Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 16, 2011

Gempa Di KOMTAR, Lim Guan Eng Cirit Birit


PULAU PINANG 15 Jun - Pada pilihan raya umum lalu, penduduk di Ladang Batu Kawan, Seberang Perai Selatan mengundi pembangkang selepas dijanjikan kebajikan serta nasib mereka akan dibela.

Namun, setelah tiga tahun kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, semua janji manis itu hanya tinggal janji.
Merasakan diri mereka diperdaya demi kepentingan politik peribadi, kira-kira 100 penduduk ladang itu berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.

Kumpulan itu pada Mei lalu pernah melancarkan mogok lapar berhampiran Stadium Batu Kawan kerana isu sama. Mereka berkumpul kira-kira 30 minit sambil membawa bendera berwarna hitam sebagai tanda tidak puas hati terhadap wakil rakyat DAP.

Kumpulan penduduk itu mendesak untuk berjumpa Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum menuntut perkara-perkara yang pernah dijanjikan oleh Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengerusi Kuil Sri Mahamuthu Mariamman, A. Nallakumar yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, mereka mahu berjumpa sendiri dengan Guan Eng kerana sudah tidak mempercayai Ramasamy.

"Kami mahu berjumpa sendiri Ketua Menteri selaku pemegang amanah rakyat. Kami mahu Ketua Menteri selesaikan masalah kami yang telah berlanjutan begitu lama. Ramasamy telah berjanji untuk berbuat demikian dulu, tapi sampai sekarang tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan berjumpa Pembantu Pegawai Komunikasi, Pejabat Ketua Menteri, D. Bhaveneswary untuk menyerahkan memorandum berkenaan. Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai selepas diarahkan oleh polis. - Utusan Malaysia

Sekali lagi Guan Eng "diserang" dipejabatnya sendiri. Aku rasa cina inilah satu satunya Ketua Menteri dalam Malaysia yang kena gempur kat pejabat sendiri. Memalukan betul. Sah cina ni tak layak jadi Ketua Menteri. 

Nasihat buat semua kaum di Malaysia, jangan percayakan DAP. DAP hanyalah parti rasis kaum cina. Mereka tidak akan mempedulikan nasib kaum lain. Yang mereka tahu hanyalah mengaut keuntungan ekonomi hanya untuk bangsa sendiri.

2 comments:

  • Anonymous says:
    June 16, 2011 at 5:58 PM

    Melayu dan India Penang juga yang bodoh sangat sokong Cina babi ni buat apa? Sekarang bila sudah tersepit baru sedar langit tinggi rendah. Kezaliman DAPig akan berterusan selagi memerintah, tunggulah akan muncul pula tindakan melampau baru yang akan membuat orang Melayu dan India sakit jiwa. Satu cara sahaja untuk hentikan segala tindak-tanduk gilaini: TUKAR PEMERINTAH DALAM PRU AKAN DATANG! Ada arti ka?

  • Anonymous says:
    June 26, 2011 at 12:40 AM

    dulu masa BN perintah melayu Penang ada kayo koo...2x5=10 lol

share2