Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 22, 2013

Ikrar Wanita UMNO Pahang


Pergerakan Wanita UMNO negeri berikrar memberikan sepenuh komitmen bagi membantu Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Datuk Rosni Zahari berkata, perkara itu bukan mustahil kerana banyak perubahan telah berlaku hasil kerja keras yang ditunjukkan oleh semua ahli di peringkat cawangan dan bahagian.

Kita telah bekerja keras bagi memutihkan pengundi kelabu dan saya yakin Pergerakan Wanita UMNO Pahang mampu mencapai sasaran ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat dan Gerak Kerja Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; ADUN Damak, Datuk Lau Lee; ADUN Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Norhelan Mahmud.

Rosni berkata, pihaknya akan sentiasa turun padang bagi mengenal pasti masalah rakyat dan memberi penerangan sebenar mengenai agenda kerajaan untuk semua sekali gus menangkis segala fitnah ditabur oleh pembangkang.

Kami akan bertungkus-lumus untuk memastikan BN kekal di Pahang dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghargai jasa Wanita UMNO," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya akan memberi perhatian yang lebih kepada golongan belia kerana terdapat segelintir mereka yang masih keliru parti mana yang mampu menjamin masa depan generasi akan datang.

Sementara itu, Norhelan berkata, beliau mahu Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerantut menyelesaikan segala perbezaan dalam kalangan ahli sebelum turun padang untuk membantu rakyat.

Mana-mana tempat yang ada masalah, sila selesaikan kerana kita perlu bersatu hati dan bekerjasama bagi memastikan semua urusan berjalan lancar. Saya yakin kami akan membawa golongan wanita di daerah ini untuk bersama BN," jelasnya.

0 comments:

share2