Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 31, 2013

GERAK MESRA KOMUNITI 1MALAYSIA NEGERI PAHANG




Pada semalam dan hari ini (30 dan 31hb Mac 2013) berlangsung program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Negeri Pahang bertempat di Markaz Wilayah Laut 1, Pengkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

Program selama 2 hari berturut-turut itu telah diresmikan oleh Menteri Bessar Pahang YAB Dato' Sri Di Raja Adnan Yaakob. Selain dari pameran oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta pihak TLDM sendiri menawarkan lawatan ke beberapa buah kapal yang berlabuh disitu anu.taranya KD Terengganu, KD Handalan dan beberapa lagi.

Orang awam mendapat peluang untuk memasuki dan melihat beberapa kelengkapan tentera yang dipamerkan selam 2 hari itu.

Beberapa acara sukan turut juga diadakan, selain itu pertandingan memasak juga turut menarik perhatian dan penyertaan hadirin.









  




Read more »

Friday, March 29, 2013

Usah Biarkan Minda Dijajah Media Pembangkang


USIA pasukan polis dari zaman penjajah pada tahun 1807 hingga kini ia dikenali sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjangkau 206 tahun. Lebih dari dua abad, dan ini menunjukkan kematangannya sebagai sebuah pasukan yang dibentuk dengan fokus menjaga keamanan dalam negara dan pesisir pantai.

Cabaran terbaharu wira kita kini adalah mereka diduga dengan serangan pengganas yang mengaku datang menuntut hak milik nenek moyang mereka.

Betapa sebuah negeri yang kita panggil negeri di bawah bayu sejak kita lahir, dan ia adalah Sabah sebuah negeri berdaulat dalam negara Malaysia yang merdeka, tiba-tiba kita mahu mengatakan bahawa ia bukan milik kita semata-mata kerana seorang raja yang menganggap sejarah boleh ditafsir menurut kefahamannya dan undang- undang menyebelahinya dengan bantuan pencacai-pencacai antarabangsa yang sememangnya dengki dan tidak suka melihat rantau sebelah Asia Tenggara kekal aman hingga ekonominya digeruni blok Barat.

Janganlah kita dijajah lagi dari segi teknologi perhubungan dan gajet moden sebagaimana penjajahan fizikal dan minda oleh Barat dan Jepun satu masa dahulu. Dunia globalisasi yang diperkenal oleh Barat melalui teknologi perhubungan dan komunikasi (ICT) menyebabkan segala perkara yang tidak terfikir oleh kita telah terjadi hari ini.

Read more »

Thursday, March 28, 2013

PR1MA Perlu Diperluas Ke Seluruh daerah


KUANTAN - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membina 20,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di tiga kawasan utama di negeri ini iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Presiden MBNP, Khairul Amin Osman berkata, tawaran itu sangat realistik ketika harga rumah semakin meningkat, namun kerajaan masih berusaha merealisasikan impian agar setiap golongan memiliki rumah tanpa sebarang halangan.

"PR1MA ini akan dapat memenuhi permintaan golongan muda di negeri ini untuk memiliki rumah yang merupakan harta paling bernilai. Setakat ini, statistik Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri menunjukkan sebanyak 40,000 permintaan terhadap rumah kos rendah," katanya.

Perdana Menteri ketika berucap dalam siri terakhir Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 di sini Sabtu lalu, mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di negeri ini.

Projek tersebut merupakan sebuah pembangunan bersepadu untuk menampung keperluan perumahan mampu milik bagi penduduk di tiga kawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Khairul Amin berkata, setiap rakyat terutama golongan belia mesti merebut peluang ditawarkan untuk memiliki kediaman sendiri.

"Cuma apa yang kita harapkan lebih banyak rumah ini akan dibina, bukan sahaja di Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar, malah kalau boleh perumahan ini perlu dibina di setiap daerah di negeri ini. Ini bagi membolehkan golongan belia yang berada di seluruh daerah di negeri ini berpeluang untuk memiliki rumah pada harga murah dan berpatutan," katanya.

Read more »

P Bala Terus Menghantui Pakatan


Kematian penyiasat persendirian Balasubramaniam A/l Perumal akibat sakit jantung sehingga kini masih ditangisi kaum keluarga dan sanak saudaranya. Ada di kalangan mereka menyalahkan PR kerana terlalu mendesak mendiang untuk aktif di atas pentas ceramah sebagai punca kematiannya.

Dikira dari segi fakta klinikal memang ada logiknya memandangkan seseorang yang mempunyai masalah jantung biasanya perlu banyakkan berehat dan senaman ringan.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai PI Bala, sebelum kematiannya pernah terjatuh ketika berceramah di Kota Bharu, hasil pemeriksaan kesihatan mengesahkan beberapa saluran arteri ke jantung mendiang tersumbat.

Jika PR prihatin dan tidak terlalu mendesak sebaliknya memberi peluang mendiang PI Bala berehat sementara menunggu selesai pembedahan pintasan jantung yang telah ditetapkan, ada kemungkinan kematiannya dapat dielakkan.

Tapi takdir menentukan ajal mendiang sudah sampai maka kita semua seeloknya sama-sama mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Bagaimana pun, kematian mendiang rupanya masih menjadi buah mulut sesetengah pihak dalam PR apabila ada yang menganggap tindakan membawa penyiasat persendirian itu pulang ke Malaysia untuk membantu PR hanya kerja sia-sia dan merugikan PR.

Pandangan itu rupanya turut dikongsi sama oleh sebuah portal pro PR yang terkenal dengan sikap kritis iaitu suarapakatanrakyat.com dalam artikelnya bertajuk "Strategi Bawa Pulang Bala, Bencana Untuk Pakatan Rakyat".

Menurut laman itu, PI Bala adalah seorang bekas anggota polis yang pernah memiliki rekod salah laku buruk semasa berkhidmat dalam PDRM. Antara kesalahan yang pernah dilakukannya termasuklah menculik (Akta Culik) dan menampar orang awam (Akta kelakuan Tidak Senonoh).

Berdasarkan rekod buruk sedemikian, portal itu berpandangan ia memberi kesan buruk terhadap imej PR sekaligus menjejaskan kepercayaan umum terhadap kempen PR mengenai isu Altantuya.

Kebimbangan yang diluahkan oleh portal itu ada asasnya. Mana mungkin orang ramai mahu meletakkan kepercayaan pada cerita seorang bekas anggota polis yang memiliki rekod buruk sedemikian.

Lagi pun sehingga saat kematiannya, PI Bala tetap enggan menjelaskan isu wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya sebaliknya telah di songlap olehnya.

Itu belum lagi dikira dari segi kredibiliti mendiang yang kerap membuat Akuan Bersumpah (SD) bersilih ganti dan saling bercanggah di antara satu sama lain untuk satu isu yang sama.

Dengan segala macam rekod buruk di atas, memang agak sukar untuk khalayak umum mengambil peduli atas setiap percakapan mendiang. Namun demikian, suarapakatanrakyat.com telah terlambat dalam menegur parti pujaannya, nasi sudah menjadi bubur dan sudah tiada gunanya lagi. - Beruang Biru

Read more »

FOZIAH PERTIKAI KEMAMPUAN PAKATAN???



Nampak gayanya, memang Si Foolziah Thoron tu sekarang ni sudah goyang apabila laluan untuk dia kekal di Parlimen Kuantan menjadi semakin sukar.

Dengan pelbagai isu yang dicetuskan oleh Wong Tak sebelum ini telah membuatkan Si Foolziah tu semakin ditolak oleh rakyat tempatan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan tu dikecam oleh penduduk tempatan kerana kurang memberikan sumbangan terutama ketika mereka dilanda banjir baru - baru ni.

Tambah menyukarkan Foolziah ialah apabila ada segelintir ahli PKR sendiri mula mempertikaikan kredibiliti Si Foolziah secara diam - diam.

Jika sebelum ini, Si Foolziah tu bukan main lagi mendabik dada kononnya mengatakan yang dia banyak bagi bantuan sumbangan kepada rakyat.

