Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 10, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Pahang Yakin Ke Peringkat Final


KUANTAN - Skuad Pahang yakin mampu mara ke peringkat akhir acara bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-15 setelah layak ke suku akhir selepas berjaya menjadi johan kumpulan A.
   
Pada perlawanan kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mengatasi Sarawak 2-1.
   
Pahang akan menentang johan kumpulan D, Negeri Sembilan, pada pertemuan suku akhir Selasa ini. Juara bertahan Terengganu pula muncul naib johan kumpulan A.
   
Jurulatih Pahang, Bahazenan Osman berkata beliau yakin anak buahnya dapat melangkah ke separuh akhir nanti dan seterus ke final.
    
Turut sama mara ke peringkat suku akhir ialah Perak dan Selangor mewakili kumpulan B, Sabah dan Perlis pula mewakili kumpulan C, manakala Wilayah persekutuan dan Negeri Sembilan dari kumpulan D.

Jadual bagi perlawanan petang ini adalah seperti berikut:

Perak bertemu Kedah, Perlis bertemu Selangor dan Wilayah Persekutuan bertemu Terengganu akan diadakan di Padang MPK 1, Padang MPK 2 A dan B.

Bagi pasukan Pahang pula, mereka akan bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan pada hari sama jam 8.45 malam di Stadium Darul Makmur.

0 comments:

share2