Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 2, 2013

Pengguna Facebook Biadap


Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan malam tadi sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dalam titah ucapan itu, Seri Paduka mahu rakyat negara ini akur dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah ditentukan mereka sendiri.

Titah Seri Paduka itu dipersendakan oleh seorang pengguna Facebook seperti yang didedahkan oleh laman blog Whats Up Brades.

Blog itu turut menyentuh secara khusus kata-kata biadab yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial terbabit.

"Kurang ajar betul puak-puak ni.. tak ada hormat langsung dan mempersenda ucapan DYMM Yang di-Pertuan Agong. Syabas kepada anda semua. Kalau ikut hati, banyak lagi gua nak sembur dan maki, tetapi tak apalah gua cuba tingkatkan kesabaran," demikian menurut blog tersebut. - Utusan Malaysia

1 comments:

  • Anonymous says:
    June 2, 2013 at 2:56 PM

    Kita ramai2 hantar aduan kat majikan cina ni suopaya dia dibuang kerja-info@my.loreal.com

share2