Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 12, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Atlet Terengganu Jadi Raja Pecut


KUANTAN - Atlet Terengganu, Harith Ammar Mohd Sobri dinobatkan sebagai raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) Pahang ke-15 setelah mengungguli acara 100m lelaki di Stadium Darul Makmur semalam.
Harith Ammar, 18, melintasi garisan penamat dengan masa 10.84s mengatasi Mohd Helmi Ahmad Awang dari Kedah di tempat kedua yang mencatatkan masa 10.92s.
Pingat gangsa milik pelari Sabah, Eddie Edward Jr yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10.93s.
"Saya memang mensasarkan untuk menang acara 100m dan amat gembira dengan kejayaan ini," katanya.
Atlet kelahiran Setiu itu berkata perasaannya bercampur baur termasuk berdebar dan teruja setelah muncul sebagai jaguh pecut pada temasya berkenaan.
Sementara itu, ratu pecut Sukma edisi ke-15 menjadi milik Zaidatul Husniah Zulkifli dari Pulau Pinang yang menamatkan perlumbaan dengan masa 12.29s.
Lee Jia Qin dari Johor yang mencatat masa 12.45s meraih perak manakala gangsa dimenangi pelari Sabah, Stefbilce Sandy Stephen dengan catatan 12.50s.

0 comments:

share2