Anuwar sudah pasti semakin lemas kerana satu lagi 'bongkar didedahkan' oleh orang yang pernah jadi orang kuat Anuwar iaitu Raja Petra. RPK telah mengakui Anwar membuat penipuan besar mengenai kisah Dato Sri Najib terlibat dlm Pembunuhan Altantulya. Penipuan dan fitnah yang dirancang Anwar bagi menjatuhkan kepimpinan Dato' Sri Najib.
RPK yang menjadi pecacai kpd Anwar sudah mendedahkannya bermakna kisah kematian Altantuya yang selama ini didendangkan kononnya ada kaitan dengan Dato' Sri Najib dan Rosmah adalah fitnah semata-mata.
Alhamdulillah satu demi satu pembohongan Anuwar terdedah. Semoga kita sentiasa berhati-hati apabila menerima satu-satu berita atau cerita, siasat dan pertimbangkan dahulu serta jangan terus mempercayainya kerana dibimbangi kita percaya kepada fitnah yang disebarkan.
Pembangkang hanya tahu membangkang dan bebas menuduh orang kononnya ada bukti tetapi sebenarnya hanya rekaan dan pembohongan semata-mata. Ramai yang menjangkakan bahawa PKR akan hancur pada akhir tahun ini.
0 comments:
Post a Comment