Walhal, sumbangan yang diberikan hanya sekadar untuk kroni - kroni dia je. Bukan dia bagi sumbangan kepada semua orang yang ada didalam kawasan dia.

Perkara ini jelas apabila ada pihak menyatakan bahawa Si Foolziah tu pernah merungut apabila ramai orang datang dan nak mintak duit je dari dia.

Mungkin disebabkan kerana ketidak-mampuan Si Foolziah tu telah mengakibatkan dia mengecam tindakan Kerajaan yang memberi peruntukan kepada rakyat.

YAB Perdana Menteri sewaktu mengakhiri Jelajah Janji Ditepati baru - baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Peruntukan tersebut diberikan kepada rakyat Kuantan untuk menyelesaikan masalah jalan raya dan masalah banjir yang sering menjadi isu utama di Kuantan.

Nah!!! Disebabkan itulah Si Foolziah ni meroyan tak tentu arah. Dia yang jadi Ahli Parlimen selama hari ini pun masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Dan, yang paling menghairankan kita ialah apabila Si Foolziah tu mempertikaikan pasal perkhidmatan Rapid Kuantan yang dilancarkan sebelum ini.

Kalau diikutkan, sewaktu awal pelancaran perkhidmatan bas tersebut, Si Foolziah ni yang mula - mula sekali mendabik dada kata dia yang perjuangkan perkara tersebut.

Sekarang, dia pulak yang mempersoalkannya apabila mendakwa perkhidmatan bas tersebut tidak mencakupi keseluruhan kawasan pendalaman.

Kesimpulan mudah bagi kita rakyat Malaysia ni apabila melihat perangai hodoh puak - puak Pakatan ni. Diorang ni jenis manusia yang tak reti nak bersyukur dan tak bersabar. Tu pasal la diorang suka meroyan benda yang bukan - bukan!!!

Read more »

Tuesday, March 26, 2013

Khazanah Alam Perlu Dipulihara


PEKAN - Hutan merupakan khazanah alam yang amat berharga dan perlu terus dipulihara dan diuruskan dengan cekap untuk memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan masyarakat sejagat.

Dari khazanah inilah, terbit pelbagai produk dan perkhidmatan berasaskan hutan yang boleh terus dimanfaat secara berkekalan oleh generasi pada hari ini dan akan datang.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, peranan hutan dan alam sekitar adalah amat penting dari segi nilai sosioekonomi dan estetika.

"Semakin tinggi kebergantungan masyarakat kepada sumber hutan, maka semakin tinggi jugalah keperluan untuk mengurus dan memelihara kawasan hutan dan sumber biodiversiti secara berkekalan,

"Kita tidak pernah lupa, usaha menjaga hutan sebenarnya banyak memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat melalui penglibatan aktif mereka bersama-sama dalam aktiviti pemuliharaan dan pemuliharaan hutan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan di sini, baru-baru ini yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ab. Rahim Nik.

Douglas Uggah berkata, Malaysia sehingga kini masih mengekalkan sejumlah 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan seiring dengan kepesatan pembangunan negara.

Menurutnya, pencapaian tersebut perlu dibanggakan kerana negara berjaya memenuhi komitmen kepada dunia untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan.

"Komitmen ini adalah selari dengan dasar perancangan guna tanah strategik negara yang telah mengambil kira pelbagai aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam garapan Wawasan 2020. Menjelang 2020, kita bukan saja perlu maju dalam aspek angka tunjuk ekonomi tetapi perlu memastikan khazanah sumber hutan dipulihara dan diuruskan mengikut acuan pembangunan yang seimbang," katanya.

Beliau berkata, untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan Persekutuan setakat ini telah memperuntukkan RM105.3 juta bagi 2011 hingga 2014 dalam usaha mengurus dan membangunkan hutan di seluruh negara.


Sementara itu, mengenai Kempen Menanam 26 juta pokok yang telah disasarkan untuk dicapai menjelang 2014, beliau berkata, sehingga kini sebanyak 42.13 juta pokok telah berjaya ditanam mencakupi kawasan seluas 52,608 hektar.

"Ini bermakna, kita telah mencapai sasaran yang ditetapkan, malahan telah melebihi sasaran sebenar sebanyak 16.13 juta.

"Pencapaian ini tentunya tidak akan dapat dicapai tanpa komitmen yang tinggi daripada rakyat Malaysia," katanya.

Read more »

Penguatkuasaan Diperhebatkan Demi Pemuliharaan Hutan


PEKAN - Pihak berwajib terutama Jabatan Perhutanan Negeri perlu melakukan penguatkuasaan hutan dengan tegas bagi mengelakkan aktiviti penebangan pokok secara haram terus berleluasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penguatkuasaan undang-undang itu juga perlu bagi memastikan khazanah warisan dunia itu tidak pupus dan terus terpelihara.

"Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberi kesan negatif kepada flora dan fauna dapat dikurangkan.

"Memang sukar untuk kita mengelakkan pencerobohan, sebab itu saya seru supaya penguatkuasaan hutan ini dilipatgandakan dan dilakukan dengan teliti," katanya.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan di sini, baru-baru ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri sentiasa meletakkan kepentingan pemuliharaan hutan sebagai agenda utama dalam dasarnya bagi memastikan khazanah alam itu terus terpelihara.

"Kita akan memastikan hutan-hutan yang diteroka ditanam semula pokok untuk mengekalkan jumlah keluasan kawasan hutan di negeri ini. Sebab itu, sehingga kini terdapat kira-kira 57 peratus daripada kawasan tanah di Pahang yang dilitupi hutan," katanya.

Menurutnya, pengekalan hutan boleh menjamin sumber air mentah negeri, memelihara sumber kepelbagaian biologi, baka genetik dan biogenetik serta hidupan liar.

"Isu-isu alam sekitar seperti penjagaan kebersihan dan kualiti air, udara, tanah serta sungai merupakan cabaran-cabaran alam sekitar yang perlu dihadapi.

"Oleh itu, kerajaan dari semasa ke semasa menggubal dasar-dasar dan peraturan yang dapat meningkatkan lagi tadbir urus alam sekitar ini bagi kepentingan rakyat," katanya.

Apa yang penting katanya, setiap rakyat perlu menyokong Kempen Menanam 26 juta pokok bagi mencetuskan rasa sayangkan alam sekitar demi membantu generasi akan datang menikmati kehidupan yang sihat.

Read more »

PKR Amalkan Politik Songsang


CUBA fikirkan sejak Pilihan Raya Umum 2008 apa yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lakukan dalam usaha mereka untuk mencari pengaruh politik.

Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.

PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan.

Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.

Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.

Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.

Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.

Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.

PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara.

Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama.

Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.

Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.

PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu.

PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk.

Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.

Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah.

Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.

Perbalahan

PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.

Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.

Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara.

Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu.

Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu.

Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang.

Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.

PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas.

Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.

Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok.

Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.

Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.

Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya Pas yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'. - Sumber

Read more »

Semangat Polis Terus Membara


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyambut ulang tahun ke-206. Ketika hampir menginjak usia ke 206 tahun, siapa sangka pasukan itu diuji dengan insiden pencerobohan militan di Sabah.

Peristiwa mencatat sejarah itu berlaku selepas lebih 20 tahun negara bebas daripada ancaman komunis. Ia turut menjadi detik hitam kepada PDRM apabila lapan anggota polis terkorban manakala dua lagi dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lebih menguji PDRM apabila ada pihak tertentu yang memperlekehkan peranan PDRM.

Ketua Polis Negara, TAN SRI ISMAIL OMAR menegaskan perjuangan dan pengorbanan anggotanya yang gugur tidak sia-sia. Di sebalik semua itu, pasukan itu jugalah membolehkan Malaysia mencatat kadar bilangan kes jenayah jauh lebih baik daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Negara dikejutkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Sabah. Boleh Tan Sri beri gambaran insiden tersebut?

ISMAIL: Apa yang berlaku di Sabah adalah kita berhadapan dengan musuh yang amat kejam. Mereka menolak peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara serta melupakan keamanan.

Di samping itu, mereka memilih untuk menggunakan senjata api dan pihak keselamatan tiada pilihan melainkan bertindak balas dengan kekerasan.

