Kedai Rakyat 1 Malaysia Cawangan Jerantut
Jerantut - Kita berbangga dengan pembukaan 'Kedai Rakyat 1 Malaysia' diseluruh negara. Rakyat yang berpendapatan rendah juga turut gembira kerana dapat bebelanja membeli barang keperluan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Sebilangan pengamal media sosial, kerana marahnya terhadap parti tertentu melancarkan kempen 'Buy Malay First'. Kesedaran ini sangat penting kepada masyarakat berbangsa Melayu bukan kerana perbezaan kaum dan agama namun keperhatinan terhadap kebersihan dan status halal barangan berkenaan yang diutamakan. Harap kali ini kita benar-benar berusaha kearah itu dengan bersungguh-sungguh dan Kedai Rakyat 1 Malaysia adalah pilihan utama kita.
Bagaimanapun keraguan mula timbul apabila khabarnya ada sebahagian barangan yang sudah dinaikkan harga sementara barangan lainnya sudah mula susah didapati di kedai 1 Malaysia. Apakah sebab musababnya mesti kita ketahui. Adakah ini ada unsur-unsur sabotaj golongan tertentu kerana tidak ingin kaum lain menguasai ekonomi serta terus ingin memonopolinya?
Saya teringat lama dulu kita ada 'Kedai G-Mart' dibawah Pernas Edar yang konsepnya hampir sama dengan Kedai 1 Malaysia ini. Kemana menghilangnya? Masalah yang dihadapinya adalah kekurangan bekalan yang membuatkan akhirnya pelanggan 'lari' ke kedai lain. Siapa dibelakang usaha itu? Kedai 1 Malaysia juga mungkin akan berakhir dengan nasib yang sama jika kerajaan tidak benar-benar memastikan kelicinan pengurusannya.
Lan Jingga di Kedai Rakyat 1 Malaysia Jerantut
0 comments:
Post a Comment