Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 22, 2011

Orang Asli Terima Lesen Memandu

KUALA LIPIS 21 Mac - Seramai 3,195 warga emas termasuk dari kalangan Orang Asli berjaya mendapat lesen memandu kelas B2 menerusi program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) sejak 2009. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, sebelum ini golongan tersebut sukar untuk menjalani ujian untuk mendapatkan lesen di jabatan itu kerana terletak di pekan atau bandar.

Beliau menjelaskan, untuk mendapatkan lesen tersebut menerusi sekolah memandu pula, bayarannya adalah antara RM211 sehingga RM261.

"Melalui program ini, kerajaan memberi subsidi kepada peserta dengan membayar RM150 hingga RM180 sahaja," katanya selepas menutup program itu bagi peringkat daerah Lipis di sini semalam.
Seramai 449 warga emas dan Orang Asli dari daerah ini termasuk penduduk Mukim Dong, Raub menerima lesen memandu itu.

Mohd. Soffi berkata, melalui kaedah itu urusan bersama pelanggan akan menjadi mudah berikutan usaha agensi tersebut turun padang dengan memasuki kawasan pedalaman dan kampung. Tambahnya, program itu menepati konsep mesra rakyat dan mengubah persepsi masyarakat supaya tidak menganggap JPJ hanya menjalankan tugas penguatkuasaan semata-mata.

Katanya, orang ramai dapat mengetahui fungsi JPJ yang lain seperti pengeluaran lesen memandu, semakan senarai hitam, bayaran kompaun dan memperbaharui cukai jalan. - Utusan Malaysia

Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan nasib rakyat tanpa membezakan penduduk bandar mahupun juga luar bandar. Adakah PAS mampu melaksanakan tugas ini jika mereka diberi peluang?  Humm keadaan nasib orang asli dibawah pemerintahan PAS Kelantan sudahpun memberikan jawapannya hehehehe.

0 comments:

share2