Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 17, 2012

Tindakan Tegas Terhadap Peserta Bersih


KUANTAN - Beberapa penyokong kerajaan hari ini meminta supaya tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang disifatkan sebagai 'pengkhianat' negara, yang bertindak melakukan demonstrasi haram dan merusuh di ibu negara baru-baru ini.

Mereka berkata perhimpunan haram yang turut diadakan di Arab Saudi itu, bukan sahaja menjejaskan imej negara, malah bakal mengundang bahaya yang lebih besar kepada ketenteraman dan kesejahteraan negara pada masa hadapan.

Datuk Mohamed Jaafar (BN-Jenderak) ketika membahas usul menjunjung kasih atas titah Sultan Pahang ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, berkata demonstrasi yang sama di Arab Saudi juga dilihat bakal mengundang kesan besar kepada bakal jemaah haji Malaysia.

"Rakyat Iran pernah berdemonstrasi di Mekah, kesannya Arab Saudi 'blacklist' jemaah haji dari Iran selama tiga tahun, apakah kita sanggup hadapi keadaan sedemikian?," tanya beliau.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang bangun mencelah berkata: "Jika jemaah haji Malaysia tidak dibenarkan (menunaikan haji), maka inilah jasa besar (mereka yang terbabit dalam demonstrasi) itu kepada umat Islam di negara ini," katanya sinis.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

share2