Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 21, 2012

Fuziah Kena Main Dalam Dewan




Ahli Parlimen PKR, Kuantan Fuziah Salleh mungkin jangka beliau akan terus jadi heroin memekak isu kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Al maklumlah, beliau berjaya timbulkan isu itu serta heret segelintir penyokong beliau dan penduduk setempat menentang projek yang memberi peluang ekonomi dan pekerjaan pada anak tempatan.

Namun, Kerajaan Pusat dan Pahang dapat menangani isu tersebut dengan penjelasan bahawa kilang itu tidak memudaratkan kesihatan. Gelora dalam pembangkang mengenai Lynas mula timbul apabila ahli parlimen PAS Hulu Langat, Dr Rosli Che Mat yang berpengetahuan tentang nuklear menegaskan bahawa Lynas tidak memerbahaya.

tahniah haji hadi awang, dr. rosli...
tegakkan kebenaran, walaupun pahit!

Kemuncak isu itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setuju penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji isu kilang tersebut.
Apabila pembangkang menolak menyertai PSC dan meninggalkan sidang Parlimen sebaik usul penubuhan jawatankuasa itu diluluskan, sudah jelas isu Lynas hanya modal politik murahan pembangkang terutama Fuziah.
Beliau tahu, pembangkang kini tersepit untuk berdepan rakyat yang mula sedar bahawa PKR,DAP dan PAS hanya hebat bercakap tetapi kadangkala macam tong kosong. Asal nampak boleh untung, semua hendak dipolitikkan.
Sebab itulah Ahli Parlimen BN Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, hentam cukup-cukup sikap pembangkang yang dianggapnya sudah tidak ada modal menjelang pilihan raya umum.
Ketika membangkitkan isu itu, beliau kesal kerana pembangkang menentang jawatankuasa tersebut. “Seolah-olah (Pembangkang) tidak ada keadilan dalam isu-isu tertentu.
Dalam Dewan ini juga perlu ada keadilan. Kalau ada jawatankuasa, pembangkang ada wakil, bolehlah duduk berbincang. Mereka boleh bangkit isu ini sebab isu rakyat..tetapi kalau pembangkang minat nak bela rakyat, tak akan ada protes nak keluar pintu Dewan,” tegasnya.
Tambahnya, “ Pembangkang mengatakan protes, tak mahu terlibat kononnya tak guna berbincang..tak ada kesan. Isunya, kadang-kadang Perdana Menteri tukar keputusan bergantung keadaan dan kepentingan rakyat. Kenalah bagi peluang merayu supaya ada keputusan.”. Usul penubuhan jawatankuasa itu menghangatkan Dewan Rakyat, pagi Selasa..
Selepas perbahasan itu, ahli parlimen pembangkang yang tidak sependapat mendakwa,tindakan kerajaan menubuhkan PSC itu hanya cubaan menutup keburukan terhadap pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu.

"Kami harap dapat ambil bahagian (dalam PSC), tetapi tiada makna... Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan memanipulasi situasi itu," kata Fuziah dalam sidang media kemudiannya.


Sekarang siapa yang kena dalam isu Lynas... kesian Fuziah!! Silap-sliap kantoi terus dalam pilihanraya nanti. - agendadaily

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 21, 2012 at 2:22 PM

    Aduhhh pujiah ni.tlg la..dimana anda slps ini?

share2