Saya juga ingin menjelaskan kepada waris-waris si mati ini bahawa pengorbanan anggota polis yang gugur itu tidak sia-sia.

Dalam pada itu, Alhamdulillah sumbangan yang kita terima daripada masyarakat Malaysia amat menggalakkan iaitu melebihi RM2 juta.

Terima kasih kepada rakyat yang menunjukkan semangat patriotik yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan golongan.

Bagaimana moral anggota pasukan keselamatan ketika ada antara mereka yang terkorban?

Sebenarnya apabila terdapat pegawai dan anggota polis serta tentera terkorban semasa Ops Daulat, telah menyemarakkan lagi semangat kami.

Kesungguhan, komitmen dan semangat kepahlawanan pasukan keselamatan terbukti apabila sehingga kini 63 orang pengganas yang menceroboh Sabah telah dapat ditembak mati.

Saya sendiri berada di barisan hadapan di Lahad Datu lebih daripada dua minggu dan melihat betapa beraninya mereka dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan.

Saya juga melihat mereka bergerak ke hadapan terus bagi menjejaki pengganas yang telah menceroboh kedaulatan negara kita.

Bagi saya semangat yang ditunjukkan itu selari dengan kehendak masyarakat yang sentiasa inginkan keamanan. Malah pasukan polis sama ada berpangkat rendah dan pegawai kanan telah bersatu hati dalam memikul tanggungjawab yang diberikan.

Boleh ceritakan situasi di Lahad Datu selepas Tan Sri pulang ke ibu negara.

Saya sahkan keadaan di Sabah selamat dan terkawal. Masyarakat di Lahad Datu telah memulakan aktiviti seperti biasa. Kedai dan restoran sudah dibuka pada waktu malam. Mereka bukan sahaja keluar melakukan aktiviti harian malah ada yang beriadah. Dua hari sebelum saya balik saya lihat pada sebelah petang sudah ada kanak-kanak bermain bola di padang. Ini petanda baik.

Bagaimanapun, langkah seterusnya, PDRM akan menambah logistik bagi memperkukuhkan barisan hadapan.

Saya sudah mengarahkan Pesuruhjaya Polis Sabah untuk menambah anggota di kawasan strategik. Kita juga mungkin akan menghantar pegawai-pegawai dari Semenanjung secara bergilir-gilir.

Kita akan teruskan usaha untuk memberi keyakinan dan kepercayaan kerana keselesaan adalah keutamaan rakyat.

Apa strategi PDRM bagi menjamin keselamatan di Sabah?

Kita mempunyai perancangan jangka panjang yang telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu dengan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Pada masa ini, antara yang sudah kita lihat dalam perancangan tersebut adalah pembukaan balai polis baharu di beberapa kawasan strategik.

Kawasan-kawasan yang dipilih adalah di Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul di Semporna, Pulau Gaya di Kota Kinabalu serta Kampung Tanjung Labian dan Felda Sahabat di Lahad Datu.

Buat sementara waktu, kita telah meletakkan kontena supaya ‘balai’ tersebut boleh beroperasi segera.

Ini akan dikuatkan dengan kehadiran anggota daripada tugas am dan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga sepanjang masa selepas ini.

Dalam pada itu, bagi saya, apa yang berlaku di Lahad Datu membuatkan kita melihat soal keselamatan ini dengan lebih kritikal dan terus berusaha untuk membuat penambahbaikan. Malah saya percaya Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu berhubung perkara ini dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimana PDRM melihat kerjasama dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) selepas ini?

Saya mula melihat perkara ini (kejayaan) bila PDRM dan ATM melakukan kolaborasi dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu dalam mengurangkan kadar jenayah.

Namun tidak sangka apa yang berlaku di Sabah secara tidak langsung kami dapat benar-benar menjalankan operasi bersama dengan tentera.

Malah saya dan PAT (Panglima Angkatan Tentera) sama-sama duduk dan berbincang bagi mengatur strategi dan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kami.

Inilah kolaborasi yang kita jalankan selama ini. Dalam situasi di Sabah, kami boleh berhubung hanya menerusi panggilan telefon sahaja bagi menjejak musuh.

Selama dua minggu di Sabah, saya bersama PAT, kami berkongsi aset. Ada benda yang PDRM tiada, kami minta bantuan tentera seperti kereta perisai Adnan. Demi kebaikan untuk negara. Saya berani mengatakan inisiatif NBOS adalah bagaikan ‘blessing’ (rahmat) kepada negara dan bukan retorik.

Apa pengalaman berharga PDRM yang diketuai Tan Sri semasa menangani Ops Daulat?

Faktanya, kita sudah lama tidak menghadapi ancaman seperti di Lahad Datu. Kali terakhir mungkin tahun 70-an dan 80-an.

Namun saya masih ada pegawai yang berpangkat tinggi hari ini telah melalui perkara sama pada 80-an. Mereka guna pakai kepakaran ini dan saya lihat sendiri bagaimana mereka duduk hendak mencari musuh, inilah kekuatan kita. Meskipun telah lama tapi saya lihat pegawai-pegawai polis ini tidak hilang kepakarannya.

Ini diterjemahkan apabila dalam tempoh seminggu sahaja, saya tengok anggota dan pegawai saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan geografi di sana.

Dalam situasi genting, apabila ada yang gugur, semangat mereka tak jatuh. Sama ada polis dan tentera. Mereka komited merancang gerakan taktikal. Saya bangga dengan mereka. Rakyat jangan bimbang. Kami tak menolak tanggungjawab dan meninggalkan tugas. Malah kita mempunyai command and control (perintah dan kawal) dengan semua elemen berada dalam kedudukannya. Kita mempunyai segala maklumat berkaitan trup pasukan secara terperinci dan tidak mengambil ringan perkara itu.

Sejauh mana kekuatan hubungan risikan PDRM dan negara lain?

Ramai yang tidak tahu risikan yang kita ada sangat baik, tapi kita tak boleh beritahu. Saya mempunyai banyak maklumat daripada risikan. Saya ingin beritahu yang kita mempunyai hubungan risikan yang baik dengan negara jiran. Saya gembira kerana persefahaman ini.

Jangan salah faham, tiada negara dalam dunia ini akan beritahu apa yang perisik mereka tahu, cuma melalui konsep itu kita ada hubungan risikan yang baik.

Sebilangan masyarakat kini lebih suka mengkritik, malah tidak percaya apa yang polis lakukan termasuk insiden di Lahad Datu. Apakah yang perlu dilakukan?

Sebab itulah kerajaan melaksanakan program transformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Situasi ini (tidak percaya) sudah pun wujud sejak 5 ke 10 tahun lalu apabila ada pihak yang menyebar dakyah tidak tepat terhadap PDRM.

Contohnya, apabila kita lambat respons terhadap aduan, rakyat tidak percaya kepada PDRM. Jadi apabila kita menyedarinya, kita mahu ubah dan sebab itulah kami meningkatkan komunikasi.

Apa yang kita buat ialah ‘engagement’ dan ‘rapid respons’.

Kita juga perlu tukar budaya kerja lima tahun dahulu. Mengurangkan kesilapan polis termasuk dalam isu korupsi dan banduan terlepas dari lokap. Saya yakin apabila kita kurangkan kesilapan, masyarakat kembali dan menyokong kita. Ini sudah tentu mengambil masa.

Namun saya yakin apa langkah yang kita ambil ini akan mengembalikan keyakinan masyarakat. Lagi satu apa yang saya lihat kebaikan polis kurang ditonjolkan.

Misalnya PDRM bertugas dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tapi orang tak nampak. Kita bertugas di Timor Leste lebih tiga tahun, masyarakat di sana menyanjung peranan PDRM hingga tidak mahu polis lain berkhidmat di sana. Cerita-cerita ini tidak dimainkan oleh kami (PDRM) dan media pun tidak tahu. Jadi masyarakat nampak yang buruk sahaja.

Jadi saya akan mulakan langkah untuk membuka cerita-cerita kebaikan PDRM. Saya harap pada hujung tahun depan dapat meningkatkan 70 peratus persepsi baik masyarakat terhadap polis.

