Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang berlabuh pada hari semalam. Sudah semestinya penggulungan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang adalah sesi yang sangat dinanti – nantikan dan menjadi tumpuan semua pihak.
Sewaktu MB Pahang memberikan penjelasan, semua pihak memberikan tumpuan kepada ucapan beliau. Hujah-hujah yang bernas dan diselang-seli dengan contoh dan cerita menyebabkan semua hadirin terpaku mendengarnya.
Alangkah terkejutnya satu dewan apabila MB Pahang panggil beberapa kali ADUN Beserah (PAS) yang sedang tidur dan beliau dikejutkan oleh ADUN Kuala Semantan (PAS). Gelagat ADUN Beserah (PAS) yang terkejut dari lena disaksikan oleh semua ADUN-ADUN, Ketua-Ketua Jabatan, pemerhati dan pelajar sekolah dari Sek.Men.Keb. Air Putih Kuantan.Sungguh memalukan apatah lagi MB Pahang sedang menjelaskan isu Lynas yang berlaku di kawasan DUN Beserah.
“Orang sedang cerita pasal isu di kawasan dia tapi dia bantal tidur pula”, ujar seorang pemerhati. Macam ini ke wakil rakyat yang memperjuangkan suara rakyat.
Maka tidak hairan kalau dia sendiri tidak faham mengenai isu Lynas ini atau dia memahaminya tetapi mengikut persepsi sendiri. Sebab itu rakyat pun jadi keliru dibuatnya dan mudah diperkudakan oleh DAP. Sehingga tidak dapat membezakan mana yang benar dan salah.
ADUN Beserah (PAS) tidak perlu menjadi hero lagi di luar dewan selepas ini sebab semasa MB Pahang bagi penerangan tentang isu Lynas di Gebeng dalam DUN Beserah tetapi dia tidur. Macamana dia mahu beri penjelasan kepada rakyat, jangan nanti dipusingkan cerita sehingga
“pisang dipanggil apple dan betik dipanggil pisang”.
0 comments:
Post a Comment