Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 1, 2011

Isu Radiasi : Fuziah Kantoi

Kuantan, 1 April 2011 : Cubaan mengalih isu video seks melibatkan pemimpin utama pembangkang yang kini sedang menjadi sebutan di serata ceruk negara gagal apabila Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob berjaya mematahkan hujah-hujah palsu pembangkang.

Isu berkenaan radiasi ini sengaja dibangkitkan kerana Fuziah Saleh, Ahli Parlimen Kuantan cuba mempengaruhi penduduk Kuantan kononnya keselamatan mereka terancam dan beliau cuba mengambil kesempatan menonjol kembali kerana bimbang penduduk Kuantan sudah melupainya.

Apa yang menghairankan Fuziah Saleh seolah-olah terlebih pakar dalam bab nuklear ini daripada pakar-pakar Nuklear. Janji-janji palsu Fuziah Saleh semasa Pilihan Raya Umum yang lalu sebenarnya seperti radiasi yang meranapkan harapan penduduk Kuantan.

Pahang jamin tiada kesan radiasi
BENTONG 31 Mac – Kerajaan Pahang memberi jaminan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporations Ltd. (Lynas) dari Australia untuk menghasilkan produk berkaitan tenaga di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan adalah selamat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan, sebelum meluluskan tapak pembinaan kilang tersebut, kerajaan negeri telah mendapat penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan pakar mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.

Menurut beliau, pembinaan kilang tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan loji nuklear sebagaimana digembar-gemburkan sesetengah pihak sehingga menyebabkan orang ramai berasakan kehidupan harian mereka terancam.

‘‘Pembinaan kilang itu sengaja dijadikan isu oleh parti pembangkang dan cuba mengheret penduduk.

‘‘Kita memberi peluang kepada penduduk yang berasa bimbang dengan pembinaan kilang tersebut meluahkan perasaan mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

Sebelum itu, Adnan dan semua anggota Exco kerajaan negeri mendengar penerangan daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.

Menurut Adnan, pihaknya berharap penduduk Kuantan tidak panik atau gusar apabila kilang itu beroperasi kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut kerana ia akan dikitar semula.

‘‘Kita akan memberikan penerangan kepada penduduk Kuantan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjelaskan isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.

‘‘Rakyat berasa terancam kerana pembinaan kilang tersebut telah disensasikan oleh pembangkang apabila dikaitkan dengan kesan kebocoran radiasi yang berlaku di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima, Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

‘‘Kilang yang dibina di sini tidak sama dengan loji stesen nuklear Fukushima dan sebenarnya tidak ada pun loji yang dibina di kawasan berkenaan,” katanya.

Sebaliknya jelas beliau, granite yang digunakan untuk menghasilkan produk berkaitan tenaga itu adalah jauh lebih rendah kandungan radiasinya iaitu pada ukuran sekitar 0.17 mikro. (Sumber : Utusan Malaysia)

0 comments:

share2