Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 22, 2011

LYNAS - FUZIAH REAKTOR GIGIT JARI




Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata protes yang dilancarkan ke atas usaha membuka kilang memproses nadir bumi di Kuantan merupakan satu tindakan politik untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau tiada apa-apa halangan ke atas projek yang diusahakan Lynas Corp Ltd itu dan "kerajaan tidak sepatutnya takut untuk meneruskan projek tersebut."

Mahathir memberi alasan, kilang yang dicadangkan untuk dibina di Kuantan itu telahpun diperiksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tetapi agensi berkenaan tidak melaporkan bahawa is merupakan projek berbahaya.

"Namun protes masih berjalan. Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, protes ini (bertujuan) politik. Kita perlu berhati-hati dengan bahan radioaktif. Tetapi kita tidak boleh membiarkan aktivis politik dan pencinta alam sekitar yang palsu menghalang kita daripada keuntungan ekonomi yang ditawarkan nadir bumi," katanya.

Beliau mendakwa, pihak berkenaan telah menimbulkan cerita yang tidak berasas untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Tidak kiralah sebanyak mana penyiasatan dan kajian dibuat, protes ini akan berterusan. (Protes) ini bukan berkenaan bahaya kepada kesihatan. Ia adalah berkenaan (usaha) menewaskan kerajaan dalam pilihan raya akan datang," katanya di blog chedet.cc hari ini.

Memang betulpun. Tujuan utama Fuziah bangkit isu ini bukanlah kerana dia prihatin kepada alam sekitar apatahlagi kepada masyarakat. Niat sebenar dia hanyalah utnuk memburukkan Kerajaan negeri Pahang sahaja. 

Kalau dilihat sejarah, sebelum PRU 2008 begitu banyak laporan mencemarkan alam sekitar terutama aktiviti mengorek pasir dibangkitkan di Selangor. Boleh dikatakan setiap hari kita boleh lihat di TV3. Itu sebelum DAP menang di Selangor. 

Dan sekarang apabila mereka sudah pegang Selangor dan dapat keuntungan daripada mengorek pasir, mereka terus senyap sunyi. Langsung tak ada berita dilaporkan walaupun mereka menceroboh sehingga hampir hancur tanah sungai di Selangor.

Begitu jugalah sekiranya mereka berjaya menawan Pahang jika menang PRU. Isu Lynas akan mereka senyapkan terus. Tahu tahu je dah berbilion ringgit mereka kaut masuk dalam poket. Bak kata Ostad PAS; " Wal Harammu Wal Halalku"

0 comments:

share2