SELAMA
hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat
berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan
Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan
Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa
dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan
moral.
Justeru,
amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang
unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu
cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba
mempersoalkan. Paling
tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan.
Inilah strateginya.
Tapi
perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe
dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu
Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan
Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan
mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar
belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah
dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak
pernah berlaku.
DImana
Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan
dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku
ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai.
Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni
Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz
Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting
dalam kes ini.
Suka
juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri
menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak
dibincangkankan ini jauh lebih penting.
Hakikat
yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah
wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih
selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan
Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum
mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan
salah guna kuasanya oleh pihak polis.
Sebagai
pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin
ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang
sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk
menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba.
Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah
pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar
untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.
Tapi
yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan
jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik
menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam
UMNO dahulu – wang.
Walaupun
perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab
individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan
perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih
macam itu, masih macam dulu.
Pendek
kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup,
sekarang dan selamanyalah dia akan korup.
Kita
lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes
ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia
tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa
cara sekalipun.
Malah
sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan
walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.
Kenapa
Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti
mengelak?
Kesimpulannya,
rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan
kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya
hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan
negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh
dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk
memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan
yang ada kaitan dengannya.
Anwar
terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.
0 comments:
Post a Comment