Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 23, 2013

Akhbar Pembangkang Dirampas Kerana Memfitnah


Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.

Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.

"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu. - BERNAMA

1 comments:

  • Anonymous says:
    May 23, 2013 at 8:07 PM

    Bebenornya YAB Dato Sri Najib dapat menjalankan amanah mentadbir sebuah kerajaan Malaysia kerana hakikat kuasa mutlak ini anugerah sebenar Rakyat Malaysia melalui PRU 13 juga dengan izin Allah s.w.t. JIka sebelum ini menjadi PM dengan kapasiti selaku Presiden UMNO warisan dari Tun Abdullah sahaja. Kali ini barisan menteri dan segala struktur adalah genuine berlandaskan mandate rakyat pada PRU 13. Syabas Dato Sri Najib moga anda terus mendapat bimbingan Allah dalam usaha mentadbir Negara menuju Jalan Jaya yang aman dan harmoni. Setiap anasir negative yang cuba digerak oleh pakatan haram pembangkang akan dibendung habisan. Pok Nik pun dah hilang cengkaman dewanya. Nuar dajal pun dah makin lemas dimakan nanah dosa-dosa besarnya.. Selagi umat Islam Malaysia bersatu Insya Allah Negara ini akan terus maju dan Berjaya.


    Man Beliung.

share2