KUANTAN - Dengan kerjasama daripada Institusi Pengajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS Malaysia), satu persidangan telah dianjurkan bagi membincangkan soal pendidikan Islam diperingkat pengajian tinggi.
Persidangan kali kedua ini adalah merupakan kesinambungan daripada persidangan pertama yang diadakan di Kuala Lumpur tahun lalu.
Selaku penganjur utama, Yayasan Pahang menjadi tumpuan utama apabila menjadi tuan rumah kepada persidangan dua hari yang diadakan di Kompleks Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur baru - baru ini.
Sepanjang persidangan tersebut, pelbagai pihak telah membentangkan kertas kerja masing - masing berkaitan dengan kemajuan serta masa hadapan pengajian tinggi pendidikan Islam dirantau Asia.
Panel - panel serta penyampai - penyampai kertas kerja ini terdiri daripada wakil - wakil institut pengajian Islam seluruh dunia yang dari dari pelbagai Negara seperti Jordan, Mesir, Pakistan, Arab Saudi, Filipina, Bangladesh, Indonesia dan banyak lagi.
Antara kertas kerja yang dibincangkan ialah mengenai Pengajian Tinggi Dalam Dunia Islam, Perkembangan Pusat Pengajian Tinggi Swasta Di Negara - Negara Indo-Pak, Pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia dan pelbagai lagi.
Dalam Majlis penutup yang dirasmikan oleh YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada deligasi yang hadir.
Beliau berharap agar setiap pembentangan kertas kerja yang telah dibuat dapat dimanfaatkan secara menyeluruh bagi peningkatan mutu pengajian tinggi Islam di Malaysia dan juga diseluruh dunia.
"Kerajaan Negeri Pahang sentiasa bersedia membantu pihak - pihak tertentu bagi memudahkan mereka untuk membuka Kolej atau Universiti Islam didalam Negeri Pahang.
Hasrat ini adalah bagi mengukuhkan keperibadian Ummah dan memartabatkan agama Islam dimasa akan datang," kata beliau sewaktu menyampaikan ucapan perasmian penutup bagi persidangan tersebut.
Namun, komitmen dari kalangan Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agak mendukacitakan kerana mereka tidak hadir sewaktu Majlis Perasmian Penutup diadakan.
0 comments:
Post a Comment