TUNTUTAN agar kerajaan membenarkan penggantian istilah God dalam bahasa Inggeris kepada Allah dalam Bible terjemahan bahasa Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang menyebabkan masyarakat Islam kembali bangkit mempersoalkan kewajarannya.
Bantahan kali ini walaupun belum menyebabkan reaksi ganas, hanya muncul dengan tindakan mengadakan demonstrasi, gesaan dan menghantar memorandum agar Lim Guan Eng menarik balik tuntutan itu nampaknya belum disambut dengan penuh tanggungjawab ataupun rasa kesal.
Sebaliknya, Guan Eng terus mempertahankan gesaannya dengan penuh kesedaran kerana beliau sebenarnya memperoleh kekuatan moral daripada pengalaman sejarah bagaimana sekutunya dalam Pas berbelah bahagi mengenai perkara tersebut. Dua pemimpin utama yang 'mengawal Pas; belum memberikan apa-apa komen walaupun salah seorang daripadanya pernah menyatakan "adalah tidak salah penganut agama lain selain Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia telah lama dipraktikkan mereka sebelum lahirnya agama Islam."
Kontroversi penggunaan beberapa istilah khusus yang terdapat dalam kamus akidah Islam seperti "beriman, solat, Allah, taqwa dan sebagainya" untuk dimasukkan sama dalam konsep dan ajaran Kristian di Malaysia sebenarnya sudah bermula sejak pertengahan 1980-an. Pada Disember 1986, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan istilah "Allah, Kaabah, Baitullah, solat" dalam sebarang bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam.
Ketika itu masyarakat dihebohkan dengan kemasukan terjemahan Bible berbahasa Indonesia yang ditahan kemasukannya oleh KDN kerana menggunakan kalimah "Allah" bagi menggantikan perkataan God. Terjemahan perkataan itu telah lama digunakan oleh pertubuhan Kristian di Indonesia bagi mengelirukan umat Islam sehingga melahirkan pelbagai pendapat untuk menyamakan bahawa semua agama yang berdasarkan wahyu adalah dari sumber yang satu, iaitu Tuhan yang sama.
Bagi seorang pengamal agama Kristian Indonesia, Reverand Yakub Sulistyo dalam bukunya Allah Dalam Kekristianan: Apakah Salah? yang boleh diakses menerusi http://yakubsulistyo.mutilpy.com/ menulis: Kamus Theologia Kristian sangat jelas menulis bahawa: Allah itu berasal daripada bahasa Arab yang ertinya Keberadaan Tertinggi dalam agama Islam. Jadi, jika anda seorang Kristian atau Katholik (Nasrani) yang baik, anda seharusnya menghormati iman orang lain (umat Islam) dengan tidak mencampuradukkan dengan iman Nasrani sehingga menjadi Sinkretisme.
Beberapa sarjana Kristian turut tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan Allah bagi menggantikan istilah God ataupun Yahweh kerana ia mencelarukan penganut Kristian dan pertelagahan dalam kalangan paderi. Presiden Liga Katolik bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah cadangan Biskop Tiny Muskens untuk menggunakan istilah Allah. Cadangan Muskens turut ditolak oleh Gerrit de Fijter, Pengerusi General Synod of the Dutch Protestan Church.
Konsep God dalam kepercayaan penganut Kristian menurut Dr. Ir Muhammad al-Husaini Ismail, Kebenaran Mutlak: Tuhan, Agama dan Manusia (terjemahan dari bahasa Arab, al-Haqiqah al-Muthlaqah: Allah wa ad-Din, 1997) dan mendapat persetujuan Majmai al-Buhuts al-Islamiyyah (Lembaga Kajian Islam Kebangsaan, Mesir: "Dalam kitab suci Kristian, Tuhan hanya mempunyai kemampuan terbatas. Dengan kata lain, Tuhan mempunyai kemampuan yang sama dengan kemampuan manusia yang paling lemah. Tuhan layak untuk mati dengan cara yang hina untuk tujuan hina pula, iaitu mati di tangan manusia.