Apakah ingatan Tan Sri kepada pihak yang memfitnah PDRM?

Pendekatan saya ialah masyarakat perlu bertanggungjawab. Kamu perlu tahu sempadan atau garisan kamu. Bersukan pun ada garisan. Begitu juga hidup ini ada sempadan. Jangan keterlaluan. Namun sekiranya melanggar peraturan, polis akan masuk (tindakan).

Perlu diingat, apa yang kita buat sekarang adalah yang terbaik untuk kemudian hari. Untuk itu semua orang perlu bertanggungjawab.

Apakah perancangan Tan Sri untuk menaik taraf PDRM?
Saya akan meneruskan usaha bagi membangunkan aset-aset PDRM agar setaraf dengan pembangunan negara, anggota serta kehendak rakyat.

Sehingga kini kita telah mengenal pasti 125 projek untuk menaik taraf bangunan PDRM termasuk kuarters. Projek PDRM yang telah siap di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ialah sebanyak 86 projek yang menelan belanja RM7.34 bilion.

Projek yang dalam pembinaan pula ialah sebanyak 30 projek dengan perbelanjaan RM 2.1 bilion dan ada lagi sembilan projek yang telah diluluskan iaitu bernilai 3.38 juta.

Secara keseluruhannya, bajet yang kita terima dalam RMK-10 berjumlah RM9.9 bilion untuk menaik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Polis.

Ini adalah penting kerana negara kita sedang menuju status negara maju dan sebab itulah kita perlukan balai-balai yang baharu dengan dilengkapi peralatan-peralatan canggih.

Apakah fokus PDRM pada masa ini?

PDRM masih lagi menumpukan dua tugasan utamanya iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan yang keduanya meneruskan usaha mengurangkan kadar jenayah.

Seperti laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, hasil yang ditunjukkan amat memberangsangkan dan saya amat gembira dengan keadaan itu.

Mengikut laporan itu, sejak 2009 hingga 2011 kadar jenayah di negara ini telah menurun 27 peratus (%) berbanding lima tahun sebelumnya.

Ini menunjukkan NKRA menurunkan jenayah memang membawa kesan kepada masyarakat dan bukan retorik atau sengaja diada-adakan.

Maka saya akan meneruskan usaha inisiatif NKRA mengurangkan kadar jenayah pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang.

Selain itu, sukacita saya maklumkan keadaan jenayah di negara kita amat baik berbanding negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Di Malaysia, kadar jenayah yang berlaku di kalangan 100,000 penduduk ialah sebanyak 555 kes berbanding 6,500 kes di UK. Manakala di AS pula 4,000 kes dilaporkan pada jumlah penduduk yang sama.

Selain itu, apa yang membanggakan, kita telah berjaya melepasi sasaran mengurangkan jenayah indeks pada tahun lalu. Sasaran kita ialah 5% bagaimanapun kita mencatatkan pencapaian sebanyak 7.6%.

Bagi jenayah jalanan pula, kita menyasarkan mengurangkan sehingga 45% tetapi kita hanya dapat mencapai 41%. Bagaimanapun kita tetap berbangga kerana sasaran tersebut adalah tinggi. Saya berharap masyarakat menilai pencapaian kami ini sebaik-baiknya.

Bagaimana pula dengan pencapaian mutu perkhidmatan PDRM kepada masyarakat?

Berdasarkan laporan tahun lalu, PDRM menyasarkan pencapaian sebanyak 65 peratus bagi mutu perkhidmatan.

Bagaimanapun kita berjaya mencapai lebih daripada itu iaitu sebanyak 65.7 %. mutu perkhidmatan. Ini termasuklah menerima laporan dengan baik, maklum balas kepada situasi, menyelesaikan siasatan dan mendakwa tertuduh dengan cepat.

Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah terus berusaha mendapatkan pencapaian yang lebih tinggi supaya masyarakat terus berpuas hati.

Komen Tan Sri mengenai perasaan takut masyarakat kepada jenayah.

Pada Oktober 2012 dilaporkan sebanyak 57.3 % masyarakat masih mempunyai perasaan takut kepada jenayah. Oleh sebab itulah saya amat berharap semua inisiatif GTP mengurangkan jenayah terus dilaksanakan.

Sebagai contoh, penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), saya menerima banyak maklum balas agar unit itu ditambah.

Dulu kita hanya meronda dengan kereta peronda sahaja. Tapi dengan adanya URB kita nampak kesan yang lebih meyakinkan.

Oleh itu, saya akan buat permohonan bagi menambah motosikal lagi kerana dengan kewujudan unit ini membuat rakyat rasa selamat.

Kelebihannya adalah unit itu mempunyai motosikal yang dilengkapi peralatan canggih serta mempunyai komunikasi yang baik. Malah dengan adanya lampu siren pada waktu malam sudah pasti akan menakutkan penjenayah dengan mengetahui kehadiran polis.

Apakah bentuk cabaran yang dihadapi PDRM?

Salah satu cabaran yang dihadapi PDRM ialah untuk berhadapan dengan perkembangan bidang teknologi maklumat (IT).

Terdapat mereka tidak bertanggungjawab melalui laman sosial seperti Facebook (FB) dan pelbagai medium lain yang mengeluarkan maklumat tidak tepat dan boleh menggugat keselamatan negara.

Misalnya, mereka melaporkan ada pergaduhan kaum di Johor sedangkan perkara itu tidak berlaku. Bagi saya ini adalah ancaman serius kepada negara ketika ini malah di dunia.

Oleh itu, saya telah mengarahkan pasukan komunikasi PDRM untuk memantau elemen yang tidak sihat yang menular dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), FB, Twitter dan lain-lain lagi.

PDRM telah membelanjakan setengah juta ringgit pada enam bulan pertama 2012 bagi meningkatkan kemudahan tersebut sekali gus menangani masalah-masalah maklumat salah atau menabur fitnah untuk menjatuhkan imej polis.

Perkara seperti inilah juga kita lihat boleh menghakis kepercayaan masyarakat kepada polis.

Selain itu perlu banyak pertemuan dengan pihak media untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Bagaimana pula dengan kerjasama PDRM dengan agensi lain dan masyarakat?

Disebabkan jenayah turut disumbang oleh pelbagai faktor, saya sentiasa berharap agensi-agensi lain turut membantu polis.

Dalam hal ini, kita perlu menggunakan prinsip 3C iaitu komunikasi (comunicate) usahasama (collaborate) dan kreativiti (creativity).

Polis perlu berkomunikasi dengan masyarakat dan mendengar rintihan mereka. Bagi masyarakat peranan itu sebenarnya tidak perlu aktif cukup sekadar memberi maklumat yang berkualiti.

Oleh sebab itu, kita telah tubuhkan unit khas wanita dikenali sebagai Amanita untuk polis berinteraksi dengan rakyat. Kita juga laksanakan program kios selamat di kedai serbaneka dan stesen minyak.

Matlamatnya apabila seseorang menjadi mangsa jenayah dia boleh pergi ke tempat tersebut. Bagi saya ini adalah tambah nilai apa yang kita buat dalam NKRA.

Namun kita faham perkara ini tidak boleh dijalankan secara mendadak kerana kita perlu perubahan minda daripada masyarakat.

Apakah persiapan PDRM menghadapi PRU-13?
Saya baru sahaja menghadiri mesyuarat bersama semua Ketua Polis negeri bagi menghadapi PRU-13 beberapa hari lalu.

Untuk pengetahuan, PDRM telah melakukan tiga Latihan Amal Ex-Ballot bagi menguji keupayaan kita.

Ujian yang dilakukan adalah ujian komunikasi iaitu komunikasi dari Bukit Aman ke daerah-daerah, ujian penugasan dan ujian ketenteraman awam.

Secara ringkasnya, hasil daripada latihan tersebut, PDRM telah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab dan tugas apabila Parlimen dibubarkan nanti dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRU-13.


Read more »

Monday, March 25, 2013

Kenapa Perlu Benci Sesama Melayu ?

