Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 19, 2011

SIDANG DUN PAHANG (9): Pembangkang 'Masuk Air'


"Ambo malu air bersih kelate dok bulih lagi"

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak pernah mengugut ADUN sebaliknya beliau minta ADUN memberi perhatian serius supaya senaraikan kawasan bermasalah air dalam masa tempoh dua minggu untuk tindakan segera. Tegasnya lagi "mana-mana ADUN yang tidak menyenaraikan kawasan itu dianggap tidak berminat atau tiada masalah tersebut di kawasan mereka".

Memang tidak dinafikan masalah bekalan air sering dilaporkan oleh media-media dan ianya sudah tentu dalam pengetahuan Menteri Besar Pahang. Namun ada juga masalah bekalan air ini yang tidak diketahui oleh Menteri Besar dan tidak dilaporkan oleh media contohnya masalah bekalan air di Batu Sawar dalam DUN Kerdau. Sebanyak RM 9 juta diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Batu Sawar.

Disebabkan keperihatinan kerajaan lah maka Menteri Besar meminta senarai kawasan yang mengalami masalah bekalan air supaya ianya tidak tercicir dari senarai tersebut. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana telah meluluskan peruntukan kepada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah yang selama ini membelenggu kehidupan rakyat Negeri Pahang.

Pembangkang sepatutnya gembira kerana Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan tersebut. Pembangkang seolah-olah gusar seperti masuk air kerana masalah bekalan air akan selesai dan pembangkang akan kekeringan idea dan isu untuk menghentam kerajaan negeri. Nasib baik Negeri Pahang diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional, kalau diperintah oleh pembangkang mungkin masalah bekalan air bersih pun belum dapat diselesaikan sebagaimana Negeri Kelantan.

0 comments:

share2