Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 20, 2011

Manoharan Mengancam Keselamatan Negara?


Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, dengan kenyataan itu, maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah, mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).

''Saya rasa pemikiran Manoharan masih terjajah. Dalam keadaan kerajaan serius melakukan transformasi politik, mereka masih dengan perangai lama untuk sengaja menimbulkan huru-hara dalam negara. - Utusan Malaysia

Tak payah tunggu mereka menang majoriti. Sekarang ni P.Pinangpun dah memang dalam keadaan bahaya terutama orang melayu islam. Lim Guan Eng suka suka nak ubah P.Pinang macam Singapore. Orang melayu dan india dipinggirkan. Tiada projek rumah rakyat sebaliknya hanya rumah rumah mewah dibina.

Orang melayu dan india disingkir secara halus ke tanah besar. Habis keturunan orang melayu kat tengah pulau dikerjakannya.

0 comments:

share2