"Kemudian Tuhan membiarkan iblis untuk menipu manusia agar manusia berpegang kepada Tuhan. Tuhan juga ditelanjangi hingga ketika tiada sehelai benang pun di tubuhnya. Tuhan dipukul di kepalanya dan disiksa serta disalib sampai mati bawah slogan bahawa Tuhan berbuat begini kerana mencintai manusia. Mathius 26:67-68; 15:15 dan 27:27-31. Tragedi berakhir setelah Tuhan menjadi domba sembelihan yang mempunyai tujuh mata dan tujuh tanduk (Wahyu 5:6). Hal ini dilakukan agar manusia jatuh ke dalam jurang pemikiran paling rendah sehingga mereka dapat digembalakan domba tersebut (iaitu Tuhan yang sudah berubah menjadi domba)." (hal.44).
Gambaran atau percubaan mempersonifikasikan Tuhan adalah satu bentuk pemikiran paganisme dan manusia sentiasa "menghiasi pemikiran paganisme ini dengan pelbagai macam gelombang pemikiran yang diciptakannya sendiri…Ada pun gambaran tentang para nabi, dalam Bible dinyatakan para nabi adalah seorang penzina, pembunuh dan penipu (Kejadian 38:6-30)… manusia penyembah berhala (I Raja-Raja 11:1-10)
"…Apabila penganut agama ini memperhatikan isi kitab sucinya, maka mereka akan mengetahui kalau sebenarnya kitab yang mereka terbawa-bawa ke gereja selama ini bukanlah kitab suci. Sebab perbuatan berzina, menipu, menyembah berhala dan membunuh bukanlah perbuatan yang pantas dilakukan oleh para nabi. Ini semua merupakan bukti yang sangat jelas atas terjadinya pemalsuan dan penggubahan terhadap kitab suci mereka." (hal.45-46).
Ketika ilmuan Islam bermuzakarah pada 21 Januari 2009, ketujuh-tujuh sarjana ini membuat kesimpulan bahawa penggunaan nama Allah sebagai kata ganti nama God di dalam Bible adalah tidak tepat. Antara yang terbabit dalam resolusi itu ialah Prof. Madya Dr. Kamar Oniah (UIA); Datuk Dr. Abdullah Md. Zain (Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri); Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas); Dr. Mohd. Nur Manuty (PKR); Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis); Dr. Mohd. Sani Badron (IKIM); dan Md. Asham Ahmad (felo IKIM).
Melihat kepada tuntutan terbaharu itu, Guan Eng sebenarnya cuba menghidupkan semula bara kemarahan penganut Islam dengan cara provokasi keterlaluan. Ini sebenarnya satu bentuk penyambungan pandangan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama dalam masyarakat Malaysia yang tidak seharusnya disekat termasuk kepada orang Melayu.
Pendirian ini menjadi "bom jangka" yang akan meletup jika ia tidak ditangani dengan berkesan, kerana dari aspek perundangan sudah jelas, keputusan menyekat penggunaan istilah itu adalah tepat sebagaimana diputuskan oleh Datuk Lau Bee Lan. Di bawah artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan jika kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam untuk menyebarkan agama kepada orang Islam, tetapi ia bukanlah menjadi kesalahan apabila bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama kepada bukan Islam.
Dalam keputusan itu juga, Bee Lan merujuk kepada artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, dengan memberikan keputusan bahawa Herald-The Catholic Weekly mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan "in respect of instruction and education of the congregation in the Christian religion."
Bagaimanapun, apabila dibangkitkan semula ekoran tuntutan Guan Eng, ia bakal menyebabkan DAP khususnya Setiausaha Agungnya yang berusaha meraih populariti dalam kalangan ahli DAP beragama Kristian, akhirnya terpaksa berhadapan pula dengan konflik para pemimpin Pas yang melihat istilah Allah itu adalah khusus untuk umat Islam. Kali ini, lebih ramai pemimpin muda Pas tampil bersuara agar Guan Eng menarik balik tuntutan itu dan memohon maaf.
