KUANTAN - Aksi Umar Muhaimi Zurin Azwan pada acara menembak di Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 di sini, nyata menarik perhatian ramai.
Ini kerana, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Pauh, Arau di Perlis adalah peserta termuda bagi acara menembak lelaki.
Penembak cilik yang mewakili Kedah itu, mula berjinak-jinak dengan acara pistol sejak dua tahun lepas.
Gaya bersahaja Umar Muhaimi, 10, ketika membuat bidikan, mencuri tumpuan penonton yang menyaksikan acara 25m pistol lelaki individu di Lapang Sasar Menembak, Kompleks Sukma Pahang di sini, yang membuka tirai Isnin.
Walaupun menduduki tempat ke-25 daripada 26 peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu dengan kutipan 103 mata, Umar Muhaimi tetap berpuas hati dengan persembahan pertamanya di Sukma.
"Saya tidak menang pingat tetapi saya rasa gembira kerana ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat berjumpa dengan ramai penembak lain," katanya.
Acara menembak akan diadakan lagi hari ini di Lapang Sasar Komplek Sukan Negeri Pahang (SUKPA) bagi acara 10m Air Pistol Wanita, 25m Rapid Fire Pistol Lelaki dan 50m Rifle Prone Women.
Acara menembak akan diadakan lagi hari ini di Lapang Sasar Komplek Sukan Negeri Pahang (SUKPA) bagi acara 10m Air Pistol Wanita, 25m Rapid Fire Pistol Lelaki dan 50m Rifle Prone Women.
0 comments:
Post a Comment