membantu rakyat daripada segi peluang pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan.
Menurutnya, peranan dimainkan ECERDC sepanjang lima tahun kewujudannya sudah banyak memberi kesan positif terhadap pembangunan di negeri ini.
"Antaranya dua program di bawah ECERDC yang berjaya memberi manfaat kepada rakyat iaitu Program Empower yang telah diperluaskan ke beberapa daerah lain di negeri ini seperti di Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan Kuala Pahang.
"Selain itu, projek pembasmian kemiskinan yang turut dilaksanakan adalah projek Agropolitan di Pekan dilaksanakan di Runchang, Batu 8 dan Tanjung Batu melibatkan 415 keluarga termasuk komuniti Orang Asli," katanya.
Katanya, Pahang merupakan negeri yang menerima pelaburan tertinggi di ECER dengan komitmen pelaburan bernilai RM23.55 bilion sejak wilayah itu ditubuhkan lima tahun lalu.
majukan ajerlah Kuantan dan Pekan tu, daerah lain boleh cuma tengok ajerlah.. Nak tgk macam temerloh dan lain2 dapat projek besar2 agak2nya lagi 10 tahun belum tentu..