Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 11, 2011

LYNAS: BUAT APA MENGABIHKAN DUIT???


KUANTAN 10 Julai — Kilang pemprosesan nadir bumi yang diusahakan Syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd., anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, akan memasang dua unit alat khas bagi memantau bahan radioaktif dalam kandungan udara di dua lokasi tapak kilang itu di Gebeng tidak lama lagi.
Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn. Bhd., Datuk Mashal Ahmad berkata, alat yang dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar jenis aerosol itu bernilai RM700,000 setiap satu, dan dibeli dari Austria.
Beliau berkata, kedua-dua alat itu akan diserahkan kepada pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk dikendalikan operasinya setiap masa.
"Sebuah alat itu akan diletakkan di tapak pejabat AELB di sini, manakala sebuah lagi akan ditentukan lokasinya kemudian, dan orang ramai, khususnya penduduk, boleh datang sendiri untuk lihat bacaan yang dicatatkan alat ini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Ketua Pengarah AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan ke pejabat sementara lembaga berkenaan di tapak kilang itu hari ini.
Mashal berkata, alat pemantau khas itu berupaya mengesan segala jenis bahan radioaktif yang terdapat dalam udara, dan ia dilihat amat signifikan dengan operasi projek kilang bernilai RM2 bilion itu. — Bernama
Pelik jugak dengan tindakan Syarikat Lynas ni. Buat apa la diorang susah - susah nak mengabihkan duit dengan memasang benda macam ni?

Kan dah ada sistem yang lagi canggih dari itu? Sepatutnya diorang letak Si Fuziah 'Reaktor' tu kat kawasan Kilang tu. Biar dia je yang buat pemantauan secara harian.

Kalau dia jatuh sakit akibat kanser, maknanya kilang tu memang ada mengeluarkan radiasi. Kan senang kalau macam tu?

Dia pun tak payah nak susah - susah berkempen untuk Pilihan Raya lagi lepas ni. Anggap je kerja tu sebagai amal jariah yang tak payah dibayar gaji.

Ada jugak faedahnya daripada dia jadi Ahli Parlimen yang tak buat apa - apa melainkan menipu rakyat!!!

0 comments:

share2