Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 12, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Kedudukan Pungutan Pingat Jam 5 Petang


KUANTAN - Setakat jam 5 petang hari ini, memperlihat Terengganu berjaya memintas Pahang untuk menduduki tangga kedua dalam carta pungutan pingat.

Terengganu hari ini berjaya memperolehi pingat Emas bagi acara berbasikal kategori 40km Ujian Masa Perseorangan Lelaki. 

Pingat Emas Buat Terengganu dalam acara 177km Wanita (Berpasukan)
Selain itu, Terengganu juga turut menggondol pingat Emas dalam acara Angkat Berat Lelaki bagi kategori 77kg Snacth dan 77kg Clean & Jerk.

Mereka juga turut membolot pingat Emas dalam acara Memanah bagi kategori 70m Compound Wanita. Acara lain yang dimenangi oleh Terengganu ialah acara 110km Lepas Beramai - Ramai Lelaki Berpasukan dan Individu serta acara Merejam Lembing.

Kedudukan Pungutan Pingat Emas temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang akan disiarkan jam 12.00 malam nanti.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 12, 2012 at 6:47 PM

    Kenapa Bola jaring tak dipertandingkan?
    kununnya Pahang tak de pasukan yg kuat....Betul ke?
    Kalau betul......tak gentlemen lah pahang.

share2