PEJUANG-pejuang Melayu untuk kemerdekaan Malaysia percaya dengan menentukan jumlah warganegara Melayu melebihi bukan Melayu maka kepentingan Melayu dapat dipelihara dalam Malaysia yang demokratik. Apabila kemasukan Singapura menurunkan peratusan orang Melayu dengan begitu banyak dan terdapat Melayu sudah berpecah kepada UMNO dan Pas, Tunku Abdul Rahman Putra mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Walaupun UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya seperti semasa melawan Malayan Union, tetapi dengan mengepalai Perikatan, UMNO masih dapat mengetuai kerajaan dan memelihara kedudukan orang Melayu tanpa menidakkan hak orang bukan Melayu. Selama lebih dari 50 tahun orang Melayu melalui UMNO sebagai rakan kanan dalam Perikatan dan BN dapat diberi tempat, dimaju dan pertahankan.

Jelas sekali bahawa selagi orang Melayu tidak membencikan bangsa mereka sendiri, kuasa yang mencukupi akan terus berada di tangan orang Melayu. Musuh-musuh orang Melayu sedar akan hakikat ini. Jika mereka ingin rampas kuasa dari orang Melayu mereka mesti pupuk kebencian orang Melayu kepada kemelayuan mereka.

Untuk tujuan ini Pas mengguna agama dan mengkafirkan sebahagian besar dari orang Melayu. Kononnya nasionalisme Melayu bertentangan dengan Islam. Tetapi Pas gagal menarik sokongan orang Melayu dengan mencukupi untuk menguasai kerajaan pusat. Jumlah calon Pas tidak pun sampai 50 peratus kerusi Dewan Rakyat. Justeru tidak pernah terjadi yang Pas dengan sendirinya mendapat kerusi lebih dari UMNO.

Orang UMNO kecewa yang keluar dari parti telah pujuk Pas supaya berganding bahu dengan DAP dan parti baru mereka untuk mendapat jumlah kerusi yang banyak seperti UMNO dengan rakan dalam BN supaya dapat mengurangkan kerusi yang dimenangi oleh Melayu UMNO. Walaupun Pas telah mendakwa bekerjasama dengan orang bukan Islam menjadikan orang Islam kafir, tetapi kerana begitu ghairah untuk menjadi kerajaan, dakwaan ini diketepikan.

Sebaliknya Pas cipta alasan baru untuk mengkafirkan orang UMNO. Hadi dalam amanatnya mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekalkan sistem pemerintahan penjajah. Orang Pas yang taksub kepada parti dan pemimpin mereka melupakan soal bekerjasama dengan orang kafir dan sebaliknya beralih kepada amanat Hadi sebagai sebab orang UMNO kafir.

Ini pun tidak berjaya menjatuhkan UMNO walaupun pada 2008 Pas bersama DAP dan parti milik keluarga Anwar berjaya menguasai lima buah negeri.

Pendekatan Anwar untuk menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan dan akal fikiran oleh Barat. Untuk meruntuhkan kuasa orang Melayu yang ada pada UMNO Anwar memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had.

Kononnya rakyat Malaysia tidak bebas. Kononnya rakyat Malaysia ditindas. Kononnya tidak ada kebebasan akhbar dan bersuara. Tidak ada kebebasan beragama (dalam kalangan orang Islam). Tidak ada kebebasan bagi perkahwinan sejenis, tidak ada kebebasan untuk mengguna kalimah Allah oleh orang Kristian, dan bermacam kebebasan lain.

Sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sokong UMNO ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya memperbaiki sedikit taraf hidup orang Melayu.

Menyerang DEB tidak akan menjadikan Anwar popular. Apabila penentang DEB luar negeri, khususnya orang Barat, menuduh DEB hanya menguntungkan kroni UMNO, maka Anwar segera memeluk tuduhan ini dan menuding jari ke arah beberapa orang Melayu yang berjaya sebagai bukti yang DEB hanya menguntungkan kroni pemimpin kerajaan sahaja.

Di antara yang dipilih ialah Syed Mokhtar Albukhary, iaitu seorang Melayu antara puluhan bukan Melayu yang sudah jadi bilionair. Hari-hari ditujukan tuduhannya kepada Syed Mokhtar sebagai kroni. Bahawa semua bilionair bukan Melayu juga mendapat sokongan dari kerajaan tidak disebut sebagai kroni. Tanpa pemberian lesen dan peluang oleh kerajaan, tak mungkin orang bukan Melayu ini menjadi begitu kaya dengan begitu pantas dan ramai. Ada yang dapat monopoli import gula dan tepung selama 60 tahun tetapi tidak juga dijadikan sasaran Anwar. Tanpa usaha mengamankan negara, mencipta sistem cukai serta dasar, menjadi mega projek dan lain-lain tak mungkin mereka ini meraih kekayaan berbillion-billion. Bagi Anwar ini tak mengapa kerana mereka bukan Melayu.

Yang ditujukan ialah kepada Tan Sri Syed Mokhtar dan segelintir orang Melayu yang berjaya. Orang Melayu mestilah benci mereka ini kerana mereka kaya dan sudah tentu mereka adalah kroni.

Dan ramailah orang Melayu terutama pemuda yang sudah benci kepada "kroni-kroni" ini dan UMNO dan menolak UMNO. Tidak disebut oleh Anwar akan ratusan ribu anak Melayu yang mendapat pelajaran tinggi kerana biasiswa kerajaan pimpinan UMNO. Apakah ratusan ribu ini juga kroni?

Kita tahu setelah kerajaan pimpinan UMNO memberi biasiswa supaya mereka dapat ke universiti, ramai dari mereka berdemonstrasi mengutuk kerajaan. Sekarang setelah mendapat pekerjaan dan menjadi ahli profesional, ramai dari mereka juga tidak menyokong kerajaan. Kroni kerajaankah mereka?

Peniaga dan pengusaha yang diberi peluang dan bantuan, pekerja-pekerja yang mendapat kerja kerana DEB, apakah mereka semuanya terdiri dari kroni kerajaan? Ada mereka yang menyertai parti lawan dan mengutuk kerajaan UMNO. Kronikah mereka?

Menuduh hanya kroni kerajaan sahaja yang mendapat nikmat dari DEB adalah satu fitnah besar. Tetapi ramai orang Melayu yang terima fitnah ini dan membenci kerajaan dan UMNO yang dipimpin oleh orang Melayu.

Apabila orang Melayu membenci orang Melayu dan berkelahi sesama sendiri, apabila mereka menyokong orang yang sebenarnya tidak punyai niat baik terhadap mereka maka akan runtuhlah kuasa yang sedikit yang ada pada orang Melayu, maka akan berjayalah perebutan kuasa politik oleh orang lain.

Lihatlah orang Melayu yang hari ini terpaksa duduk di negara yang diperintah oleh orang bukan Melayu, berjayakah mereka? - Sumber

Read more »

Sunday, March 24, 2013

Mandat 5 Tahun Lagi Untuk BN



KUANTAN - "Kami akan tetap berikan sokongan dan mandat kepada Barisan Nasional, bukan sekadar 5 tahun, tapi buat selama - lamanya."

Demikian dijelaskan oleh sekumpulan warga Pahang yang ditemui malam semalam sewaktu Program Jelajah Janji Ditepati menutup tirainya di Kuantan, Pahang.

Kenyataan tersebut bakal diterjemahkan oleh rakyat seluruh Negeri Pahang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang kerana yakin dengan kepimpinan sedia ada. 


Warga Pahang yang membanjiri tapak program Jelajah Janji Ditepati terakhir malam tadi hadir untuk mendengar amanat Perdana Menteri yang antara lain meminta rakyat menilai sendiri keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) menunaikan janji demi menjamin kesejahteraan dan masa depan mereka.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.

Beliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.


"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada acara itu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) di sini.

Najib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.


"Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua...tetapi sebelum sampai ke tahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kalau kita dapat pintas ke sebelah, yakin dan percayalah dengan mandat baharu itu kerajaan akan melakukan yang lebih baik pada masa akan datang," tegas Perdana Menteri yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri serta menteri-menteri Kabinet.

