Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam ini.
Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.
"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.
Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.
"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?," katanya.
Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.
Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu.
Ternyata DS Najib lebih popular daripada Anwar Ibrahim. Walau apapun fitnah dan rekayasa yang dibuat oleh Anwar, beliau tetap tidak mampu menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan DS Najib Razak dan BN khususnya. Sedangkan Anwar sendiri semakin ditolak bukan sahaja oleh rakyat Malaysia sebaliknya penyokong pembangkang sendiri.
KITA LEBIH yakin kepada pimpinan yang consistent Dato' Seri Najib dari Anwar yang popular kerana helah dan masaalah moral.
Rakyat perlu kemajuan .. zaman sandiwara sudah berakhir...