Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 13, 2012

Nadir Bumi Tak Bahaya Di China???



Hairan sungguh apabila segala benda berteknologi tinggi yang tidak berbahaya di luar negara menjadi begitu beradioaktif bila di bawa di Malaysia. 

Paling menghairankan apabila segala produk nadir bumi apabila digunakan sebagai bahan-bahan di dalam kereta hibrid dan telepon serta komputer tak ada pun orang bising memboikot produk-produk tersebut.


Di China di mana menjadi negara pengeluar,melombong dan memproses nadir bumi menguasai 95% pasaran dunia tidak ada pula mana-mana negara Eropah atau mana-mana negara lain memboikot China dan memaksa China menghentikan segala kegiatan melombong dan memproses bahan galian nadir bumi tersebut. Kenapa agaknya?



Tetapi kenapa di Malaysia hanya sebuah kilang memproses nadir bumi dan bukan kilang radioaktif atau sebuah loji nuklir dikatakan begitu berbahaya seolah-olah kilang tersebut memproses bom hidrogen. Anehnya puak yang anti Lynas di Malaysia.



Mendedahkan mengenai penggunaan meluas bahan bahan galian nadir bumi yang telah di proses dan perkaitan industri nadir bumi dengan industri otomotif tempatan iaitu Proton.



Teknologi terkini di dalam industri otomotif ialah kereta hibrid yang berkuasa elektrik. Apa yang tidak diketahui umum secara meluas ialah penggunaan bahan nadir bumi yang telah di proses yang merupakan 90% komponen utama sel kering yang menjanakan kuasa ekektrik kepada kereta hibrid tesebut. 



Ini bermakna Malaysia tidak perlu mengimpot bahan nadir bumi daripada China dan kemungkinan Malaysia mampu menguasai 20% pasaran dunia adalah cerah. - sumber 

Ps: Sampai hari ini, desakan untuk mereka buktikan statistik kematian atau kecacatan yang berlaku di Negara China masih GAGAL dilampirkan.

Malah, mereka juga GAGAL menafikan dakwaan yang dibuat oleh Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mengatakan bahawa Si Fuziah Thoron tu hanya menyelewengkan fakta.

Kalau dah cakap pemimpin dan pakar pun diorang tolak, kita nak ikut cakap diorang menda kejadahnya lagi!!! Baik buat tak tau sudah!!! Kalau dengar pun, buat mengabihkan masa je!!!

0 comments:

share2