Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 2, 2013

MENTERI BESAR MERASMIKAN PECAHTANAH PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

YAB MB Pahang merasmikan pecah tanah Perpustakaan Awam Pahang


Kuantan 1 April 2013 - Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Perpustakaan Awam Pahang di Kemunting.

Bangunan berkenaan akan dibina di Jalan Tanah Putih, Kemunting, Mukim Kuala Kuantan diatas tapak seluas 1,618 hektar.

Bangunan Baharu Perpustakaan Awam Pahang itu direka bentuk dengan dua blok dan setiap satu terdiri dari 3 tingkat bagi menyediakan berbagai jenis perkhidmatan kepada pelbagai lapisan dan pelbagai latarbelakang masyarakat.

Bangunan yang bakal menjadi mercu tanda keilmuan Negeri Pahang Darul Makmur ini akan memaparkan rekabentuk yang menarik dan moden serta dijangka siap pada tahun 2015.



MB berserta isteri dan Dato' Shahaniza Shamsuddin


Taklimat mengenai pembinaan bangunan perpustakaan


MB mengendalikan jentera ketika memecah tanah

1 comments:

  • ajax85 says:
    April 2, 2013 at 1:55 PM

    syukur dah bermula..hehehhe

share2