KUANTAN - Saingan akhir Bola Tampar Lelaki hari ini menyaksikan pasukan Pahang tewas kepada Johor, 3 - 0.
Walaupun memberikan saingan sengit, namun Pahang masih gagal untuk mendahului Johor dalam sebarang set.
Mereka tewas dengan pungutan mata 23-25 / 23-25 / 24-26. Hadir untuk menyampaikan hadiah hari ini ialah Ketua Kontigen Johor, Datuk Samsolbari.
Pingat Gangsa pula menjadi milik pasukan Selangor apabila mereka berjaya menewaskan Melaka untuk saingan tempat ketiga.
Namun, bagi saingan akhir acara Bola Tampar Wanita menyaksikan pasukan Johor gagal untuk meraih pingat Emas apabila tewas kepada Sarawak.
Johor mempamerkan rentak permainan saingan sengit diset kedua masih gagal untuk memberikan mereka sebarang peluang mendahului Sarawak.
Johor tewas kepada Sarawak 3-1 seterusnya memberikan mereka pingat Perak. Pingat Gangsa pula menjadi milik Perak.
0 comments:
Post a Comment