MAKLUMAN:

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat banjir di seluruh negeri Pahang dari masa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat Pahangku disetiap daerah seluruh negeri diminta membantu dengan menghantarkan maklumat serta gambar jika ada. Lebih mudah jika maklumat dan gambar-gambar berkenaan dihantar ke facebook FanPage PahangKu (Klik Sini)

Saturday, January 5, 2013

Iphone 6 Bakal Dikeluarkan ?


Terdapat berita baik buat pengguna Apple di luar sana. Apple Inc. dikatakan kini sedang menguji iPhone keluaran terbaharu di ibu pejabatnya di Cupertino, di sini.

Pembuat aplikasi bagi iPhone mendakwa, mereka telah mengesan gajet itu dimuat turun dengan menggunakan perisian mereka, sekali gus meningkatkan harapan ia akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Mereka turut mengesan satu versi utama terbaharu bagi perisian yang terdapat pada telefon pintar itu yang dikatakan versi terbaharu kepada model iPhone 5S atau 6.

Pemaju perisian di dalam satu laman blog The Next Web berkata, mereka telah mengesan dan melihat secara keseluruhan versi terbaharu iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 7.

''Salah satu pemaju perisian menunjukkan bahawa Apple sedang menguji perkakasan yang mempunyai kaitan dengan 'iPhone6' yang menggunakan sistem iOS 7.

''Ia dijangka akan dipasarkan oleh Apple pada pertengahan tahun ini,'' kata laman itu.

Bagaimanapun, pemaju perisian itu masih tidak mengetahui ciri-ciri terbaharu yang mungkin akan dimuatkan ke dalam perisian berkenaan sama ada ia telefon biasa ataupun telefon pintar.

Sementara itu, seorang penganalisis teknologi di pusat penyelidikan Gartner, Michael Gartenberg mendakwa, hampir semua firma teknologi utama akan menguji produk terbaharu masing-masing.

'Terbaharu, Apple, Google & Microsoft berkemungkinan besar sedang menguji produk terbaharu mereka,'' katanya menerusi laman twitter sebagai reaksi kepada berita itu. - AGENSI

No comments:

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank