Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 19, 2011

KERAJAAN PERPADUAN VS EDROGAN ANWAR???


Ini mungkin satu spekulasi. Tapi mungin juga perkara ini perlu diberi perhatian. Sama ada oleh ahli PAS sendiri atau dari pihak Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Khabar angin sudah mula bertiup sekitar pemilihan Muktamar PAS yang dijangka diadakan Jun nanti mengatakan ada gerakan mengeliminasikan puak - puak Pro Kerajaan Perpaduan.

Puak - puak yang hendak membuang idea perkongsian kuasa antara UMNO dan PAS ini merupakan ejen - ejen Anwar Al Juburi didalam PAS.

Tujuan mereka hanya satu. Menguasai PAS secara keseluruhan dan menjadi dinding pelapis bagi PKR. Selain mendapatkan undi Melayu agar menyokong Pakatan Pembangkang.

Maka khabar angin yang bertiup menyatakan bahawa Nasarudin Mat Isa tidak akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang.

Umum tahu, Nasarudin merupakan diantara Pemimpin PAS yang kuat mendokongi idea Kerajaan Perpaduan.

Kenapa dia menyokong idea tersebut? Bukan untuk kuasa. Tetapi untuk memelihara ikatan ukhwah diantara umat Islam di Malaysia ini agar tidak berpecah belah.

Namun, jika benar Nasa tidak mahu bertanding, ianya akan melemahkan gerakan ke arah merealisasikan idea tersebut. Seterusnya mengekalkan kuasa Melayu Islam didalam Negara ini.

Ada juga sumber yang mendakwa, dengar cerita kumpulan Pro Kerajaan Perpaduan dalam PAS mahu mengankat tokoh lain seperti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tapi persoalannya, adakah mampu Tuan Ibrahim menduduki kerusi Timbalan Presiden itu jika bertanding satu lawan satu dengan Mat Sabun nanti?

Itu satu perkara yang perlu dikaji dan diselidiki oleh mereka yang benar - benar mahukan hubungan Ukhwah sesama umat Islam di Malaysia ini kembali terjalin.

Bukan apa. Takut sokong membawa rebah. Takut ianya 'wayang' semata - mata. Mana tahu. Letak nama Tuan Ibrahim semata - mata untuk kalah dalam pemilihan itu nanti, tak ke naya je.

Semua perkara itu perlu diambil kira sekiranya mereka yang Pro Kerajaan Perpaduan ini benar - benar ikhlas mahu menjalinkan Ukhwah dengan UMNO.

Menjalinkan ukhwah dan bersatu padu sesama Islam itu satu tuntutan dalam agama. Mereka memperjuangkan agama kononnya. Jadi, kalau benar jujur dan ikhlas, perkara itu juga perlu diutamakan.

Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?

0 comments:

share2