Sarawak sebenarnya membangun dari segi infrastruktur.
From Sibu With Love
Setiba kami di Sibu, kami disambut oleh kenalan saya, berbangsa Cina bernama Kueh Too Kwong. Beliau membawa kami meronda sekitar Sibu. Menurut beliau, suasana PRN kali ini tidak terlalu meriah seperti PRN sebelum ini. Hanya malam baru ada aktiviti dari SUPP dan DAP.
Kueh Too Kwoong dan Sri Tri Buana.
Beliau meramalkan peluang BN untuk menang di kawasan majorit kaum Cina adalah 50/50. Mr. Kueh sendiri merupakan penyokong tegar BN, dan menmurut beliau, yang menggusarkan adalah undi kaum muda Cina yang mungkin terpengaruh dengan DAP.
STB dan Mr. Kueh diceramah SUPP
Mr. Kueh turut meramalkan, kemungkinan besar kerusi pembangkang bertambah dari 8 ke 10 atau 15, dan kebanyakkan dari DAP. Ini membuktikan, trend undi kaum Cina masih bersama pembangkang. Di kawasan majoriti bumiputera, mengikut Mr. Kueh, akan dimenangi oleh BN. Beliau memberi contoh DUN Nangka yang mana ditandingi oleh bumiputera.
Sebelum kami meninggalkan Sibu untuk kembali ke Kuching, Mr. Kueh menjamu kami makan malam disebuah restoren mewah. Di akhir pertemuan, Mr. Kueh melahirkan keyakinan BN akan menang besar, dua per tiga dan akan membentuk kerajaan.
0 comments:
Post a Comment