Read more »

Friday, March 22, 2013

Mayat Pengamal Sihir Cepat Busuk

Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan. Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata, ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata, soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat

Read more »

Thursday, March 21, 2013

Undi PAS Bermakna Undi DAP


PEMBUBARAN tidak berlaku semalam. Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.

Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini. Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Makna kata, para pengikut tegar Pas - yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan - tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.

Namun pada PRU-13 ini, bagaimana pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan bertindak sekali lagi? Melihatkan trend sepenggal dari pasca tsunami politik 2008 sehingga pra-PRU-13 ini sudah ada perubahan dalam Pas. Ada yang setuju, ada yang tidak.

Puak ulama Pas beralih arah. Mereka tidak bersetuju dengan cara Pas itu. Maka ada yang tidak selindung lagi, menyatakan perasaan masing-masing. Mereka termasuklah Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain. Akibat keceluparan dan perlakuan, Ustaz Nasha akhirnya dipecat daripada Majlis Syura Ulama Pas.

Ini sekali gus mengulangi sejarah hitam Pas setahun lalu yang memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga AJK Pas Pusat, Dr. Hasan Ali pada 8 Januari 2012 juga tanpa memberi ruang pembelaan diri.

Puncanya juga adalah kerana keceluparan dan perlakuan Dr. Hasan Ali yang tidak tahan melihat kerakusan penguasaan DAP dalam Exco kerajaan Selangor. Haron Din pun ada menyatakan perasaan yang sama - secara rasmi mahupun tidak. Namun, beliau kelihatan masih playsafe!

Sebaliknya, puak Anwarninas, penyokong totok Anwar Ibrahim dalam Pas pula bermati-matian ke arah matlamat mereka. Nik Aziz Nik Mat adalah pemimpin yang terlalu taksub dengan Anwar. Beliau sanggup melakukan apa sahaja asalkan bukan kemenangan kepada UMNO, walaupun isu kalimah Allah dipermainkan oleh DAP.

Ikuti analisis ini, yang turut disumbangkan oleh sahabat saya blogger Bigdog, Zakhir Mohamed. Benarkah 1 undi kepada Pas bererti juga memberi 1 undi kepada DAP?

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang terpaksa muncul dalam beberapa minggu sahaja lagi ini makin menarik. Keyakinan pakatan pembangkang untuk bertarung ke medan yang bukan tradisional perlu diberikan perhatian.

Kebelakangan ini, parti cauvinis Cina DAP semakin agresif. Mereka mahu menggempur kubu tradisi UMNO/BN iaitu Johor. Keyakinan ini dizahirkan apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anak Batu Pahat buat pertama kalinya akan bertarung di negeri kelahiran sendiri setelah lebih 45 tahun berkecimpung dalam politik. Pengumuman dibuat dengan begitu gah sekali oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

GELANG PATAH MENJADI SASARAN PILIHAN

Begitu juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, kemungkinan besar ke kerusi, sama ada Parlimen Pulai atau Pontian.

Mantan Naib Presiden MCA dan kini Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng juga akan menawarkan diri. Ini bermakna personaliti seperti Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad dan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau tidak lagi memadai, untuk mengepalai ‘tentera politik pakatan pembangkang’ di Johor.

Dalam percaturan perkembangan politik terbaharu ini, apa yang penting ialah pertimbangan ke atas penawaran pakatan pembangkang kepada pengundi Johor. Ini kerana untuk menggempur kubu kuat dan tradisional UMNO/BN itu, tawaran mesti berpatutan untuk pengundi berubah kesetiaan mahupun selera politik mereka.

Lim Kit Siang, sebagai mantan Setiausaha Agung, Pengerusi dan kini Penasihat DAP telah menjadi Ahli Parlimen dan ADUN di Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Setelah mula menjadi YB hampir 44 tahun yang lampau, inilah kali pertama dia mencuba nasib dalam negeri kelahiran.

Kit Siang dengan gah mengumumkan hujung minggu lepas corak pentadbiran baru sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

Antara ciri utama pentadbiran pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan ialah pemecahan kuasa pemusatan (decentralisation of power) iaitu memberikan lebih banyak kuasa kepada kerajaan negeri.

Ini adalah sebahagian takrifan politik mereka untuk mendemokrasikan pemerintahan. Mungkin negeri-negeri kemudiannya akan menurunkan pula kuasa kepada majlis-majlis perbandaran melalui pilihan raya masing-masing, yang mereka perjuangkan selama ini. Jika ini berlaku maka, penguasaan kaum Cina di majlis-majlis perbandaran akan menjadi lebih mutlak. Mereka secara idealnya mahu mewujudkan satu konsep demokrasi sepenuhnya.

Namun rekod mereka menggunakan kuasa di peringkat parti amatlah berbeza iaitu indah khabar daripada rupa.

DAP diperintah bukanlah secara demokrasi sebenar. Mantan Naib Pengerusi Tunku Aziz telah mengesahkan perkara ini.

Pengumuman Kit Siang sebagai calon DAP di kawasan Gelang Patah merupakan cara untuk mengekang penguasaan Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau, yang dikatakan tidak sehaluan dengan anak beliau, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dr. Boo merupakan ADUN Skudai, satu kawasan DUN dalam Parlimen Gelang Patah. Dr. Boo juga berhadapan dengan krisis kepimpinan dengan orang kepercayaan Guan Eng dalam DAP Johor iaitu ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee pernah dihalau keluar oleh Speaker DUN Johor pada 19 Jun 2008 kerana enggan memakai songkok dalam majlis perasmian DUN Johor oleh Tuanku Sultan Johor.

Ditambah lagi bagaimana pilihan raya jawatankuasa eksekutif pusat DAP 15 Disember lalu yang penuh kontroversi. Gerakan terancang dalam DAP juga membuahkan hasil apabila hanya personaliti tertentu sahaja berjaya dipilih oleh perwakilan.

DAP merupakan parti yang mengamalkan nepotisme yang kronik. Semenjak 1969, Kit Siang dan anaknya Guan Eng menduduki kerusi paling berkuasa iaitu Setiausaha Agung (kecuali untuk tempoh lima tahun di antara 1999-2004 yang dipegang oleh Kerk Kim Hock).

Ini merupakan amalan sama dalam PKR.

PKR ditubuhkan daripada gerakan politik jalanan ‘Reformasi’ yang dijana semata-mata kerana memperjuangkan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan Timbalan Presiden UMNO pada 3 September 1998.

Hari ini, PKR terdiri daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, isteri beliau Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden, pegawai khas beliau Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden dan anak perempuan beliau Nurul Izzah sebagai Naib Presiden.

Kit Siang juga menyebut bahawa pemerintahan pakatan pembangkang sebagai Kerajaan Persekutuan juga berdasarkan ‘ketelusan dan kebertanggungjawaban’. Namun realitinya, ia gagal dipraktikkan oleh kerajaan anaknya di Pulau Pinang.

Isu kontroversi projek Bayan Mutiara, tanah yang sepatutnya menjadi peruntukan pembangunan sebuah masjid telah dijual. Skandal tanah di Taman Manggis juga masih lagi baru.

DAP yang juga merupakan rakan kongsi ketat Kerajaan Selangor masih gagal menyelesaikan isu skandal tanah di Bestari Jaya yang melibatkan tanah pegangan pajakan seluas 2,263 ekar dan pengutipan hutang dengan Talam. Jumlah RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran masih lagi belum selesai dan jauh daripada ‘telus dan kebertanggungjawaban’.

Dalam ‘perang twitter’ baru-baru ini, MP Ipoh Barat M. Kula mempersoalkan isu-isu korupsi berkenaan ‘kedai baju’ kepada kepemimpinan DAP Perak yang terdiri daripada MP Beruas, Ngeh Koo Ham dan MP Taiping, Nga Kor Ming.

Persoalan kepada isu-isu ini semua tidak memberikan kesan, sebagaimana isu ‘Kalimah Allah’, yang sengaja dipanaskan dengan bertujuan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Mesej Guan Eng pada Hari Natal 2012 meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula ketetapan mengenai isu ‘Khalimah Allah’ itu merupakan provokasi terancang. Ia mencabar peruntukan dalam Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sama juga seperti majlis makan malam pada 5 Mei 2011 di sebuah hotel di Pulau Pinang, semasa meraikan paderi-paderi pasca kejayaan DAP memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak April 2011.

