Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 23, 2011

Jambatan Baru Untuk Kepentingan Penduduk


Penduduk di sekitar Kampung Sungai Buloh Ahmad di sini perlu memanfaatkan jambatan yang baru siap dibina kerana ia memudahkan mereka berulang-alik ke pekan berhampiran.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Buloh, Ahmad Jafri Dolah berkata, penduduk perlu memahami bahawa tidak semua tempat yang memohon jambatan, diluluskan.

Menurutnya, jambatan yang bernilai RM5 juta itu bukan sahaja digunakan penduduk untuk mengangkut hasil pertanian, malah turut digunakan sebuah syarikat perladangan bagi tujuan sama.

“Desas-desus mengatakan pembinaan jambatan ini membazir adalah tidak benar dan seharusnya mereka yang mengeluarkan kenyataan seperti itu perlu berfikir semula,” katanya di sini, baru-baru ini.

Ahmad Jafri berkata, kerajaan menyalurkan peruntukan besar untuk membina jambatan baru selepas meneliti permohonan penduduk bagi menggantikan jambatan lama yang sudah uzur.

Tambahnya, ia juga bagi memudahkan perhubungan penduduk di seberang Sungai Semantan yang turut mempunyai sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

“Saya harap penduduk menggunakan jambatan ini dengan sebaik mungkin bagi manfaat bersama dan tidak lagi mempertikaikannya,” katanya.

0 comments:

share2