Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang merancang untuk ‘membeli’ Malaysia di atas nama demokrasi. Modus operasi demontrasi jalanan dan rusuhan yang berselindung di sebalik topeng ‘Kuasa Rakyat’ baru baru ini telah digunakan sebelum ini di Panama, Nicaragua dan Haiti.
Di sebalik kebangkitan Kuasa Rakyat itu terselindung agenda CIA, NED, Bank Dunia dan IMF.
Di Nicaragua, kuasa asing itu berjaya mengangkat Violeta Barrios de Chamorro menjadi Presiden Nicaragua pada 1990.
Presiden George H W Bush telah bersetuju NED memberi sumbangan dana untuk berkempen kepada calon pembangkang yang dianggap calon proksi Amerika Syarikat (AS).
Walaupun Violeta Chamorro hanya menang 55 peratus undi, namun hasil bantuan manipulasi ketenteraman awam, calon proksi AS itu berjaya dilantik Presiden Nicaragua.
Di Panama, CIA membantu dana kepada Nicolás Ardito Barletta Vallarino untuk bertanding Presiden pada tahun 1984.
Sebelum itu, Barletta Vallarino adalah bekas pensyarah Universiti Chicago, AS dan bekas Naib Presiden untuk Amerika Latin dan Caribbean di Bank Dunia.
Janji Barletta Vallarino adalah untuk memberi ‘kebajikan kepada rakyat’, menyebabkan beliau terpaksa meminjam dana IMF sebanyak US$603 million.
Walaupun rakyat memperolehi sebahagian janji sebelum pilihanraya, namun rakyat dibebani pula dengan mala petaka yang lebih teruk iaitu terpaksa menanggung hutang pinjaman IMF untuk setiap kepala rakyat.
Akibatnya, rakyat kembali memberontak, dan Barletta Vallarino terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden pada tahun 1985.
Ekoran operasi CIA di Panama itu terdedah kepada umum, maka operasi CIA ditukar kulit dengan nama baru, iaitu NED (National Endowment for Democracy)
Di Haiti, Marc Bazin, bekas pegawai bank Dunia juga berjaya dinaikkan melalui pintu belakang iaitu manipulasi ketenteraman awam.
Manipulasi ketenteraman awam bermaksud menimbulkan suasana kekecohan dan rusuhan dalam negara sehingga memaksa pihak berkuasa yang memerintah meletak jawatan, sebelum diambil alih oleh proksi yang menjadi dalang manipulasi.
Pada tahun 1990, dalam pilihanraya di Haiti, Marc Bazin bertanding dengan bantuan dana NED sebanyak $36juta.
Marc Bazin mendapat 14% daripada hasil undian, manakala penyandangnya, Jean-Bertrand Aristide memperolehi undian majoriti, 67%.
Walaupun Jean-Bertrand Aristide dipilih sebagai Perdana Menteri, namun beliau kemudiannya digulingkan pada 1991 oleh pasukan tentera yang ditaja oleh NED dan USAID.
Kemudian, pasukan tentera membentuk kerajaan sementara yang menggunakan kuasa vetonya melantik Marc Bazin sebagai Perdana Menteri pada 4 Jun 1992.
Dan inilah yang sedang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Malaysia. Melalui rusuhan, dia akan menonjolkan dirinya sebagai pemimpin rakyat dan seterusnya menawarkan pelbagai bantuan ekonomi seperti penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.
Namun akhirnya rakyat juga yang terpaksa membayar semula bantuan ekonomi tersebut dengan berlipat kali ganda.
0 comments:
Post a Comment