Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 2, 2012

Berimanlah Kepada Allah Bukannya Kepada PAS


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata masuk syurga hanya dijanjikan oleh Allah swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu.

“Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik Allah,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya kenyataan kononnya sesiapa memberi sokongan dan mengundi PAS akan masuk syurga hanya satu janji kosong yang dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat barau-baru ini bahawa PAS tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

Beriman kepada Allah s.w.t bukan beriman kepada parti politik

0 comments:

share2