MASYARAKAT pelbagai kaum yang dibangga-banggakan selama ini sudah berubah. Mereka semakin berani melanggar 'pantang larang' dalam menjaga tatasusila hidup dalam masyarakat berlainan agama, bahasa dan adat resam. Mereka tidak mahu menjaga sensitiviti antara kaum, sebaliknya ada segelintir yang terang-terang melanggar apa yang dilarang sebelum ini.
Contoh terbaharu keberanian generasi kaum bukan Melayu yang mahu menonjolkan imej berbeza melalui filem The New Village dan kini ditangguh tayangannya. Kemudian mereka mahu mempertikai dan terus timbulkan isu yang ditonjolkan dalam filem Tanda Putera yang kini ditayangkan setelah tertangguh setahun lalu.
Golongan muda terutama daripada kaum bukan Melayu itu lakukan pendekatan berani mempromosikan komunis sebagai hero adalah atas nama kebebasan bersuara. Persepsi masyarakat ini menunjukkan seolah-olah generasi sekarang tidak peduli lagi soal sensiviti antara kaum.
Apabila isu ini dilontarkan kepada Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar (gambar), beliau berpendapat keadaan persekitaran dan perubahan transformasi maklumat yang menyebabkan semua ini berlaku. Sebab itu Jamawi mahu ditekankan dan diperkasakan prinsip-prinsip Rukun Negara.
"Jika kita boleh memperkasakan dengan memberi tunjuk ajar daripada peringkat awal hinggalah ke peringkat dewasa berkenaan prinsip-prinsip Rukun Negara, kemungkinan anak-anak muda akan memahami.
"Tetapi apa yang berlaku sekarang kita berdepan masalah persepsi dalam kalangan kelas pertengahan. Mereka ini lebih lantang, lebih terbuka dan lebih liberal," jelas Jamawi dalam pertemuan pada sambutan Merdeka Raya di Bangunan Mara, Khamis lalu.
Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah itu tidak menolak ini adalah hasil pendidikan yang mereka terima bukan dari dalam negara tetapi mereka melihat di luar negara - bagaimana keterbukaan tanpa ada rasa saling menghormati antara agama dan kaum yang diamalkan di negara yang mereka belajar dan dibawa pulang ke negara ini dan mereka mahu perkara seumpama itu menjadi amalan biasa.
Memandangkan situasi begini maka Jamawi menggesa kerajaan mengadakan satu peraturan dan penguatkuasaan. "Undang-undang sudah ada, cuma kita perlukan penguatkuasaan."
Negara kita kini berhadapan dengan persepsi negatif yang melampau terhadap pemimpin Melayu. Jika timbul kisah kematian seseorang yang disyaki penjenayah di lokap polis, ia boleh mengundang beribu-ribu orang untuk berarak tunjuk perasaan atas kematian itu.
"Tetapi kalau kaum Melayu yang berarak seperti itu, kita pula akan menghadapi masalah besar dituduh macam-macam. Kita dihalang melakukannya kerana diminta menjaga sensitiviti kaum-kaum lain. Sekarang kesabaran orang Melayu terus diuji," kata pemimpin muda Sabah itu.
Beliau mengakui negara sudah berada dalam perang persepsi. Untuk mengatasi masalah persepsi ini kita kena kuasai media baharu supaya kita juga mampu perjelaskan isu-isu.
"Sekarang masyarakat tidak menilai berdasarkan laporan media massa, tetapi mereka menilai daripada tulisan dalam blog-blog dan laman sosial yang lain sehingga menimbulkan perang persepsi.
"Senjata ini digunakan oleh pihak pembangkang dan berjaya dilaksanakannya. Sekarang kerajaan atau parti Barisan Nasional kena perkasakan laman sosial untuk mengatasi perang persepsi ini," jelas Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah itu.

0 comments:
Post a Comment