Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 14, 2012

@SukanMsiaXVPhg : PSM Puji Pencapaian Sepak Takraw Wanita


KUANTAN - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memuji prestasi baik yang ditunjukkan skuad sepak takraw wanita sepanjang temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di sini.

Presidennya Datuk Ahmad Ismail berkata beliau terkejut dengan kemahiran yang dipamer mereka khususnya daripada pelajar sekolah yang mempunyai bakat besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.


"PSM akan mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada mereka yang cemerlang di Sukma untuk diserapkan ke dalam skuad elit B negara.

"Saya akui bahawa sukan sepak takraw wanita negara masih baru dan kita amat memerlukan bakat-bakat muda yang berkebolehan bagi mengisi kekosongan skuad kebangsaan," katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.


Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada skuad sepak takraw wanita Terengganu dan Perak yang masing-masing meraih emas bagi acara antara regu wanita (Berdua) dan acara antara regu wanita (Bertiga).

Hari ini masih berlangsung acara Sepak Takraw Lelaki dan Wanita bagi kategori Berpasukan.

0 comments:

share2