KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.
"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ. (Baca Selanjutnya di Utusan Malaysia Online, Klik Sini)
Akhirnya kita melihat bahawa Pakatan Pembangkang semakin rapuh. Pas sudah semakin tidak dapat bersetuju dengan kebanyakan pendapat dari PKR.
DAP pula sebagaimana biasa akan sentiasa berlainan pendapat dan menyanggah Pas. Terbaru mengenai isu sambutan Hari Kekasih. (Baca Sini) dan (Sini)
Demikianlah, kepura-puraan mereka selama ini akhirnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka sememangnya berlainan halatuju dan perjuangan. Kesamaan antara mereka hanyalah keinginan berkuasa dan menguasai Putrajaya.
Untuk suatu ketika, mereka boleh bersetuju untuk bersama-sama, dengan sedikit mimpi yang diberikan oleh Anwar Ibrahim maka mereka cuba untuk berkongsi mimpi, namun hakikatnya adalah Pas dan DAP ibarat minyak dan api atau kucing dan anjing yang tidak mungkin dapat bersama.
Yang sangat mengecewakan umat Islam dinegara kita adalah apabila Pas melacurkan perjuangan Islamnya, perjuangan melaksanakan negara Islam, hukum hudud dan sebagainya telah diketepikan hanya semata-mata untuk berkongsi mimpi dengan DAP.
Sehingga Pas terpaksa menukar hala merjuangan mereka daripada asalnya memperjuangkan kepada hanya memperjuangkan negara berkebajikan yang sejak dahulu lagi dilakukan oleh kerajaan BN.
Tidakkah Pas melihat bahawa apa yang diperjuangkan mereka selama ini adalah sama seperti apa yang telah kerajaan UMNO BN perjuangkan dan lakukan sejak dahulu lagi? Jikalau persamaan itu sudah ada, kenapa Pas sengaja mencai perbezaan diantara kedua-duanya?
Bukankah Pas dan UMNO adalah Bangsa Melayu? Islam dan perjuangkan kabajikan rakyat? Bahkan DS Najib dengan tegas menyatakan bahawa rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Justeru kenapa tidak Pas sertai saja UMNO BN dengan apa cara sekalipun.
Pengikut Pas yang celik mungkin sudah bosan dengan permainan politik pemimpin Pas. Mungkin mereka sendiri secara peribadi boleh mengambil tindakan dengan meninggalkan perjuangan sia-sia Pas dan sertai perjuangan UMNO yang jelas dan nyata.
Ramai penyokong Pas sudah sedar dan kembali kepangkal jalan, anda bila lagi?
0 comments:
Post a Comment