Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 22, 2011


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, keputusan beliau untuk berundur daripada jawatannya adalah ikhlas dan rakyat boleh menilai menerusi sikapnya ketika mentadbir negeri ini sejak lebih 30 atau 40 tahun lalu.


“Anda boleh melihat sikap saya bagi tempoh lebih 30 atau 40 tahun lalu, saya tidak pernah berbohong kepada rakyat dan tidak bermain politik kotor.

“Saya juga lebih suka berdiam diri jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh parti pembangkang DAP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu lalu, Abdul Taib mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat. Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti. - Utusan Malaysia

Tan Sri Abdul Taib Mahmudpun tahu bila masanya untuk berundur. Nik Aziz bila pula mahu berundur? Adakah Nik Aziz mahu berundur ketika malaikat maut datang menyapa ataupun setelah digulingkan oleh rakyat Kelantan sendiri. Renung renungkanlah..

0 comments:

share2