Oleh Beruang Biru
Masalah
besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir ajaran Islam
mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang
mendakwa dirinya lebih Islamik berbanding orang lain.
Dek
kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal fikiran
anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk masuk
mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang dianjurkan
oleh Islam.
Apabila
kita membaca bait demi bait kenyataan dari Yazid Sufaat, bekas tahanan ISA yang
dikaitkan dengan serangan 9/11, tidak sukar untuk kita meletakkan dirinya ke
dalam kelompok yang suka menyalahtafsir ajaran Islam & taksub pada ideologi
yang songsang.
Menurut beliau, tindakan militan yang didakwa membawa nama buruk
kepada Islam sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah
yang memeluk Islam semakin ramai".
"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah
satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman
mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar".
- Yazid Sufaat,
FreeMalaysiaKini, 21 Mac 2012 -
Ramai
kalangan kita yang mengurut dada dan termenung seketika selepas membaca
kenyataan di atas, sebabnya mudah, sekilas pandang pun sudah tampak betapa
melencongnya fahaman yang dipegang oleh bekas tahanan ISA itu.
Dalam
hal ini Yazid tidak keseorangan sebenarnya. Tidak sedikit orang Islam yang
mengalaminya. Banyak kes yang boleh dijadikan sempadan & pengajaran
disebabkan ketaksuban pada fahaman yang songsang.
Misalnya
peristiwa rompakan senjata di dua Kem Tentera (302 AW & 304 AW) di Grik,
Perak pada 2 Julai 2000 yang
dilakukan oleh sekumpulan pengganas dari kumpulan Al-Maunah & kejadian
berdarah di Memali, Kedah.
Kedua-dua
peristiwa tersebut bertitik tolak dari silap kefahaman pada ajaran Islam,
pendek akal & taksub pada kepercayaan yang ditanam oleh ketua mereka
kononnya kerajaan yang memerintah adalah anti Islam & kafir, kemudian ianya
menjadi motivasi yang menggerakkan mereka untuk mendekati penyelesaian secara
kekerasan & melampaui batasan agama.
Dalam
Al-Quran ada dinyatakan panduan yang menganjurkan umat Islam supaya
bersederhana dan tidak bertindak secara melampau batas, antaranya;-
Surah
Al-A'raf, ayat 31 maksudnya;
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan
sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau;
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas".
Surah
Al-A'raf, ayat 55 maksudnya;
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan
(dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang melampaui batas".
Malah
dalam kitab tulisan Al-Imam Ibnu al-Qayyim (Madarij al-Salikin) juga ada menerangkan peri pentingnya
berhati-hati dengan hasutan syaitan yang kerap berselindung disebalik perkara
yang baik tapi sebenarnya mendorong kepada wujudnya tindakan yang melanggar batasan.
“Sebahagian ulama salaf
berkata: "Apa yang diperintahkan oleh Allah, pasti syaitan akan mengganggu
dengan dua tarikan; sama ada ke arah pengabaian ataupun ke arah berlebihan.
Syaitan menganggap mana-mana daripada dua perkara ini sebagai kejayaan, iaitu
pertambahan atau pengurangan".
Samada
Yazid, Al-Maunah mahupun peristiwa berdarah Memali, mereka berkongsi satu
persamaan yang jelas & titik temu yang setara antara satu dengan yang lain.
Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya & cenderung menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat yang mereka yakini akan mendapat keredhaan
Allah s.w.t.
Walhal
apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat jika caranya
menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka penghujungnya hanya mengundang
nama busuk pada kesucian agama Islam itu sendiri.
Surah
Al-Baqarah, ayat 44 maksudnya;
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan
sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab
Allah, tidakkah kamu berakal?"
0 comments:
Post a Comment