Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2011

TUAN IBRAHIM DIMALUKAN ANGKARA POLITIKING DALAM PAS

Deme tak hormat langsung dan memalukan koi je.
Koi tengah memikir nak cari jalan lain yang lebih baik, mungkin dalam "KITA"


E-mailCetakPDF
KUALA LUMPUR : Mohamad Sabu menang setelah dipilih oleh perwakilan bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden PAS yang baru bagi sesi 2011-2013. ini adalah percubaan keduanya bagi jawatan tersebut setelah gagal memenanginya pada pemilihan sesi yang lepas.
Pengumuman telah dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi. Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu memperolehi 420 undi berbanding Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man  399 dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa 224  undi daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, tiga dipilih ialah Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar. Salahuddin dan Mahfuz adalah penyandang jawatan. Mereka meninggalkan tiga lagi calon yang lain iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.  - ( Pahang Kini)


Malang, sedih dan sungguh terhinanya perasaan penyokong Pas Pahang apabila calon berwibawa dari Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man tewas dalam pemilihan bagi jawatan Naib Presiden Pas baru-baru ini. Imej bersih dan warak Tuan Ibeahim telah dicemari oleh hanya kepada seorang Tokoh mulut celupar Mat Sabu yang merupakan orang yang memberikan nama Al-Juburi terhadap Anwar Ibrahim dulu.


Untuk maklumat, Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat didalam bilik hotel di Kota Baharu namun dengan budi-bicara Nik Aziz ianya dilepaskan. Apakah wajar insan yang sedemikian diangkat melebihi dari Tuan Ibrahim yang tidak terdapat melakukan kesalahan sedemikian?

Jelas bahawa dalam Pas pun mereka bermain politik dan kemenangan Mat Sabu adalah petanda sokongan Nik Aziz masih kuat didalam Parti sehingga Hj. Hadi selaku Presiden Parti terpaksa menunjukkan sikap mengalah kepada Nik Aziz, dalam kata lain beliau adalah Presiden Parti yang tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dan terpaksa tunduk kepada Nik Aziz.

Kekalahan Tuan Ibrahim Tuan Man sukar untuk dimaafkan oleh penyokong Pas Pahang kerana beliau adalah 'ayam tambatan' Pahang. Menentukan kekalahan Tuan Ibrahim adalah agenda pihak tertentu yang ingin menyekat pengaruhnya diperingkat pusat. Bagaimanapun kekalahan ini turut memberi kesan kepada Tuan Ibrahim didalam PRU13 nanti kerana maruahnya sudah tercalar dan beliau sudah tidak dihormati seperti dahulu lagi.

Nampaknya penyokong Pas Pahang sudah ditipu dan dipermainkan, bahkan Pas Pahang bagaikan tidak dihargai langsung diperingkat pusat dan ini adalah gara-gara permainan politik orang tertentu yang tidak ingin 
Tuan Ibrahim naik terlalu tinggi kerana inginkan tempat berkenaan untuk jadi miliknya.


(Klik Sini - Ularmak Pas)

1 comments:

  • Anonymous says:
    June 9, 2011 at 8:54 PM

    Tak lama lagi pencenlah orang tua ni...

share2