Majlis itu mendengar ikrar yang dilafazkan dan dipercayai menyalahi peruntukan undang-undang yang mewartakan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia.

Mantan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin juga pernah menyebut mengenai peristiwa ini dalam ceramah beliau, dalam nada yang kesucian Islam telah dicabar.

Jelas bahawa kepimpinan Pas bersedia untuk membelakangkan isu-isu ini demi kerjasama politik dengan DAP, walaupun ia bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu. Dalam kegilaan untuk merampas Putrajaya, kepemimpinan Pas telah bertolak-ansur dengan nilai-nilai asas kesucian Islam.

Sehingga ke saat-saat ini, Pas masih tidak sedar ia tidak boleh bergantung kepada DAP untuk membawa undi Cina kepada calon-calon mereka. Ini adalah kerana hakikatnya, DAP tidak mempercayai Pas atas isu-isu seperti Hudud.

Isu ‘salon rambut’ dan ‘khalwat’ oleh bukan Melayu di Kelantan baru-baru ini makin menjauhkan keyakinan DAP menjana undi Cina kepada Pas.

Pada PRU-12, beberapa kerusi yang berjaya dikuasai DAP adalah atas ihsan undi yang dijana daripada sokongan dan kempen berapi Pas. Contoh ialah DUN Rahang dan Repah di Negeri Sembilan, DUN Teratai dan Sekinchan di Selangor dan Parlimen Seremban, Teluk Intan dan Puchong.

Dalam konteks Johor iaitu sasaran medan tempur DAP pusingan ini, kerusi Parlimen Bakri dengan majoriti 722 undi (PRU-12) diberikan kepada DAP, walaupun pengundi Melayu merupakan 43 peratus.

Pada PRU-11 MCA menang dengan majoriti 19,059. Pertambahan undi Melayu kepada calon-calon DAP dalam kawasan strategik undi Melayu, adalah kerana kempen intensif Pas ke atas akar umbi Melayu. Sebaliknya, DAP tidak berusaha bersungguh-sungguh agar calon Pas menang.

Malangnya para pengikut totok Pas tidak sedar itu semua. Walaupun mereka sedar, akal mereka sudah berada dalam kepompongan minda (mental block) yang tebal serta ketaksuban kepada pemimpin yang melampau. Para penganalisis bebas meramalkan pada PRU-13 ini DAP akan menang besar. Pas pula akan kalah teruk.

Kesimpulannya: Orang Melayu yang lain wajar diingatkan bahawa mengundi Pas itu sama dengan mengundi DAP.

Read more »

Rahsia Kit Siang Ke Gelang Patah Terdedah



Sebelum ni tak terfikir jugak kita. Kenapa Si Kit Siang tu nak pindah kawasan? Sekarang baru kita faham kenapa Gelang Patah jadi pilihan Si Kit Siang ni.

Tahu tak korang bahawa di Gelang Patah tu ada sebuah perlabuhan yang dikenali sebagai Perlabuhan Tanjung Pelepas atau 'short form'nya digelar PTP?

Korang tahu tak kedudukan PTP tu terletak dibahagian paling hujung Semenanjung dan menjadikannya sebagai perlabuhan paling strategik buat Negara?

PTP diwujudkan untuk menjadi alternatif kepada pedagang - pedagang yang melalui Selat Melaka menaik atau menurunkan barang mereka sebelum meneruskan perjalanan.

Nah!!! Disini terungkainya misteri kenapa Si Kit Siang tu beria - ia benar nak pindah ke Gelang Patah. Kemungkinan besar disebabkan PTP ni jugak.

Sejak PTP wujud sewaktu zaman Tun Mahathir sehingga ke hari ini, perlabuhan tersebut menjadi saingan utama kepada Singapura sebab kedudukannya lebih strategik.

Akal Tun Mahathir terlalu panjang sehinggakan perkara sedemikian tidak mampu untuk kita sendiri fikirkan. Tun dah buat perancangan jangka masa panjang.

Dengan adanya PTP, kemasukan kapal - kapal dagang ke Singapura semakin menyusut sehingga ada satu masa ianya mengugat ekonomi Negara Republik tersebut.

Selain itu, cadangan untuk mewujudkan 'Jambatan Bengkok' yang merentasi Singapura ke Malaysia juga adalah bagi tujuan itu jugak. 

Lepas kapal singgah di PTP, diorang dah tak payah nak susah - susah singgah ke Singapura. Diorang boleh lalu terus melalu Selat Sunda.

Memandangkan ekonomi di Asia Tenggara kini semakin memusat kepada Malaysia, maka satu tindakan drastik perlu dilakukan bagi mencegah perkara tersebut daripada berlaku.

Tambahan pulak, sejak Wilayah Iskandariah semakin pesat membangun dikawasan Gelang Patah, ekonomi Singapura juga turut mengalami impak yang cukup besar.

Siapa yang dapat nafikan bila orang kata yang Singapura menerima pelaburan paling besar dari Israel sebab mereka adalah sekutu paling rapat dengan Rejim Zionist tu?

Andaikata kapal dah tak berlabuh di Singapura dan ekonomi Republik itu semakin menurun, kesannya turut akan diterima oleh Israel secara lansung.

Maka, tidak syak lagi bahawa keinginan Si Kit Siang tu nak pindah ke Gelang Patah adalah atas sebab - sebab berikut. Kemungkinan dia mahu mengucar - kacirkan PTP.

Kemungkinan, agenda DAPigs untuk mengucar - kacirkan ekonomi Negara adalah bagi tujuan untuk memburukkan Negara kepada pihak luar. Siapa tau ye tak.

Lagi pun, puak - puak Pakatan Haramjadah ni bukan yakin sangat diorang dapat merampas Putrajaya. Tapi, sekurang - kurangnya, diorang masih mampu untuk menjahanamkan Negara. Memang itu la tujuan diorang pun!!! - seterusnya...

Read more »

Wednesday, March 20, 2013

BR1M Bakal Diteruskan - Najib Razak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan kerajaan akan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai inisiatif tahunan kepada rakyat yang berkelayakan.

Pengumuman itu dibuat pada akhir ucapan pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2012 yang mengandungi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam ini.

Sebelum itu dalam pembentangannya, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil keputusan melanjutkan program BR1M, selain memperluaskan skop program itu kepada individu bujang.

"Ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM2.34 bilion dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia," ujar Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pemberian bantuan persekolahan RM100 telah memberikan manfaat kepada 5.24 juta pelajar, melibatkan peruntukan RM524 juta.

"Bagi para pelajar yang sedang menuntut di universiti serta kolej, pemberian RM250 sebagai Baucar Buku 1Malaysia telah memanfaatkan lebih 390,000 penuntut dengan peruntukan lebih RM95.7 juta," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, kerajaan telah memperuntukkan RM37.8 bilion bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian yang mana sebanyak RM22.3 bilion untuk subsidi, RM873.5 juta (insentif) dan RM14.6 bilion (bantuan).

Read more »

GTP, ETP Pertingkat Taraf Hidup Rakyat


Taraf kehidupan rakyat Malaysia kini semakin bertambah baik sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilaksanakan tiga tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Angkasapuri di sini hari ini, menghuraikan faktor-faktor tersebut seperti:

  • Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun 2012.
  • Pendapatan isi rumah bulanan purata meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun 2012.
  • Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.
  • Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012.
  • Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.
  • Kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.
  • Kemampuan rakyat teramai untuk pergi melancong, mengerjakan umrah, memiliki lebih daripada satu kenderaan dan telefon pintar, pelaburan di dalam unit amanah dan hartanah serta pelbagai lagi.
  • Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk lebih enam juta rakyat.
  • Kerajaan memperuntukkan RM37.8 bilion untuk membiayai pelbagai subsidi untuk menanggung kos kehidupan seharian rakyat.

Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih. - BERNAMA

Read more »

Rakyat Bosan Dengan Pemimpin 'U-Turn'


Ini satu peringatan buat puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Jangan diorang ingat rakyat Malaysia ni suka sangat dengan pemimpin diorang yang suka main 'U-Turn' tu.

