Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 28, 2012

Pemimpin PAS Janjikan Tanah Kubur Buat Rakyat


Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji Pas yang mahu memberikan mereka tanah untuk lot rumah sekiranya dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang kini mempunyai tanah seluas 3.6 juta hektar dan daripada jumlah itu hanya tiga peratus iaitu kira-kira 100,000 hektar yang boleh digunakan.

“Yang lain adalah tanah rizab seperti rizab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?

“Jadi, orang jahil ini hanya boleh menipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir sebagai tetamu khas pada majlis perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini semalam.

Hadir sama sebagai tetamu khas ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata, setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti.

Adnan berkata, walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, beliau tetap berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) akan tetap memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau nak kira pasal isu, sampai kiamat pun tak habis. Pembangkang akan terus bangkit pelbagai isu di sini. Tetapi saya yakin BN bukan sahaja akan kekal memerintah di Pahang, malah di Putrajaya juga,” katanya.

0 comments:

share2