Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 13, 2012

PAHANG SEJAHTERA DIBAWAH BN




1. Semua percaya bahawa PRU semakin hampir, dan sudah tentu ianya benar. Cuma tiada siapa yang tahu bila ianya akan berlaku.

2. Di Pahang, pihak pembangkang kononnya tak sabar-sabar untuk PRU dan ke Putrajaya, kononnya rakyat  akan memberi sokongan kepada mereka.

3. Hakiktanya negeri Pahang sangat berbeza dengan negeri-negeri lain, terutamanya Kelantan dimana rakyat Pahang hidup dalam aman, bahagia dan harmoni serta sejahtera.

4. Sejak dari tarikh kemerdekaan, Pahang tidak pernah jatuh kepada pembangkang dan diurus tadbir oleh Menter-menteri Besar dari UMNO/BN dengan sangat baik. Kerana itulah rakyat hidup dengan bahagia. Kerajaan tidak menjanjikan syurga kepada rakyatnya kerana syurga adalah milik Allah untuk hambanya yang bertakwa.

5. Di Negeri lain, dimana rakyatnya tidaka dapat diberikan kemakmuran oleh pemimpinnya, maka untuk menutup kelemahan pentadbirannya, maka pemerintahnya memaniskan mulut dengan menjanjikan syurga kepada rakyatnya....syurga yang bukan milik mereka dan bahkan mereka sendiri tidak dijanjikan mendapat syurga itu.

6. Dengan hanya menang 5 dari 42 kerusi DUN Pahang, apakah harapan pembangkang untuk menang dan memerintah di Pahang? Kerana itulah Tuan Ibrahim Tuan Man berani berjanji untuk memberikan tanah jika pembangkang memerintah Pahang. Hakikatnya bukan tanah yang dijanjikan itu yang mereka sasarkan, tetapi adalah untuk menangi PRU dan berkuasa.

7. Negeri Pahang dan rakyatnya sudah cukup sejahtera dan berkeyakinan tinggi dengan pemerintahan kerajaan yang ada. Perubahan pemimpin tidak perlu sama sekali, tambahan pula untuk menukarkan kepimpinan PM DS Najib yang sentiasa mendahulukan rakyat kepada Anwar Ibrahim yang hanya mementingkan dirinya sendiri adalah sesuatu yang mustahil.

8. Memilih pembangkang adalah memilih untuk membenarkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Tentu ramai yang jijik dan tidak sanggup berperdanamenterikan seseorang yang sudah jelas tidak bermoral dalam banyak isu termasuk perhubungan seks dan seks songsang.

9. Kesilapan seluruh rakyat Malaysia dalam PRU lalu adalah termakan pengaruh dan dakyah pembangkang, namun kali ini kita percaya bahawa rakyat tidak akan mengulangi kesalahannya sekali lagi. Kerusi-kerusi DUN N1 (Tanah Rata), N7 (Tras), N12 (Beserah), N32 (Kuala Semantan) dan N38 (Triang) akan dirampas semula. Rakyat Pahang telah bertekad untuk memberikan sokongan padu kepada kepimpinan DS Najib dan Barisan Nasional.

10. Rakyat Pahang melihat dengan jelas bahawa janji-janji Pilihanraya pihak pembangkang hanyalah dusta semata-mata. Negeri-negeri yang diperintah pembangkang kelihatan lebih daif lagi dari dari ketika dibawah pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Wakil rakyatnya hanya pandai memberi janji palsu dan menjanjikan apa-apa yang bukan milik dan hak mereka.

10. Kita akan memilih kerajaan yang lebih menyakinkan dalam PRU akan datang dan ianya tidak lain dari kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional. 

11. Memilih Barisan Nasional adalah memilih DS Najib. Memilih pembangkang adalah memilih Anwar. Tentu rakyat Pahang dan rakyat Malaysia akan memilih DS Najib yang lebih menyakinkan dari Anwar yang mencurigakan dan menjijikkan.


0 comments:

share2