Kalaupun Guan Eng bersedia memohon maaf, ia tidak akan dapat memulihkan kepercayaan masyarakat Islam seperti semasa beliau memperkenalkan corak pentadbiran ala Khalifah Abdul Aziz di Pulau Pinang.
Penganut-penganut agama lain tidak sepatutnya menimbulkan semula provokasi sedemikian kerana ia bakal "membakar diri sendiri". Api kemarahan tidak mudah dipadamkan dengan simbahan air, kerana api itu tetap membakar dan bila-bila masa boleh mencetuskan semula pergaduhan sebagaimana pernah berlaku pada 2009 dan 2010.
Jika insiden sedemikian timbul kemudiannya, Guan Eng tidak boleh menyalahkan kemarahan orang Islam kerana sudah terlalu banyak kes seumpamanya berlaku tetapi pemimpin DAP dan bukan Islam "sendiri tidak mahu ingat."
Majority of the Muslim cannot accept the Malaysian Church demand into naming their nameless biblical god into Allah is because the Christian have always adopt an idea of the Supreme God have an offspring (another God?). This is the obvious contradiction to the Muslim belief of the Oneness of the Creator. Didn’t the Christian love to belief that a true God should really be One God only?
The Allah name is an Arabic word originated during Prophet Muhammad time BUT the Jahilliah (non Muslim) Arabs had many many god such as Latta, uzza etc. and not a single Arabic paganistic idol was named as Allah. In the hadith tradition even the Arab Christian missionary that came to see the Prophet for a debate do not accept Allah as their God. For that since when does these people claimed the Arabic Christian had eventually use Allah name in their Bible? What joke does these people are trying to pull? Pls google and see ..the only “Arab” priest that you will see is the Sabahan & Sarawakian.
A true belief is supposed to be in their original form regardless of time and place. There are no other faiths in the world that really championed these very unique ethical faith of Islam. In fact what we saw today is other faiths or “religious” belief which is still lacking the most needed component to compliment their religion truth? Isn’t it funny ? Religion is not supposed to be an R& D product that need to improvised from time to time. I can tell you that even the infamous “In the name of the Father , the son and the Holy Ghost” was not even part of the New or Old Testament. Was not even part of the Holy Bible words and not a God words. Who created it and wrote its then? And now they want to use Allah name and you got the guts to tell the Muslim and Christian followers that this is the true religion?
To be a globally acceptable faiths, a true religion is supposed to be in complete original form that must not tend to evolutionize and copycat from other faith. Seems like the Sabahan Christian belief had a “dash” of Darwinism in their belief !! Charles Darwin a renown scientist who proclaimed that human evolved from monkeys. A typical Asian will always seek an “ori” BUT why choose to belief Christian faith whose “God” is strategically being modified into Allah as your God? Do they know that Allah name is Arabic in nature? And do they realized that Christian faith is not Arabic in nature? Doesn’t you people feel funny accepting this modified version faith, any belief that in need of modification from time to time is remarkably full of errors. If this is an experiment then you people are the guinea pig. Do you love to be used as other people tools ?
Just imagine in the past Allah name is a NO NO NO to them but now they have gone into the extremity to use the constitutional court order. But since the MALAYSIAN CHRISTIAN love Allah name so much would you care to see the words of Allah too? We call the words Al Quran, would you believe in the Al Quran too? When the Christian claimed that their Holy Bible as God’s word did you really meant it? What do you called the book now when the words God or Father or Lord had been strategically changed by a mortal hand call the scribes by the Holy Bible.
You may want to refer to Jeremiah 8:8 How can you say that we are wise and the law of the Lords (Allah ???) is with us, BUT behold the SCRIBES had made it false to turn it into a lie.
It is a BIG LIE alright, first of all if you change the word Lord here to become Allah any Muslim child can tell you that is not true. Sober up your mind and see the whole truth!!! Didn’t the text in JEREMIAH 8:8 REALLY TRANSLATE OF WHAT THE MALAYSIAN CHRISTIAN PRIEST ARE DOING TODAY?
Wake up people !!! The true facts is LIARS cannot teach you the truth as simple as that.