Nak pulak manusia yang suka mempergunakan orang lain demi untuk mencapai cita - cita sendiri. Yang itu lagi membuatkan rakyat benci.

Contoh yang paling ketara ialah Si Wong Tak dan Si Ketua Penipu tu. Mereka ni jenis manusia yang tak reti nak berpegang kepada kata - kata sendiri.

Diorang ni jenis manusia yang Hipokrit walaupun dengan apa yang diorang sendiri ucapkan. Cakap diorang sendiri pun diorang tak mampu nak pertahankan.

Jadi, tak payah la diorang susah - susah nak mempromosikan pemimpin Hipokrit macam ni sedangkan apa yang diorang buat sekarang pun tak mendatangkan sebarang faedah. 

Cakap banyak pun tak guna. Setakat dapat pemimpin yang pandai main 'U-Turn' ni, tak payah la nak bangga sangat. Belum dapat memerintah, dah pandai nak menipu rakyat. Dah dapat memerintah nanti? Memang jahanam la Negara dibuatnya!!!
The Right To Reply - I have debated on this issue for so long. I have been a proponent of nuclear plant and have found the argument against Lynas as unfounded and at times silly. It’s a scare mongering tactic to create hatred. In a number of cases I went technical going through the IAEA report. At the end I have not met anyone who can actually justify the assertion why Lynas is dangerous.
These group of people apparently see their self created shadow as the truth and refused to use their logic. Many of them are driven by deep seated hatred of BN. They then pledged loyalty to this blind unjustified cause. But it has nothing to do about safety or radioactivity or people’s concern. 
Why? They have not been consistent with such stand. For example, flying commercial plane and eating banana may emit as much or more radioactivity than Lynas, but they’re not bothered to ban them. And as a result of their ignorant following they put forth a resolute no to Lynas. They cheered when PR declared in their manifesto that if pr rules, Lynas will definitely go.
Now as everybody is aware their paramount leaders Anwar Ibrahim and Wong Tuck suddenly say they’re ok with Lynas provided that they go through the process again. Gila Babi punya U Turn and none of these supporters even criticize their leaders pun. We’ved gone through the process already even with the respected IAEA experts. Courts have also decided on this. How can the outcome be different from now? How can they revoke a license and subject the person to a similar process twice? Where is the rule of law here? And worse what happen to the objection that Lynas is totally unsafe and a definite no. Now they are saying its possible to be safe. 
Wake up you anti Lynas goons. You’ve been duped by the greatest con man ever and the new protege: Anwar and Wong Tuck. People do anything for power. - seterusnya... 

Read more »

Tuesday, March 19, 2013

Jiwa Anwar Semakin Tertekan


 ISU terbaru 'iras tokoh pembangkang' yang disiarkan oleh harakah daily sebagai gambar 'Anwar' dimuat naik oleh rajagoyang 360.blogspot.com dengan aksi songsang seorang lelaki dengan pasangan lelaki lain.

Seperti biasa Anwar dengan segera menyatakan bahawa ini konspirasi jijik UMNO menjelang pilihan raya. Kalau Utusan Malaysia yang menyiarkannya, ia akan segera disaman tetapi tidak pula terhadap blog-blog lain yang menyiarkannya.

Sesungguhnya Anwar sedang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jiwa yang gelabah. Ia tidak bersih dan kelihatan bersih dengan imej dan kredibiiti yang banyak menimbulkan persoalan.

Isu Lahad Datu juga 'dikaitkan' dengannya dan ternyata pihak keselamatan negara hampir berjaya menghadapi masalah yang berbangkit kerana pergolakan di Sabah tidak sampai memberi kesan kepada pilihan raya yang bakal mendatang.

Peristiwa di Lahad Datu memberi kesan dan momentum yang cukup bermakna kepada warga keselamatan dan juga masyarakat umum, dan sokongan yang luar biasa terhadap wira negara yang telah pergi amat dirasakan.

Banyak perkara pokok yang diperjuangkan oleh Anwar memberi kesan kepada masyarakat. Meski penyokong tegarnya mungkin tidak berubah kerana memiliki sifat 'mati rasa' tetapi kelompok simpatisan dan atas pagar yang penting dalam pengundian ternyata ada kesannya.

Isu pluralisme agama yang dibangkitkan oleh Anwar di London School of Economics 'menyamakan semua agama itu sama' masih belum selesai dibangkitkan di seluruh negara dan ia menjadi polimik berterusan.

Pendekatan liberal Anwar dalam agama terlihat dengan sikapnya terhadap kalimah Allah walaupun Majlis Syura Pas mengambil keputusan tidak membenarkan ia digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Anwar sebagai orang politik sepatutnya faham bahawa kalimah Allah adalah perkara sensitif bagi orang Melayu dan masyarakat Islam di rantau ini. Anwar pernah menjadi pemimpin gerakan Islam semasa dalam ABIM dulu. Apakah ia tidak berasa peka terhadap perkara ini khususnya dalam kalangan akar umbi Pas dan umat Islam yang lain.

Fahaman liberal yang dianut oleh Anwar menyebabkan beliau dikatakan 'amat simpati' dengan gerakan LGBT seperti kenyataan yang dibuat oleh anaknya Nurul Izzah semasa dialog di gereja tidak lama dulu.

Terus ditunggu oleh masyarakat ialah tidak sedianya Anwar menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad penulis buku Doctor Inside the House atau terjemahannya Doktor Umum kerana memuatkan bab-bab tentang dirinya. Salah satu bab yang ditulis sangat menyentuh kredibiliti Anwar.

Ia mengingatkan penulis tentang kenyataan Lee Kuan Yew suatu ketika dulu yang membuat kenyataan dalam Wikileaks menyatakan "He did it" atau "Dia melakukannya". Kenyataan ini adalah serius dan Anwar patut saman Kuan Yew.

Lebih jauh daripada itu Anwar wajib saman Datuk Eskay Abdullah yang menyiarkan gambarnya dengan perempuan Cina kerana ia sangat memalukan. Dan orang masih bertanya ke mana gerangan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar disimpan oleh Wan Azizah.

Orang yang cintakan integriti masih terus menunggu Anwar menyaman Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversial mengenai peribadi Anwar supaya beliau membersihkan dirinya. Ia penting kerana Anwar dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri.

Kesnya di Mahkamah Rayuan akan dibicara tidak lama lagi. Tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan kenyataan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang berputar arah walaupun semasa perbicaraan ia terus berdiri bersama anaknya dan sanggup bertemu Yang di-Pertuan Agong mengenai kes anaknya. Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Kes ini juga terkait dengan peguamnya Yuktes Vijay yang mengeluarkan dua pucuk surat dan mencabar Anwar menyamannya. Yuktes musykil mengapa Anwar tidak berani memberikan keterangan cara bersumpah di mahkamah.

Apakah semua ini dan banyak lagi yang belum sempat dipaparkan menyebabkan Pas semacam merasakan ada perkara yang tidak kena kepada Anwar. Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah membuat kenyataan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya Anwar.

Ia amat bercanggah dengan pendirian awal pakatan pembangkang ingin menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang. Apakah Majlis Syura telah membuat keputusan terhadap isu ini. Kalau sekadar isu kalimah Allah rasanya Nik Aziz tidak akan menziarahi Karpal Singh baru-baru ini. Karpal masih berpendirian seperti yang dilafazkan di Parlimen suatu ketika dulu bahawa Anwar adalah "kaki liwat" dan ia tidak ditarik balik hingga kini.

Karpal Singh dan DAP semacam cenderung mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Karpal Singh terkenal sebagai orang yang ada kredibiliti. Mengapa dalam isu Anwar, Karpal menjadi lunak sedangkan jawatan Perdana Menteri memerlukan kredibiliti yang tinggi.

Ini yang menyebabkan Anwar berasa gelabah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana isu-isu dulu tidak terlerai dan isu-isu baru datang satu demi satu. Helah sedang dicari tetapi masyarakat umum mula mengerti siapa sebenarnya Anwar. - Utusan Malaysia

Read more »

share2