Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 22, 2013

ISU PENCEROBOHAN TASIK BERA SUDAH LAMA DIBERI PERHATIAN



Berikutan pendedahan mengenai pencerobohan Tasik Bera seperti yang didedahkan didalam Utusan Malaysia, masalah ini sebenarnya sudahpun diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Malah tindakan penguatkuasa pernah dijalankan oleh Pejabat Tanah Bera bersama pihak polis.

Walaubagaimanapun kerja kerja penguatkusaan berjalan perlahan menjelang PRU lepas kerana masalah masalah tertentu. Namun penguatkusaan akan terus dijalankan. Pihak penceroboh ini terdiri daripada pengusaha besar menggunakan orang asli disekitar kawasan berkenaan untuk menjalankan aktiviti haram itu. Selain itu, tangkapan dan penyitaan mesin juga pernah dilkukan terhadap penceroboh berkenaan.

Oleh itu isu ini sebenarnya adalah isu lama. Sehingga kini pihak berkuasa sentiasa memantau aktiviti aktiviti pencerobohan di Tasik Bera untuk menggelakkan ianya menjadi semakin berleluasa. Pihak berkuasa juga faham Tasik Bera adalah kawasan Ramsar yang diiktiraf dunia oleh itu perhatian sewajarnya telahpun diberikan. Pihak berkuasa amat berharap kerjasama orang ramai untuk memantau aktiviti pencerobohan Tasik Bera daripada berulang.

2 comments:

  • Anonymous says:
    July 22, 2013 at 10:22 AM

    tk payah nak wayang la. koi anak pahang. duk dekat tasek bera,, lagipun sekadar bagi alasan sial untuk lepaskan diri buat apa.

    1. klu ikut laporan tv3. dah lebih 2 tahun .. jabatan hutan buta mata ke? tak npk tiap2 hari ada lori kuar masuk bawak balak dari bera keluar ikut jln krayong.

    2. alasan bg pemantauan slow bila tiba pru 13. apasal slow. jabatan hutan tk ada kna mengena dgn petugas pilihanraya. bangang nak mampus. sebab umno pahang sapu duit balak untuk guna pilihanraya.

    simpulnya,, benda ni k'jaan ngri yg dipimpin oleh adnan potong telingammg dh tau. tp sbb ada kpntingan maka yang haram dihalalkan. yang trima akibat anak bangsa dkt tasek bera dan alam fauna.

    dunia bole lepas .. tp akhirat sana tgg la .. aku pun doakan agr allah tk ampun dosa org secelaka ni.

  • Anonymous says:
    July 22, 2013 at 10:22 AM

    klu berani siarkn komen tu bg org baca

share2